Skip to main content

Siapa Yang Tak Takut Menikah Dalam Keadaan Yang Ditentang Dan Tidak Disukai Lagi Tidak Direstui

featured image

Kes seterusnya, seorang teman dilamar menjadi isteri kedua, dan sebaik orang lain mengetahui hal ini, kebanyakan mereka berkongsi sisi negatif tentang calon lelaki. Ya, dari satu segi ia memang bagus, perkongsian itu untuk memberi peringatan pada si perempuan agar mengetahui keburukan lelaki sebelum mengambil keputusan untuk bernikah.

Namun segala sangkaan dan berita buruk itu berjalan laju tanpa si calon lelaki diberi dan memberi penjelasan. Hingga 90% si perempuan mengkhabarkan pada saya yang ia akan menolak lamaran. Namun saya berusaha memasukkan diri ke kelompok yang mencari sisi positif, saya mencari ruang dan kesempatan agar si lelaki dapat membela diri atas segala perkhabaran negatif. Saya mencari ruang untuk saya menyokong si perempuan menerima lamaran, dan alhamdulillah mereka bahagia dengan pernikahan mereka saat ini.. [sekurang-kurangnya buat waktu ini].

Bukan bermaksud menyatakan seolah-olah orang lain selalu negatif, hanya saya yang sering positif.Bukan.

Kerana sebenarnya, perkongsian saya ini khas buat teman perempuan yang saya kasihi, yang dihadapkan lamaran untuk menjadi isteri kedua, dengan seribu satu ujiannya. Yang saya cuba sampaikan ialah, FIKIRLAH POSITIF, BERTINDAKLAH SECARA POSITIF.

Larut dalam rasa dan cara yang negatif berlama-lama tidak membawa ke mana, hanya merosakkan jiwa dan membuang masa. Kita terima atau tolak, teruskan atau putuskan, nilailah kekuatan kita. Dan kekuatan kita berhubung dangan ALLAH. Kita yang tentukan, orang lain boleh bercakap dan memberi pandangan.

Namun kita kelak yang menghadapi kesannya. Kita yang akan bertanggungjawab, kerana selepas kita kahwin, biasanya orang-orang yang menentang akan terdiam kalau kita bahagia, dan mereka yang negatif akan menunggu kejatuhan rumahtangga kita, untuk terus menempelak keputusan kita bernikah suatu ketika dulu.

Membuat pilihan tentang jodoh, sungguh, bukanlah satu keputusan yang mudah. Apatah lagi jika sebelumnya telah beberapa kali menghadapi cabaran dan kegagalan urusan ke arah pernikahan yang terhenti di tengah jalan.

Namun segala ujian kesulitan dan keburukan yang mengekori proses ingin menghalalkan hubungan, tidak semestinya bermaksud ALLAH tidak meredhai hubungan halal yang ingin dijalinkan. Tidak semestinya. Apatah lagi insan kerdil seperti kita yang selamanya tidak mampu membaca rahsia dan ilmu ALLAH – apakah ALLAH benar-benar redha atau tidak dengan sesuatu perkara.

Apa yang perlu kita lakukan..? Dalam soal jodoh, kita sebagai manusia pertama, perlu mencari yang soleh solehah, [atau meletakkan diri dalam kumpulan mereka yang dicari, maksudnya menjadi soleh dan solehah].

Kedua, fikirkan, ambil masa mengenali latarbelakang dan bincangkanlah tentang calon dengan orang-orang yang amanah dan berilmu. Mohonlah ilham dari ALLAH, mohonlah nasihat dari mereka yang matang dan berhikmah.

Ketiga, buatlah keputusan untuk bernikah DENGAN HATI YANG MANTAP.

Hati yang mantap ini, pada saya, ialah KESEDIAAN KITA untuk benar-benar menerima pilihan kita SEMAMPUNYA. Ya, KESEDIAAN KITA, bukan kesediaan orang lain menerima pilihan kita. Kita akan serabut kalau mengharapkan semua pihak redha dan merestui pilihan kita.

Begitu juga, kalau kita dah menolak calon suami/isteri, kita akan serabut dengan cakap-cakap orang yang ’kenapa awak tolak dia..dia kan baik bla…bla…bla.. tak pandai menilai gading bla..bla…’ sedangkan kita membuat keputusan menerima atau menolak dari persepsi kita, orang yang akan menikah dengannya.

”Habis tu kenapa bincang dengan aku, minta pandangan dan nasihat aku, kalau kau nak buat keputusan sendiri..?” ujar orang yang diminta pandangan, walhal dia sedar dia sekadar sekadar memberi pandangan dari persepsi dia. PANDANGAN, BUKAN ARAHAN.

