Skip to main content

[Review Kecantikan] NEESYA® Skincare Bantu Atasi Masalah Kulit Kusam

featured image

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, penulis ingin kongsikan kepada anda review produk NEESYA® Skincare yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Baca: NEESYA®, Ketengah Produk Penjagaan Kulit Luar Biasa Berstatus Halal

Untuk makluman semua, NEESYA® Skincare merupakan jenama penjagaan kulit dari Skinworkz Sdn. Bhd. Apa yang menarik tentang produk jenama ini adalah ia mendapat status Halal dan GMP Certified. Kegunaan utama kesemua produk NEESYA® Skincare adalah untuk merawat masalah kulit kusam. Ia mampu melincin, mencerah dan meratakan tona kulit dengan jaminan 30 hari! Dan jangan risau, kesemua produk mereka menggunakan bahan-bahan semulajadi dari tumbuh-tumbuhan, tanpa tambahan bahan kimia yang boleh merosakkan kulit wajah.

Penulis berpeluang mencuba 4 produk penjagaan kulit dari NEESYA® Skincare iaitu Brightening Gel Cleanser, Brightening Toner, Illuminating Essence dan Brightening Day Cream SPF20. 

1. NEESYA® Brightening Gel Cleanser, 100ml

IMG_8895

Pembersih wajah selembut sutera ini membantu menyediakan kulit untuk menerima kelembapan maksimum dan kuasa pencerahan dari rangkaian produk NEESYA® yang lain, dengan melarutkan kotoran permukaan kulit yang kusam tanpa mengeringkan kulit wajah. Dirumus dengan ekstrak Silver Vine dan Alpha-Melight™, kulit wajah mendapat manfaat pencerahan walaupun semasa pembersihan, manakala ekstrak Hamamelis, Aloe dan Vitamin B5 membantu dalam menghidrat dan melembutkan kulit.

2. NEESYA® Brightening Toner, 100ml

IMG_8896

Toner rawatan menyegarkan ini mengandungi anti-carbonylation dan kuasa pencerahan dari ekstrak Silver Vine dan Alpha-Melight ™. Ia menyediakan perisai anti-oksida untuk membantu mencerahkan dan melindungi kulit, manakala ekstrak Hammamelis dan Aloe menenang, menghidrat, melembut dan menyediakan kulit untuk menerima manfaat optimum daripada rangkaian produk penjagaan kulit NEESYA®.

3. NEESYA® Illuminating Essence, 65ml

IMG_8900

Bahan aktif utama dalam produk signature NEESYA®, Illuminating Essence adalah ekstrak Silver Vine yang membantu mengurangkan tahap karbonilasi protein serta menambah kecerahan wajah kulit dan juga Alpha-Melight™, yang membantu menentang bintik gelap, melegakan dan membersihkan kulit agar sentiasa mulus dan berseri. Terdapat juga kompleks semulajadi ekstrak tembikai, epal dan lentil yang membantu kulit memulihkan tahap penghidratan dan bendalir dalam sel kulit, dan faktor pelembapan semulajadi.

Illuminating Essence juga mengandungi protein yis yang diperolehi secara bioteknologi, diperkuat dengan mineral berlian, mutiara, firus dan baiduri, untuk membantu melicin dan menghaluskan tekstur kulit, serta menaikkan seri kulit.

Tekstur essence ini adalah seperti air yang apabila diletakkan pada wajah, ia bersifat sejuk dan meresap masuk ke dalam kulit wajah dengan mudah dan cepat.

IMG_9279

4. NEESYA® Brightening Day Cream SPF20, 50ml

IMG_8897

Krim pencerahan kulit ini menyediakan perlindungan pada siang hari daripada tekanan alam sekitar dan oksidatif.

Dirumus dengan ekstrak Silver Vine dan Alpha-Melight™, kompleks ini membantu mengurangkan perubahan warna kulit dan mencerahkan kulit. Formula broadspectrum pelindung matahari menyediakan perisai terhadap sinar UV yang merosakkan, manakala hyaluronic acid, sodium lactate dan ekstrak Aloe menghidrat dan melicinkan kulit, serta mengurangkan penghasilan garis-garis dehidrasi halus.

