Skip to main content

[ Review Produk ] Nivea In-Shower Skin Conditioner – Losen Perapi Untuk Kulit

featured image
Aida Sue
/

Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue

[ Review Produk ] Nivea In-Shower Skin Conditioner – Losen Perapi Untuk Kulit

nivea-in-shower

Kami ingin berkongsi dengan anda mengenai produk terkini dari Nivea iaitu Nivea In-Shower Skin Conditioner dan Nivea In-Shower Intensive Skin Conditioner ataupun perapi untuk badan yang dipakai semasa mandi. Ini merupakan produk pertama seumpamanya yang akan membuatkan kulit anda sentiasa lembap dan lembut. Ianya bertindak seperti pelembap kulit dan segera meresap ke dalam kulit, meninggalkan lapisan lembut di permukaan kulit untuk memberikan kulit anda kelembapan yang diperlukan. Jadi tak perlu lagi menunggu berjam-jam selepas memakai pelembap kulit sebelum memulakan hari anda. 

Nivea In-Shower Skin Conditioner ( putih ) ini sesuai  untuk kulit normal dan mengandungi Mineral Laut yang membolehkan kulit menjadi lembut dan sentiasa terhidrat. Losen ini diaktifkan oleh air dan segera menyerap ke dalam kulit. Ia meninggalkan lapisan berkhasiat pada permukaan kulit tanpa rasa melekit.

Nivea In-Shower Intensive Skin Conditioner ( biru )  ini sesuai  untuk kulit kering dan mengandungi khasiat dari Almond Oil ( minyak badam ) untuk kelembapan tahan lama.

Empat Langkah Mudah Untuk Kulit Yang Lembap!

1. BASUH – Membersihkan badan dengan gel mandian seperti biasa dan bilas.

2. MEMAKAI  – Letakkan Nivea In-Shower Skin Conditioner pada seluruh permukaan badan. 

3. BILAS – Formula di dalam Nivea In-Shower Skin Conditioner serta-merta akan diserap oleh kulit anda dan kemudian anda boleh bilas. Anda akan terkejut apabila merasa kulit anda serta merta lembap dan wangi!

4. SIAP -Keringkan badan anda dan anda boleh pakai pakaian serta-merta!

nivea

Dapatkan di semua pasaraya dan juga farmasi berhampiran anda!

2018/01/03/review-produk-nivea-in-shower-skin-conditioner-losen-perapi-untuk-kulit-2/

Comments

Popular posts from this blog

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda

[ Review & Tutorial Solekan ] Berus Real Techniques By Samantha Chapman & Kosmetik NYX

Baru-baru ini penulis telah diberikan set berus solekan Real Techniques By Samantha Chapman dari rakan penulis yang menjual produk ini secara online di Instagram iaitu Makeup_Department   . Untuk pengetahuan pembaca, Samantha Chapman merupakan jurusolek profesional dan beliau telah mencipta berus solekan yang amat eksklusif dan menarik yang boleh dibeli secara set ataupun berasingan. Kali ini penulis ingin membuat review dan tutorial solekan mengunakan  Real Techniques By Samantha Chapman : On Location , The Travel Essentials mengandungi tiga jenis berus iaitu Multi Task Brush, Essential Foundation Brush dan Domed Shadow Brush.  Berus solekan dari Real Techniques ini dibezakan mengikut warna pemegang dan setiap pemegang berus telah dilabel supaya pengguna mudah untuk menggunakannya. Berikut adalah jenis berus dan cara penggunaannya : Multi Task Brush Direka untuk digunakan bersama serbuk pemerah pipi , loose powder dan bronzer wajah. Dengan kepala yang bulat tetapi padat , berus i