Skip to main content

[ Review Produk ] Wangian mewah Jo Malone : Wood Sage & Sea Salt Collection

featured image
Aida Sue
/

Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue

[ Review Produk ] Wangian mewah Jo Malone : Wood Sage & Sea Salt Collection

Processed with VSCOcam with f2 preset

Kami telah berpeluang untuk pergi ke acara pelancaran wangian mewah yang eksklusif Jo Malone : Wood Sage & Sea Salt Collection yang bertempat di Ampang, Kuala Lumpur.  Jo Malone ™ London merupakan jenama pengeluar produk bespoke cologne, sabun mandi, losyen, lilin wangian.  Produk Jo Malone diilhamkan oleh budaya British moden dengan kerjasama antara perfumer terkenal dunia seperti Christine Nagel.

Kali ini wangian terkini Wood Sage & Sea Salt bertemakan English Coast keindahan laut dengan bunyian ombak menghempas pantai dengan bauan segar bayu laut. Walaupun bauan ini tidak menggunakan sebarang elemen bunga, ia mampu menerbitkan bauan feminin dan lembut, yang sesuai dipakai oleh semua wanita pelbagai peringkat umur.

photo 1 (13)

photo 3 (9)

Wood Sage & Sea Salt Cologne telah dicipta untuk membangkitkan rasa keseronokan, kebebasan alam semula jadi, yang diilhamkan oleh pantai British yang unik. Komposisi wangian baru, seperti namanya, adalah terdiri daripada Ambrette Seed, Sea Salt dan Sage, bersama-sama dengan alga merah dan limau gedang. Bagi Christine Nigel, wangian ini adalah berbeza untuknya. Menurutnya lagi ,  “Udara laut bercampur dengan bau masin air laut dan tekstur pasir dan batu sambil digabungkan dengan aroma kayu menerbitkan aroma segar dan semula jadi.”

Minyak wangi Jo Malone : Wood Sage & Sea Salt  boleh digabungkan dengan bauan Lime Basil & Mandarin atau Nectarine Blossom & Honey untuk aroma yang lebih sensasi dan juga kuat Ataupun jika anda ingin bau bungaan yang lebih kuat, anda boleh gabungkan dengan minyak wangi yang beraroma Orange Blossom.

Wood Sage & Sea Salt Collection akan mula dijual bermula September 2014. Produk Jo Malone London boleh didapati di butik Jo Malone Boutique yang terletak di Level 3, Pavilion Kuala Lumpur.

Senarai harga 

  • Cologne 30ml RM225
  • Cologne 100ml RM450
  • Body & Hand Wash 250ml RM190
  • Body Creme 175ml RM320
  • Home Candle 200g pada harga RM285.
2018/01/03/review-produk-wangian-mewah-jo-malone-wood-sage-sea-salt-collection-2/

Comments

Popular posts from this blog

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda...

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul...

[ Review ] Lupakan Mencukur, IPL Brazilian Di STRIP Jadikan ‘Vagina’ Anda Lebih Seksi

Sebagai seorang wanita, kebersihan haruslah diberi perhatian yang sewajarnya lebih-lebih lagi apabila melibatkan bahagian sulit seperti penjagaan vagina.  Ramai yang tidak peka atau mungkin tidak tahu akan betapa pentingkan untuk seseorang memastikan kebersihan alat sulit mereka kerana sedikit-sebanyak ia bisa mempengaruhi soal kesihatan.  Foto -pinterest Aktiviti mencukur sendiri di rumah pastinya agak menyukarkan kerana terdapat bahagian-bahagian yang sukar untuk dilihat dan dicapai terutamanya pada kawasan sekitar “labia” (pelipat vagina) sehingga ke bahagian “crack” (celah punggung). Bahkan, penggunaan pisau cukur biasa sebenarnya kurang sesuai disebabkan faktor yang mungkin menyebabkan jangkitan kuman, radang serta kegatalan. Foto -STRIP Minggu sudah, penulis berpeluang merasai pengalaman untuk melakukan rawatan pembuangan bulu sekitar alat sulit menggunakan kaedah moden profesional iaitu IPL Brazilian di Strip cawangan Bangsar. Buat anda yang baru mengenali STRIP, ia merupaka...