Skip to main content

AIRISH MIRACLE – Serlahkan Kecantikan Kulit Wajah Dengan 5 Langkah Mudah

featured image
Aida Sue
/

Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue

AIRISH MIRACLE – Serlahkan Kecantikan Kulit Wajah Dengan 5 Langkah Mudah

Kaum wanita dan kecantikan tubuh badan dan kulit wajah memang tidak dapat dipisahkan. Pasti ada di antara kamu yang mahukan wajah bersinar yang anjal dan tanpa cela kan? Bagi yang inginkan wajah seperti ini, kami syorkan mencuba AIRISH MIRACLE  penyelesaian terbaik untuk menyerlahkan kecantikan kulit wajah kamu.

AIRISH MIRACLE adalah hasil inovasi unggul Datin Jannatul Iza bersama suaminya, Datuk Aizuddin Ghazali. Gabungan elemen kosmetik dan fesyen pada set penjagaan wajah AIRISH MIRACLE adalah konsep unik yang julung kali diperkenalkan dalam pasaran produk kecantikan. Konsep ini sekaligus menjadikan AIRISH MIRACLE satu jenama premium yang tersendiri, berkualiti dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Airish Design (C3)

AIRISH MIRACLE dirumus khas dengan ekstrak mineral Hematite untuk kulit yang lembap dan bersinar, juga ekstrak pati Sakura bagi memelihara keremajaan wajah.

Ia didatangkan dalam dua set:

1. Set Airish Miracle Premium (RM299)
Mengandungi:

  • Pencuci – Fashion Roadkill (60ml)
  • Penyegar – Essential Vogue (100ml)
  • Serum – Fabulous Show (30ml)
  • Pelembap – Runway Beauty (30ml)
  • Pati Hemma Sakura (60ml).

2. Set Airish Miracle Signature (RM80)
Mengandungi:

  • Pencuci – Fashion Roadkill (15ml)
  • Penyegar- Essential Vogue (15ml)
  • Serum – Fabulous Show (15ml)
  • Pelembap – Runway Beauty (15ml)
  • Pati Hemma Sakura (15ml).

Airish Design (FB+BLOG)B (1)

Dapatkan set AIRISH MIRACLE anda hari ini dengan menghubungi 019-2222696 dan 012-6262956.

Ikuti juga Instagram @airishmiracle atau layari www.airishofficial.com untuk maklumat lanjut.

2018/01/03/airish-miracle-serlahkan-kecantikan-kulit-wajah-dengan-5-langkah-mudah-4/

Comments

Popular posts from this blog

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul...

[REVIEW] 2 Keajaiban Berlaku Bila Korang Guna Produk Rambut Ni!

Aperio Natural adalah jenama penjagaan kecantikan yang perpangkalan di California sejak tahun 2008. Berinspirasikan daripada amalan masyarakat setempat Saratoga yang gemar menikmati gaya hidup yang dikelilingi suasana alam semula jadi, Aperio Natural  adalah dirumus khusus menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan produk terbaik berasaskan tumbuh-tumbuhan organik termasuk floral, herba dan buah-buahan. Mempercayai produk yang mengutamakan bahan yang dituai segar daripada alam semula jadi mampu memelihara kecantikan serta memulihkan permasalahan kulit dan rambut, Aperio Natural komited untuk memenuhi keperluan semua jenis individu. Hampir tiga minggu penulis berpeluang mencuba sendiri syampu dan perapi rambut daripada rangkaian Cherry Blossom inovasi Aperio Natural ini dan hasilnya rambut jadi lebih ringan dan tidak kusut. Cherry Blossom Radiance Shampoo (500ml): RM126 Tidak seperti syampu lain, Aperio Natural Cherry Blossom Radiance Shampoo tidak menjadikan rambut kering se...

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda...