Setiap kali pulang sahaja dari tempat kerja atau majlis-majlis yang Penulis hadiri, mesti tidak sabar nak buang segala solekan yang ada diwajah. Rutin untuk tanggalkan solekan mengambil masa 3minit paling kurang, iyalah..satu per satu Penulis kena buat, ambil kapas muka kemudian sapukan dengan makeup remover dan yang paling Penulis geram satu kapas mana cukup nak hilangkan kesan solekan.
Tapi kini dengan ada MAKEUP ERASER, nak buang segala jenis solekan sangat mudah. Hanya sehelai kain yang mampu membuang maskara kalis air, liquid eyeline, pemerah pipi, solekan tebal acara teater dan pentas serta solekan dari cat.
Kain yang digunakan ialah 100% dari jenis poliester, amat lembut dan tidak akan menjejaskan permukaan kulit wajah. Apa yang bagusnya mengenai produk ini, ia membuang solekan dengan menarik kotoran, jadi tiada kesan-kesan solekan akan melekat semula dan sekaligus membersih wajah dengan satu cucian. Kulit sensitif, si pemakai kanta lekap dan yang mempunyai sebarang alergik tiada masalah bila menggunakan MAKEUP ERASER.
Serius jimat kalau ada MAKEUP ERASER ini, anda tak perlu lagi mengeluar kos untuk membeli kapas muka dan makeup remover. Panjang kain ini 15 sentimeter, anda boleh menggunakannya berulang-ulang kali tanpa perlu membasuhnya setiap hari, cuma gunakan sudut yang berlainan setiap kali buang solekan.
Cara untuk menggunakan MAKEUP ERASER amat mudah, hanya 4 langkah:
- Basuh dahulu MAKEUP ERASER (bagi yang pertama kali)
- Basahkan MAKEUP ERASER dengan air atau air suam
- Perah lebihan air, kemudian lapkan diwajah anda. Solekan anda pasti tanggal!
- Setelah selesai, basuh semula MAKEUP ERASER.
Jangan risau setiap bungkusan MAKEUP ERASER akan disertakan dengan risalah cara penggunaan.
Teruja untuk dapatkan MAKEUP ERASER? Bonus untuk anda Sephora kini melancarkan Sephora Holiday 2016. So, secara eksklusif anda boleh dapatkan MAKEUP ERASER hanya RM95 di semua butik Sephora seluruh Malaysia bermula 10 November ini! Atau dapatkan di laman rasmi Sephora Malaysia.
Penulis share satu video ringkas di Instagram Wanista, tutorial menggunakan MAKEUP ERASER.
Comments
Post a Comment