Skip to main content

[ Review Produk ] Gel Losyen Johnson’s baby Cooling – kulit lembap dan nyaman walau cuaca panas

featured image
Malisa Aina
/

I'm into foodies, sneakers, spotify, netflix, lipsticks.

[ Review Produk ] Gel Losyen Johnson’s baby Cooling – kulit lembap dan nyaman walau cuaca panas

JB Cooling Gel Lotion 200ml, RM10.50_

Jangan membiarkan cuaca panas di Malaysia membuatkan anda dan anak anda menjauhkan diri daripada taman dan padang permainan – kini Johnson’s baby memperkenalkan Gel Losyen Johnson’s baby Cooling yang baharu. Losen unik yang berasaskan air ini mempunyai tekstur yang ringan di samping itu juga memberikan rasa nyaman dan menyegarkan kedua-dua ibu dan anak.

Keberkesanan Gel Losyen Johnson’s baby Cooling yang melembapkan kulit ini amat penting untuk ibu dan kanak-kanak aktif yang gemar bermain bersama, terutamanya di luar kawasan rumah.  Keadaan di luar mungkin kurang menyeronokkan sekiranya anda sentiasa perlu melindungi kulit anda dan si manja.  Kita tidak dapat mengelakkan keadaan berpeluh ketika bermain di luar.  Walaupun berpeluh menyihatkan badan, namun ini juga menyebabkan kulit kehilangan air dan boleh menjejaskan kelembapan kulit yang semula jadi.

Satu sebab lagi anda dan si manja anda akan menggemari Gel Losyen Johnson’s baby Cooling ini adalah kerana rumusan yang tidak melekit dan penyerapan yang serta merta menjadikan kulit kekal lembut dan halus.

Kekal selesa dan erat sepanjang masa beraktiviti di luar dengan rumusan yang menyegar dan melembapkan! Gel Losen Johnson’s® baby Cooling kini boleh didapati  di pasaran dan kedai utama di seluruh negara,  dalam pek saiz 200ml (RM10.50) dan 500ml (RM20.90).

 Review Produk

Penulis sudah menggunakan produk ini ternyata ianya mampu melembapkan kulit walau berada dalam cuaca yang panas. Bukan itu sahaja, tekstur juga tidak melekit, hanya letak berapa titik di tangan dan urut merata. Penulis sukakannya kerana ia mengeluarkan bau yang cukup wangi. Berbeza dengan losyen Johnson’s® baby yang lain.

2018/01/03/review-produk-gel-losyen-johnsons-baby-cooling-kulit-lembap-dan-nyaman-walau-cuaca-panas-2/

Comments

Popular posts from this blog

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul...

[REVIEW] 2 Keajaiban Berlaku Bila Korang Guna Produk Rambut Ni!

Aperio Natural adalah jenama penjagaan kecantikan yang perpangkalan di California sejak tahun 2008. Berinspirasikan daripada amalan masyarakat setempat Saratoga yang gemar menikmati gaya hidup yang dikelilingi suasana alam semula jadi, Aperio Natural  adalah dirumus khusus menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan produk terbaik berasaskan tumbuh-tumbuhan organik termasuk floral, herba dan buah-buahan. Mempercayai produk yang mengutamakan bahan yang dituai segar daripada alam semula jadi mampu memelihara kecantikan serta memulihkan permasalahan kulit dan rambut, Aperio Natural komited untuk memenuhi keperluan semua jenis individu. Hampir tiga minggu penulis berpeluang mencuba sendiri syampu dan perapi rambut daripada rangkaian Cherry Blossom inovasi Aperio Natural ini dan hasilnya rambut jadi lebih ringan dan tidak kusut. Cherry Blossom Radiance Shampoo (500ml): RM126 Tidak seperti syampu lain, Aperio Natural Cherry Blossom Radiance Shampoo tidak menjadikan rambut kering se...

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda...