Skip to main content

[ Review ] Pristine’s Skin Rejuva Essential Pack – Kulit Wajah Lebih Anjal Dan Cantik Dalam Masa 10 Minit!

featured image

DSC_0577

Adakah anda mahu kulit wajah kelihatan anjal, lembap dan berseri dalam masa 10 minit selepas memakai produk penjagaan wajah? Pristine ada jawapannya. Jenama produk penjagaan  wajah terkenal Pristine dari Sabah ini telah mengeluarkan Pek Pristine’s Skin Rejuva Essential iaitu satu set penjagaan kulit wajah yang lengkap dimana setiap set mengandungi 4 produk berkesan untuk memperlahankan kesan penuaan pra-matang dan memperbaiki kulit dari dalam.

Penulis berkesempatan untuk mencuba set produk Pristine ini dan kagum dengan hasil yang dapat dilihat kurang daripada 7 hari pemakaian. Tiada bau yang tidak menyenangkan, boleh nampak kesan selepas beberapa jam menggunakan produk dan yang paling penting,ianya sesuai untuk kulit sensitif kerana produk ini menggunakan bahan semulajadi!

Pek Pristine Skin Rejuva Essential mengandungi :

  • REFRESHING GEL 60ml
  • CLEANSER GEL 120ml
  • HYDRATING TONER 120ml
  • FACIAL SERUM 30ml

Yang menariknya,  produk Pristine ini boleh digunakan secara berasingan atau dalam mana-mana kombinasi dan akan memberi pengguna perubahan dramatik dalam pekerjaan yang mereka telah direka untuk, namun mereka telah direka untuk mencapai hasil yang maksimum apabila digunakan bersama-sama.

Antara faedah utama Pek Pristine’s Skin Rejuva Essential :

1. Menambah hidrasi dan nutrisi.

2. Mengembalikan pertahanan kulit terhadap tekanan luar dan kehilangan air.

3. Memulihkan sel penuaan dan kerosakan sel DNA.

4. Membetulkan toksin kulit dan merendahkan tahap sensitiviti kulit.

5. Mengurangkan kedutan, pigmentasi dan tekstur kulit.

6. Kulit menjadi lebih halus, lembut dan tegang.

Produk ini merupakan produk yang menggunakan ekstrak tumbuhan dan bahan organik yang sesuai untuk semua jenis kulit. Penulis juga ingin berkongsi dengan pembaca mengenai khasiat bahan aktif yang terdapat di dalam produk ini :

Ingredient_EN

  • Ekstrak Amaranth Protein
  • Bunga Air Hamamelis Virginiana
  • Ekstrak Minyak Kelapa
  • Ekstrak Oat Hitam
  • Ekstrak Kacang Soya
  • Disodium Uridine Phosphate
  • Hyaluronic Acid
  • Levan
  • Ekstrak Daun Gynostemma
  • Ekstrak cendawan
  • Ekstrak Bunga Cistus Incanus
  • Ekstrak Rosemary
  • Asid Tanik
  • Minyak Biji Echium Plantagineum
  • Esktrak B-White
  • L-Glutamine
  • Minyak Biji Bunga Matahari
  • Ekstrak Daun Zaitun
  • Ekstrak Biji Zizyphus Jojoba

Di sini penulis ingin berkongsi dengan anda 4 produk yang terdapat di dalam Pek Pristine’s Skin Rejuva Essential

DSC_0581

1. Gel Pembersih

Gel pembersih ini sangat lembut dan membersihkan kulit dengan sempurna untuk memberikan kesan lembap dan bercahaya. Bagi yang inginkan kesegaran, pastinya produk ini dijadikan pilihan utama. Ia dirumuskan untuk bertindak dengan efektif untuk semua jenis kulit dan tidak mengandungi produk haiwan dan diuji ke atas haiwan.

Ciri-ciri produk :

1. Formulasi tidak merengsakan, selamat digunakan.

2. Menjadikan kulit segar dan lembut.

3. Menanggalkan solekan dengan baik.

Cara Penggunaan :

Letakkan gel pembersih sebesar duit syiling ke atas tapak tangan dan sapukan gel ke atas wajah yang telah dibasahkan selama 2-3 minit. Bersihkan dan keringkan dengan tuala.

2. Gel Penyegar 

Ini merupakan produk kesukaan penulis kerana ia benar-benar menanggalkan sel kulit mati. Apabila produk diletakkan pada kulit, ia terus membuang sel kulit mati seperti yang anda lihat di dalam gambar di bawah. Memang benar-benar berkesan dan apabila sel kulit mati dibersihkan, kulit menjadi lebih licin dan segar!

Sebenarnya Gel Penyegar Pristine Skincare dirumuskan sebagai pelembut dan exfoliator yang tidak merengsakan kulit. Pendedahan kulit kepada persekitaran yang kotor menyebabkan kulit menjadi kering dan kusam dan membuang sel kulit mati amatlah penting kerana adakalanya apabila anda tidak membuangnya, produk penjagaan wajah yang dipakai tidak diserap dengan baik dan menyebabkan pemakaian krim dan toner sia-sia sahaja.

