“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores“, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish“, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”.
Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama.
Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik.
Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di My Clinic Beauty & Medispa yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi.
Baru-baru ini, penulis berpeluang menjalani rawatan Silkpeel Dermallnfusion dan Yellow Laser Treatment.
Rawatan Silkpeel Dermallnfusion merupakan prosedur pengelupasan lembut berteknologi moden dari Amerika Syarikat. Secara amnya, ia merupakan rawatan kulit wajah pertama yang menggabungkan teknik pengelupasan tidak invasif bersama penyelesaian topikal spesifik. Ia tidak hanya bertujuan mencantikkan kulit wajah, malah memperbaiki dan menjana semula tahap kesihatan kulit anda.
Keistimewaan rawatan ini juga terletak pada kemampuannya memberikan efek segera tanpa menyakitkan. Justeru, sejurus menjalani rawatan selama 20 hingga 30 minit, anda boleh kembali menyambung rutin harian tanpa sebarang pantang larang. Prosedur yang diyakini selamat ini juga unik kerana tidak menggunakan kristal atau partikel melelaskan yang menyebabkan kerengsaan kulit.
Ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuk mereka yang tergolong dalam kelompok berkulit sensitif. SilkPeel membantu mengatasi pelbagai masalah dermatologi termasuk hiperpigmentasi, akne, dehidrasi, garis penuaan dan kedutan.
Pengguna yang menjalani rawatan Silkpeel biasanya akan melihat hasil selepas sesi pertama dan beransur-ansur untuk sesi seterusnya, hasil yang terbaik akan diperolehi selepas 4 hingga 6 sesi berturut-turut.
Ini sebab mengapa anda perlu mencuba rawatan Silkpeel di MyClinic Beauty & Medispa:
- Tidak beracun
- Selamat untuk semua jenis kulit
- Kesan selepas rawatan dapat dilihat segera
- Melembapkan kulit yang kering
- Tidak sakit
- Mengurangkan kedutan, garis-garis halus, parut dan jerawat
Apa yang membuatkan rawatan Silkpeel di sini berbeza dengan klinik yang lain?
- Melakukan double cleansing dan pengekstrakan pengelupasan
- Silkpeel facial
- Body massage
- Iron mask
- Tempoh yang diambil untuk rawatan ini selama 90 minit
Sejurus selepas itu, penulis mencuba pula rawatan Yellow Laser Treatment yakni bagi memberi ‘glow’ kepada wajah, jika anda ingin kulit wajah persis gadis Korea yang berkilat dan bersih, inilah rahsianya.
Rawatan Yellow Laser Treament merupakan prosedur menggunakan alat berteknologi tinggi, ia membantu menyelesaikan masalah kulit seperti parut jerawat, parut luka, kedutan, kesan pancaran matahari (sun-damaged skin), pigmentasi, liang roma terbuka dan warna kulit tidak sekata.
Paling utama, sinaran laser yang dipancarkan menembusi lapisan epidermis kulit sehingga lapisan dermis itu akan memperbaiki dan meningkatkan kolagen di dalam kulit menjadikan kulit wajah kembali muda dalam tempoh singkat.
Untuk memastikan kulit wajah kekal baik dan terkawal, penulis dibekalkan dengan krim dan ubat antibiotik. Rawatan ini boleh dilakukan 3 kali sebulan ataupun setiap bulan, bergantung sepenuhnya kepada keadaan kulit wajah.
Biasalah bila kali pertama menjalani rawatan kecantikan, pasti rasa cemas apatah lagi nervous jadi dekorasi MyClinic yang serba ringkas dan kemas sedikit sebanyak menenangkan jiwa. MyClinic mempunyai dua tingkat, di bawah merupakan tempat pendaftaran dan sesi konsultasi bersama doktor manakala di atasnya untuk menjalani rawatan silkpeel, facial, body massage dan sebagainya.
Harga yang ditawarkan pula bergantung kepada keadaan kulit masing-masing jadi untuk keterangan lanjut, kenalah membuat temu janji untuk konsultasi. MyClinic mempunyai dua cawangan di Daman Utara dan Punchong, alamat seperti di bawah:
Lokasi
- 8G, Jalan SS21/35, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya – 03-77109889
- G-23, Jalan Merbah 3, Bandar Puchong Jaya, 47170, Puchong, Selangor – 03-80717485
Comments
Post a Comment