Perbezaan tekstur antara Illuminating Essence dan Brightening Day Cream SPF20 adalah seperti berikut, dimana apabila kedua-duanya diaplikasikan kepada wajah, ia tidak meninggalkan kesan kulit melekit mahupun berminyak. Kulit wajah akan terasa segar dan bersih selepas aplikasi.

IMG_9299

Kesemua produk penjagaan kulit ini harus digunakan pada wajah dan juga leher dengan kadar yang sedikit sahaja.

REVIEW PENULIS

Secara jujurnya, penulis agak takut untuk mencuba sesuatu produk penjagaan kulit yang baru kerana berdasarkan pengalaman lepas, kulit penulis akan mudah tumbuh jerawat sekiranya produk itu tidak bersesuaian dengan kulit.

Namun, atas rasa ingin tahu yang mendalam terhadap NEESYA® Skincare yang menawarkan sesuatu yang agak lain dari produk penjagaan kulit yang membanjiri pasaran sekarang, penulis beranikan diri mencubanya. Selain itu, penulis yakin untuk mencubanya kerana ia bersifat semulajadi.

Perubahan kulit wajah penulis selepas penggunaan keempat-empat produk NEESYA® Skincare secara teratur selama 2 minggu adalah seperti gambar di bawah. Sepanjang penggunaan produk jenama ini sejak hari pertama, penulis berasa begitu selesa dengan teksturnya dan kesan selepas aplikasi. Sebelum ini, kulit wajah penulis agak kusam, namun selepas penggunaan produk NEESYA® Skincare selama 2 minggu, penulis dapati masalah kulit kusam itu semakin berkurangan, tona kulit lebih sekata dan kulit wajah juga semakin lembut. 

IMG_9288IMG_9289

Bila kulit wajah bersih, berseri dan tidak kusam, maka seseorang itu tidak perlu lagi mengenakan solekan wajah yang tebal. Sekiranya ingin keluar ke mana-mana dengan “bare face” tanpa sebarang solekan juga boleh.

Penulis mengesyorkan agar anda mencuba sendiri rangkaian produk NEESYA® Skincare untuk melihat keajaiban produk jenama ini keatas kulit anda. Ia boleh digunakan oleh semua jenis kulit tanpa was-was, kerana ia diperbuat dari bahan-bahan semulajadi  dan berstatus Halal.

Kesemua produk penjagaan kulit NEESYA® boleh didapati di kiosk NEESYA® yang terletak di Subang Parade Mall, SACC Mall, The Mines dan Plaza Metro Kajang.

Untuk maklumat lanjut mengenai NEESYA®, sila ke:

www.neesya.com | www.instagram.com/neesya.skincare | www.facebook.com/neesyaskincare

2018/01/03/review-kecantikan-neesya-skincare-bantu-atasi-masalah-kulit-kusam-2/

Comments

Popular posts from this blog

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda

[ Review & Tutorial Solekan ] Berus Real Techniques By Samantha Chapman & Kosmetik NYX

Baru-baru ini penulis telah diberikan set berus solekan Real Techniques By Samantha Chapman dari rakan penulis yang menjual produk ini secara online di Instagram iaitu Makeup_Department   . Untuk pengetahuan pembaca, Samantha Chapman merupakan jurusolek profesional dan beliau telah mencipta berus solekan yang amat eksklusif dan menarik yang boleh dibeli secara set ataupun berasingan. Kali ini penulis ingin membuat review dan tutorial solekan mengunakan  Real Techniques By Samantha Chapman : On Location , The Travel Essentials mengandungi tiga jenis berus iaitu Multi Task Brush, Essential Foundation Brush dan Domed Shadow Brush.  Berus solekan dari Real Techniques ini dibezakan mengikut warna pemegang dan setiap pemegang berus telah dilabel supaya pengguna mudah untuk menggunakannya. Berikut adalah jenis berus dan cara penggunaannya : Multi Task Brush Direka untuk digunakan bersama serbuk pemerah pipi , loose powder dan bronzer wajah. Dengan kepala yang bulat tetapi padat , berus i