Ciri-ciri produk :

1. Melembap dan mempunyai komponen anti-dehidrasi.

2. Pencerah kulit yang lembut, berkesan dan tidak merengsakan kulit.

3. Pembersihan pori pada kulit yang mendalam.

4. Melindungi kulit daripada kesan radikal bebas.

Cara Penggunaan :

Selepas pembersihan dengan gel pembersih, pamkan jumlah yang kecil pada hujung jari. Sapukan gel dalam gerakan membulat dan urut di sekeliling muka anda. Anda akan rasa kulit mati dikeluarkan dan lapkan sel kulit mati dengan tuala lembap atau kering.

DSC_0584

DSC_0587

3. Toner Pelembap

Toner ini memberikan manfaat kulit dengan komponen ultra pelembap. Apabila digunakan selepas pembersihan kulit wajah, ia dapat melindungi, menenangkan dan membantu kulit untuk memulih dan membaiki kulit dengan sendirinya. Hebat bukan?

Ia juga bebas alkohol dan mampu mengecilkan pori. Penulis telah mencuba produk ini dan ternyata, selepas dipakai, anda boleh merasa kesan kulit menjadi lebih licin dan lembut. Ia juga tidak memberikan kesan terlalu melembap dan amat selesa selepas dipakai.

Ciri-ciri produk :

1. Ia menambahkan kelembapan kepada kulit secara semulajadi.

2. Berfungsi sebagai pelindung yang dapat menghalang kehilangan kelembapan dan pencemaran alam sekitar.

3. Menenangkan kulit dan membantu mengecilkan liang pori wajah.

Cara Penggunaan :

Sapukan toner pada muka anda dengan hujung jari ataupun menggunakan kapas ( kuantiti toner sebesar duit syiling digunakan )  dalam pergerakan menaik di dahi, hidung, pipi ataupun Zon T dan kawasan yang kerap mengeluarkan minyak.

DSC_0589

DSC_0591

4. Serum Muka

Produk yang terakhir ini merupakan produk ‘magik’ dan UNIk kerana ia ibarat memberikan penyelesaian untuk semua keperluan kulit dalam satu masa. Produk ini diformulakan dengan campuran antioksidan yang tinggi, penyembuhan sel kulit dan membantu melembapkan kulit dalam masa yang sama.

Ciri-ciri produk :

1. Untuk melambatkan kesan anti penuaan, garis dan kedutan, kulit kering, gatal dan ianya sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif. Membantu kerosakan pembaikan, mengurangkan iritasi kulit dan meningkatkan keanjalan kulit.

2. Berkesan sebagai pelindung dan pemulih daripada sinaran UV matahari yang merosakkan kulit.

3. Penghidratan yang berterusan selama 24 jam.

4. Boleh digunakan sebagai primer bedak asas dan membantu penyolekkan kosmetik yang diaplikasikan dengan baik.

Cara Penggunaan :

Sapukan pada setiap pagi dan malam pada kulit selepas dibersihkan dan selepas aplikasi toner penyegar.

DSC_0594

Ini merupakan hasil sebelum dan selepas menggunakan produk selepas beberapa jam!

sebelum-selepas-2

Eksklusif untuk pembaca Wanista

Harga Set Pristine’s Skin Rejuva Essential : RM880

Nikmati diskaun 15% termasuk penghantaran percuma dengan KOD PROMOSI “WANISTA”.

Anda boleh membeli produk ini di laman web Pristine cosmetic

Website : http://www.pristinecosmetic.com/ 

atau

Official FB page https://www.facebook.com/mypristinecosmetic 

2018/01/03/review-pristines-skin-rejuva-essential-pack-kulit-wajah-lebih-anjal-dan-cantik-dalam-masa-10-minit-2/

Comments

Popular posts from this blog

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda

[ Review & Tutorial Solekan ] Berus Real Techniques By Samantha Chapman & Kosmetik NYX

Baru-baru ini penulis telah diberikan set berus solekan Real Techniques By Samantha Chapman dari rakan penulis yang menjual produk ini secara online di Instagram iaitu Makeup_Department   . Untuk pengetahuan pembaca, Samantha Chapman merupakan jurusolek profesional dan beliau telah mencipta berus solekan yang amat eksklusif dan menarik yang boleh dibeli secara set ataupun berasingan. Kali ini penulis ingin membuat review dan tutorial solekan mengunakan  Real Techniques By Samantha Chapman : On Location , The Travel Essentials mengandungi tiga jenis berus iaitu Multi Task Brush, Essential Foundation Brush dan Domed Shadow Brush.  Berus solekan dari Real Techniques ini dibezakan mengikut warna pemegang dan setiap pemegang berus telah dilabel supaya pengguna mudah untuk menggunakannya. Berikut adalah jenis berus dan cara penggunaannya : Multi Task Brush Direka untuk digunakan bersama serbuk pemerah pipi , loose powder dan bronzer wajah. Dengan kepala yang bulat tetapi padat , berus i