Susu adalah sumber yang bukan sahaja elok untuk membina kekuatan tulang bahkan ia juga bisa memberi seribu satu erti kepada kecantikan kulit manusia.
Kulit yang kering dan kusam lazimnya memberi impak yang negatif terhadap penampilan dan keyakinan diri wanita. Suasana sekeliling melipuiti pencemaran udara serta suhu dan cuaca yang tidak menentu sedikit sebanyak mempengaruhi kesihatan dan kecantikan kulit tubuh.
Selama bertahun-tahun, kecantikan yang sejati diukur melalui kondisi kulit seseorang dan mungkin, hanya mereka yang mempunyai status dan kekayaan sahaja yang dapat memiliki sumber-sumber kecantikan asli seperti ramuan herba mahupun bunga-bungaan yang sukar untuk ditemui.
Sebagai contoh, Cleopatra yang merupakan Ratu teragung bumi Mesir telah memanfaatkan penggunaan susu untuk mengekalkan kehalusan kulitnya. Oleh yang demikian, NIVEA yang merupakan jenama rangkaian kecantikan kulit tersohor telah membuka peluang untuk wanita hari ini menjadi cantik seperti Cleopatra.
Memperkenalkan inovasi terbaharu iaitu NIVEA Skin Delight Body Milk yang pastinya akan menggalak pertumbuhan sel kulit baru di samping mengekalkan kelembapan agar sentiasa menyelaputi kulit sepanjang hari. Rangkaian losen tidak melekit ini adalah betujuan untuk menghaluskan permukaan kulit dari lapisan paling dalam sambil merembeskan bau-bauan nyaman dari ramuan bunga-bungaan beraroma seperti ros dan lavender untuk membangkitkan mood si pemakai.
Tahukah anda bahawa selain menghaluskan kulit, susu juga bertindak untuk mencerahkan tona kulit? Hebat bukan?
Penulis turut berpeluang merasai nikmat penggunaan losen terbaharu dari nivea ini. Konsistensi losen ini amat pekat namun sebaik disapukan ke atas kulit, ianya langsung tidak melekit seperti yang disangkakan bahkan kehalusan kulit dapat terus dirasai ibarat kulit baru sahaja menerima rawatan lulur mahupun skrub.
Tentatif kerja yang banyak memenuhi waktu di pejabat berpenghawa dingin serta lokasi majlis keramaian yang kadang-kala memaksa penulis untuk berpanas seterusnya menjadikan kondisi kulit langsung tidak terurus. Namun, sejak mengamalkan rangkaian NIVEA Skin Delight ini, penulis akui ianya sangat membantu untuk menjaga kadar kelembapan kulit agar sentiasa halus dan tidak kering bergerutu.
Terdapat dalam dua pilihan aroma iaitu Glowing Rose serta Relaxing Lavender. Sebelum ke tempat kerja, penulis akan lembapkan kulit dengan menyapu Glowing Rose pada pergelangan tangan dan kaki kerana baunya manis membangkitkan semangat penulis untuk meneruskan aktiviti harian manakala Relaxing Lavender pula penulis manfaatkan sebelum tidur kerana Lavender mengeluarkan sejenis aroma terapi yang dapat menenangkan jiwa seseorang. Selain melembut dan mencerahkan kulit ketika tidur, tiada lagi masalah insomnia!
Anda boleh mula dapatkan NIVEA Skin Delight Body Milk di premis-premis kecantikan terkemuka seperti Guardian dan Watsons mahupun pasaraya-pasaraya besar di seluruh Malaysia pada harga bermula RM11.90 (250ml) dan RM17.50 (400ml).
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.nivea.com.my atau lawat laman Facebook rasmi Nivea Malaysia di www.facebook.com/mynivea
Comments
Post a Comment