HATI YANG MANTAP, juga bermaksud, setelah kita berfikir, berusaha mengenali latarbelakang calon suami/isteri, kita musyawarahkan dengan mereka yang berilmu dan berpengalaman, hati kita mantap meletakkan pergantungan pada ALLAH bahawa kita memilih calon ini dengan redha dan tawakkal pada perlindungan dan bimbingan ALLAH.

Siapa yang tak takut menikah dalam keadaan yang ditentang dan tidak disukai lagi tidak direstui…? Tapi ketakutan itu boleh pergi seandainya kita positif, sabar, bersangka baik dan tulus berdoa pada ALLAH. Dan tidak boleh dilupa ialah, apakah strategi kita untuk menyesuaikan diri dengan pasangan selepas bernikah, atau apakah perancangan dan visi kita dengan pernikahan..?

Atau kita berkahwin DALAM KEADAAN TAK SEDAR, ’kahwin je lah,…malas nak fikir jauh-jauh’…

Seandainya bernikah dengan perasaan pesimis begini, insyaALLAH rumahtangga kita kelak menambah statistik perceraian, menambah bilangan perkahwinan yang berkecai di usia awal pernikahan, menambah bilangan mereka yang menyesali perkahwinan dan menambah bilangan mereka yang melihat perkahwinan tidak lebih dari sebuah seksaaan dan penderitaan.

Kahwinlah dengan PENUH SEDAR dan TANGGUNGJAWAB…

“This is my marriage, I’ll put in hard effort to strengthen my marriage. It is my job, not other’s.”

Kahwinlah dengan niat benar-benar ingin menuju redha ALLAH, benar-benar ingin menjadi isteri yang ALLAH redha, walau macamana sekalipun ujian dan kesulitan yang ALLAH bagi melalui kehadiran teman bernama suami. Kahwinlah dengan ilmu yang sentiasa didalami, bagaimana menjadi isteri yang bermotivasi dan MEMOTIVASI, bagaimana menjadi isteri yang mampu SABAR dan tabah dalam dunia yang meragut kesabaran dan kelembuan hati ramai orang pada hari ini..

Jalan pernikahan yang dipilih sebenarnya tidak pernah salah. Namun seringkali kita salah bilamana kita membiarkan penilaian orang lain menutupi kesucian niat kita menjadi teman hidup yang halal. Penilaian orang lain yang streotaip dan negatif seringkali menutup usaha dan perancangan positif kita untuk melakukan perubahan dan peningkatan dalam hidup.

Ataupun kita sebenarnya yang terlalu negatif, hingga melihat bayang-bayang buruk lagi menyesakkan di setiap sudut keputusan. Hingga kita tak mampu membuat keputusan ingin menerima lamaran atau menolak. Ingin meneruskan pertunangan atau memutuskan.

Jangan Lupa Komen:

2019/01/19/siapa-yang-tak-takut-menikah-dalam-keadaan-yang-ditentang-dan-tidak-disukai-lagi-tidak-direstui/

Comments

Popular posts from this blog

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda...

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul...

[ Review ] Lupakan Mencukur, IPL Brazilian Di STRIP Jadikan ‘Vagina’ Anda Lebih Seksi

Sebagai seorang wanita, kebersihan haruslah diberi perhatian yang sewajarnya lebih-lebih lagi apabila melibatkan bahagian sulit seperti penjagaan vagina.  Ramai yang tidak peka atau mungkin tidak tahu akan betapa pentingkan untuk seseorang memastikan kebersihan alat sulit mereka kerana sedikit-sebanyak ia bisa mempengaruhi soal kesihatan.  Foto -pinterest Aktiviti mencukur sendiri di rumah pastinya agak menyukarkan kerana terdapat bahagian-bahagian yang sukar untuk dilihat dan dicapai terutamanya pada kawasan sekitar “labia” (pelipat vagina) sehingga ke bahagian “crack” (celah punggung). Bahkan, penggunaan pisau cukur biasa sebenarnya kurang sesuai disebabkan faktor yang mungkin menyebabkan jangkitan kuman, radang serta kegatalan. Foto -STRIP Minggu sudah, penulis berpeluang merasai pengalaman untuk melakukan rawatan pembuangan bulu sekitar alat sulit menggunakan kaedah moden profesional iaitu IPL Brazilian di Strip cawangan Bangsar. Buat anda yang baru mengenali STRIP, ia merupaka...