Skip to main content

Laneige Lip Sleeping Mask, Buatkan Bibir Anda Lebih Lembut & Gebu

featured image

Masalah bibir kering dan pecah sememangnya memberikan tekanan pada wanita. Disebabkan dengan itu, Laneige memperkenalkan Lip Sleeping Mask, tambahan kepada Water Sleeping Mask, sekaligus membolehkan kita mencapai kulit wajah yang lembap juga bibir yang lembut juga gebu sepanjang hari.

Menariknya pada Lip Sleeping Mask, ianya digubal bagi menyediakan bibir dengan rawatan rapi khas, perlahan-lahan mengurangkan masalah kering, kulit tidak stabil pada bibir sepanjang malam untuk merealisasikan bibir licin dan lembut pada keesokan harinya!

Screen Shot 2015-04-18 at 2.12.50 PM

Untuk memastikan rawatan bibir bekerja sepanjang malam, Lip Sleeping Mask diperbuat seperti lipbalm dengan tekstur melekit tetapi mempunyai wangian berry manis dan buah-buhan. 

1. Berry MixTM Complex

Berry Mix ComplexTM terdiri daripada 8 jenis buah yang kaya dengan antioksidan. Antaranya raspberry, strawberry, cranberry, blueberry, gojiberry, soapberry, cloudberry dan coffee berry. Kaya dengan Vitamin C dan antioksidan, ekstrak campuran berry ini melegakan bibir kering dan pecah-pecah menjadikannya lembut dan licin lagi. 

Raspberry kaya dengan asid elagik, polifenol dan Vitamin C. Diistilahkan sebagai ‘buah antioksidan’. Blueberry mengandungi antosianin yang paling banyak berbanding buah-buahan dan sayur-sayuran lain. Cranberry sebaliknya kaya dengan polifenol untuk memberikan kesan antioksidan dan anti-penuaan. Strawberi mengandungi banyak Vitamin C.

Antioksidan adalah penting untuk menangani tindakan pengoksidaan radikal bebas. Ia melambatkan proses penuaan badan, mencegah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan melindungi tubuh daripada penyakit.

Screen Shot 2015-04-18 at 2.12.45 PM

2. Super-High Pressure Technology

Tekanan teknologi yang tinggi telah digunakan dalam pengekstrakan antioksidan daripada 8 jenis buah untuk menghasilkan ekstrak antioksidan yang sangat pekat yang boleh diserap dengan pantas ke dalam kulit.

3. MOISTURE WRAPTM Technology

Sama seperti Water Sleeping Mask, Lip Sleeping Mask telah dirumuskan dengan teknologi MOISTURE WRAPTM. Teknologi ini merupakan teknologi eksklusif oleh Laneige di mana Asid Hyaluronic memegang kelembapan yang banyak, akan membentuk satu lapisan pelembap di permukaan kulit seperti pembalut. Ini terkunci dalam bahan-bahan aktif untuk membantu kulit menyerap dan mengekalkan kelembapan sepanjang malam.

SONY DSC

SONY DSC

Cara Penggunaan

1. Sebelum tidur, letak Lip Sleeping Mask pada bibir anda menggunakan spatula yang diberikan.

2. Sel kulit mati, tidak stabil akan cair dan hilang pada waktu malam dan bibir anda digantikan dengan kelembapan yang banyak.

3. Lap dengan tisu atau kapas pada keesokan harinya.

4. Sekarang, sesiapa sahaja boleh mencapai bibir licin dan lembut hanya pada satu malam.

Penulis sendiri mengamalkan lip sleeping mask ini setiap malam sebelum tidur, penulis aplikasikan di bibir dan bila bangun esok hari, bibir anda kekal lembap, lembut dan tiada lagi masalah kusam. Serius berkesan! 

Jadi, sesiapa sahaja yang mempunyai masalah bibir, ini rawatan terbaik boleh anda cuba. Lip Sleeping Mask dijual dengan harga  RM70 (25g), boleh didapati di semua butik Laneige dan kaunter kecantikan bermula Mei 2015.

Untuk maklumat lanjut, layari www.laneige.com atau www.laneige.com.my ataupun Facebook Laneige Malaysia.

2018/01/03/laneige-lip-sleeping-mask-buatkan-bibir-anda-lebih-lembut-gebu-2/

Comments

Popular posts from this blog

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul...

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda...

[REVIEW] 2 Keajaiban Berlaku Bila Korang Guna Produk Rambut Ni!

Aperio Natural adalah jenama penjagaan kecantikan yang perpangkalan di California sejak tahun 2008. Berinspirasikan daripada amalan masyarakat setempat Saratoga yang gemar menikmati gaya hidup yang dikelilingi suasana alam semula jadi, Aperio Natural  adalah dirumus khusus menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan produk terbaik berasaskan tumbuh-tumbuhan organik termasuk floral, herba dan buah-buahan. Mempercayai produk yang mengutamakan bahan yang dituai segar daripada alam semula jadi mampu memelihara kecantikan serta memulihkan permasalahan kulit dan rambut, Aperio Natural komited untuk memenuhi keperluan semua jenis individu. Hampir tiga minggu penulis berpeluang mencuba sendiri syampu dan perapi rambut daripada rangkaian Cherry Blossom inovasi Aperio Natural ini dan hasilnya rambut jadi lebih ringan dan tidak kusut. Cherry Blossom Radiance Shampoo (500ml): RM126 Tidak seperti syampu lain, Aperio Natural Cherry Blossom Radiance Shampoo tidak menjadikan rambut kering se...