Skip to main content

Keceriaan & Keserian Bibir Terpancar Dengan Chu Lip

featured image
Malisa Aina
/

I'm into foodies, sneakers, spotify, netflix, lipsticks.

Keceriaan & Keserian Bibir Terpancar Dengan Chu Lip

Pengunaan pelembap bibir Chu Lip kini menjadi lebih menarik, unik dan sungguh comel! Pelembap bibir berbentuk bulat seperti telur ini sungguh bergaya dan haruman yang hebat ini membuatkan anda ingin menggunakannya berkali-kali. Kini dengan Chu Lip, anda takkan lupa untuk melembap bibir lagi!

‘Chu’, bermaksud ciuman di Jepun. Tanpa menggunakan tangan, anda hanya perlu berikannya satu ‘ciuman’ untuk bibir yang lebih sihat dan lembap. Ia boleh didapati dalam empat warna menarik. Setiap satu mempunyai aroma dan rasa yang dicipta dengan resipi rahsia untuk memberikan anda haruman yang unik. Anda boleh mengumpul kesemuanya dan menyuai-padankan warnanya sebagai hiasan menarik sambil menjaga bibir anda.

Empat warnanya adalah Pink, Red, Purple dan Green. Gunakan Pink – Paris, Perfect Memories untuk merasakan cinta sejati dengan haruman manis adunan raspberi dan buah pic. Oleskan Red – NY, Brilliant My Way dan terpukau dengan aroma buahan Epal, Halia dan Tea Rose yang hebat. Cuba Purple – Arabian, Floral Shower dan alami mantra sakti wangian elegan Mawar, Geranium dan Cengkih. Akhir sekali, anda mungkin mahu dapatkan Green – Nordic, Fancy Nostalgia dan jelajah ke dunia si pari-pari dikelilingi dengan haruman segar buah Oren, Limau dan Mangga.

Kesemua pelembap bibir Chu Lip telah dirumuskan dengan haruman istimewa serta dipertingkatkan dengan ramuan pelembap dari Minyak Zaitun, Minyak Kacang Makadamia dan Minyak Rose Hip untuk bibir yang lebih lembut, lembap, sihat dan bergaya.

Pelembap bibir Chu Lip akan berada di kesemua farmasi serta pasaraya utama pada harga RM25.90 setiap satu.

2018/01/03/keceriaan-keserian-bibir-terpancar-dengan-chu-lip-3/

Comments

Popular posts from this blog

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda...

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul...

[ Review ] Lupakan Mencukur, IPL Brazilian Di STRIP Jadikan ‘Vagina’ Anda Lebih Seksi

Sebagai seorang wanita, kebersihan haruslah diberi perhatian yang sewajarnya lebih-lebih lagi apabila melibatkan bahagian sulit seperti penjagaan vagina.  Ramai yang tidak peka atau mungkin tidak tahu akan betapa pentingkan untuk seseorang memastikan kebersihan alat sulit mereka kerana sedikit-sebanyak ia bisa mempengaruhi soal kesihatan.  Foto -pinterest Aktiviti mencukur sendiri di rumah pastinya agak menyukarkan kerana terdapat bahagian-bahagian yang sukar untuk dilihat dan dicapai terutamanya pada kawasan sekitar “labia” (pelipat vagina) sehingga ke bahagian “crack” (celah punggung). Bahkan, penggunaan pisau cukur biasa sebenarnya kurang sesuai disebabkan faktor yang mungkin menyebabkan jangkitan kuman, radang serta kegatalan. Foto -STRIP Minggu sudah, penulis berpeluang merasai pengalaman untuk melakukan rawatan pembuangan bulu sekitar alat sulit menggunakan kaedah moden profesional iaitu IPL Brazilian di Strip cawangan Bangsar. Buat anda yang baru mengenali STRIP, ia merupaka...