Skip to main content

SK-II Whitening Spots Care Series – Teknologi Terbaru Atasi Masalah Bintik Hitam

featured image

20140320-102833.jpg

Kulit wajah yang tidak dijaga dengan betul akan menyebabkan bintik hitam. Apabila bintik hitam berlaku, hampir mustahil untuk menghilangkannya. Jenama kecantikan wajah terkenal SK-II telah menemui faktor ia berlaku dan cara untuk mengurangkannya. Kitaran kejadian bintik hitam dan kerosakan kulit menyebabkan amat sukar untuk menghilangkan bintik hitam, menurut kajian terbaru SK-II terhadap hiperpigmentasi. Untuk mengatasi masalah ini, meskipun kulit telah rosak, SK-II melancarkan inovasi terbarunya iaitu Whitening Spots Care Series.

Kitaran Kejadian Bintik Hitam dan Kerosakan Kulit

Kajian mendalam terhadap sains kulit oleh SK-II mendapati hubung kait rapat antara bintik hitam dan kerosakan kulit.
1. Bintik hitam merosakkan kulit dan ia mencetuskan kejadian lebih banyak bintik hitam. Kitaran ini adalah punca bintik hitam begitu sukar dihilangkan apabila ia timbul.

2. Apabila bintik hitam muncul, kulit di persekitarannya menjadi rosak dan seterusnya menyebabkan penurunan kadar penghasilan semula kulit, kelonggaran membran dasar dan keradangan kulit yang ketara.

3. Kerosakan ini merangsang penghasilan melanin oleh sel melanosit secara berlebihan dan memburukkan keadaan. Apabila kitaran ini berterusan, ia menjadi lebih sukar untuk menghilangkan bintik hitam.

SK-II telah melancarkan Spots Odds Index, satu sistem ukuran untuk menentukan risiko penghasilan bintik hitam seseorang bagi mengatasi masalah tersebut. Ia boleh dilakukan di kaunter SK-II bersama-sama analisa kulit Magic Ring yang membantu menilai risiko seseorang mendapat bintik hitam berdasarkan gaya hidup, keadaan kulit dan tabiat penjagaan kulit.

Memutuskan Kitaran Kejadian

Kunci utama untuk mengatasi masalah bintik hitam meskipun kulit telah rosak ialah memutuskan kitaran kejadiannya. Ultimate Spots Corrector SK-II yang terdapat dalam Whitening Power Spots Specialist adalah hasil kajian lima tahun teknologi pemutihan kulit dan ia adalah lebih daripada sekadar menghilangkan bintik hitam. Dilabelkan sebagai teknologi melawan bintik hitam tercanggih setakat ini, inovasi terbaru SK-II ini juga bertindak terhadap kulit yang telah rosak dan menghalang penghasilan lebih banyak bintik hitam.

Ultimate Spots Corrector bertindak secara serampang dua mata untuk memutuskan kitaran penghasilan bintik hitam. Pitera™ dengan YPC, Oats Essence dan Dipotassium Glycyrrhizinate (DPG) membantu merawat kulit rosak sebelum penghasilan lebih banyak bintik hitam berlaku, sementara ejen pemutihan De-melano P3C® dan Inositol bertindak untuk memecahkan teras melanin dan mengurangkan penghasilan bintik hitam. Dengan kombinasi berkuasa ini, Whitening Spots Specialists memberi jaminan pengurangan bintik hitam meskipun kulit telah rosak dengan hanya satu botol.

Aktifkan Seri Kulit

Sebagai rakan kepada Whitening Power Spots Specialist ialah Spots Care & Brighten Day Cream yang direka khas untuk melindungi kerosakan yang berlaku pada waktu siang dan mengurangkan penampilan bintik hitam dengan cepat. Ia mengandungi Day Ultimate Spots Corrector – sebatian yang terdiri daripada 3 bahan utama – Day Vitamin Booster, De-melano P3C® dan Pitera™. Sebagai kapsul yang aktif terhadap sinar UV, Day Vitamin Booster membebaskan vitamin ke dalam kulit secara perlahan-lahan apabila terdedah kepada sinar UV. Bahan pemutihan dalam De-melano P3C® meresap jauh ke dalam kulit sehingga 12 jam. Kedua-dua bahan ini bertindak bersama-sama Pitera™ untuk melindungi kulit daripada kerosakan di siang hari. Krim ini juga diformulasikan untuk bertindak segera terhadap bintik hitam.

Dapatkan kesan terbaik terhadap bintik hitam meskipun kulit telah rosak dengan Whitening Spots Care Series yang memberi lebih 1.5 kali penembusan bahan aktif Whitening. Kajian klinikal mendapati bintik hitam berkurang 1.5 kali selepas 4 minggu penggunaan rejimen Whitening Power Spots Specialist dan Spots Care & Brighten Day Cream, berbanding Day Cream sahaja.

Harga dan Pasaran

Atasi masalah bintik hitam meskipun kulit mengalami kerosakan dengan Whitening Spots Care Series SK-II baru, penyelesaian menyeluruh untuk mengurangkan bintik hitam. Boleh didapati di kaunter SK-II seluruh Malaysia:

● SK-II Spots Care & Brighten Day Cream bermula 3 Februari, 2014
● SK-II Whitening Power Spots Specialist bermula 7 April, 2014

SK-II Spots Care & Brighten Day Cream (25g)​​ ​​RM398
SK-II Whitening Power Spots Specialist (30ml)​​​​ RM419
SK-II Whitening Power Spots Specialist (50ml)​​​​ RM609
SK-II Whitening Power Spots Specialist (75ml)​​​ ​RM819

20140320-102859.jpg

2018/01/03/sk-ii-whitening-spots-care-series-teknologi-terbaru-atasi-masalah-bintik-hitam-3/

Comments

Popular posts from this blog

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda

[ Review & Tutorial Solekan ] Berus Real Techniques By Samantha Chapman & Kosmetik NYX

Baru-baru ini penulis telah diberikan set berus solekan Real Techniques By Samantha Chapman dari rakan penulis yang menjual produk ini secara online di Instagram iaitu Makeup_Department   . Untuk pengetahuan pembaca, Samantha Chapman merupakan jurusolek profesional dan beliau telah mencipta berus solekan yang amat eksklusif dan menarik yang boleh dibeli secara set ataupun berasingan. Kali ini penulis ingin membuat review dan tutorial solekan mengunakan  Real Techniques By Samantha Chapman : On Location , The Travel Essentials mengandungi tiga jenis berus iaitu Multi Task Brush, Essential Foundation Brush dan Domed Shadow Brush.  Berus solekan dari Real Techniques ini dibezakan mengikut warna pemegang dan setiap pemegang berus telah dilabel supaya pengguna mudah untuk menggunakannya. Berikut adalah jenis berus dan cara penggunaannya : Multi Task Brush Direka untuk digunakan bersama serbuk pemerah pipi , loose powder dan bronzer wajah. Dengan kepala yang bulat tetapi padat , berus i