Skip to main content

[Review – Kecantikan] Penjagaan Mata SK-II Magnetic Eye Care Kit Beri 3X Manfaat

featured image

SK-II telah melancarkan produk penjagaan mata generasi baharu dengan kuasa magnetik iaitu Magnetic Eye Wand untuk kulit yang lebih muda.

SK-II mengetahui bahawa pengguna bimbang tentang penuaan kulit di kawasan mata kerana ia adalah tempat paling awal memberi tanda. Disebabkan kebimbangan ini, mereka menggunakan krim mata namun tidak ada sebarang peningkatan terhadap kulit.

Kini, dengan Magnetic Eye Wand baharu yang tampil dengan teknologi penjagaan mata yang pertama seumpamanya, ia akan meningkatkan penyerapan kandungan SK-II STEMPOWER Eye Cream ke dalam kulit.

Photo 14-3-15 19 49 51

Manfaat

Ia memberi 3x lebih Niacinamide (bahan penting dalam STEMPOWER Eye Cream) kepada kulit berbanding penggunaan STEMPOWER Eye Cream dengan hanya menggunakan jari dan menjadikan kulit sekitar mata kembali tegang.

  • SK-II STEMPOWER Eye Cream dan SK-II Magnetic Eye Wand berfungsi menegangkan kulit sekitar kelopak mata, hujung mata dan di bawah mata – tiga kawasan kritikal untuk mata yang kelihatan lebih besar, tajam dan muda serta wajah yang kelihatan lebih muda.
  • Apabila digunakan dengan SK-II STEMPOWER Eye Cream, SK-II Magnetic Eye Wand mampu mengurangkan garis halus yang berlaku sekitar mata akibat kekeringan dalam tempoh 10 hari.
  • SK-II Magnetic Eye Wand juga telah diuji secara klinikal oleh pasukan Penyelidik & Pembangunan P&G agar ia selamat digunakan.

Dengan teknologi tri-magnetik, Magnetic Eye Wand menghasilkan medan mikro elektromagnetik pada wajah untuk meningkatkan penyerapan bahan aktif.

SK-II Magnetic Eye Wand

Mendapatkan peningkatan kulit mata menerusi 3 cabang dengan SK-II STEMPOWER Eye Cream.

STEMPOWER Eye Cream menyelesaikan masalah pada kawasan ini dengan Stem-Acanax Eye Complex yang mengandungi tiga bahan penting:

  • STEMPOWER TRIO Active: Satu kombinasi PiteraTM pekat, Stem Acanax dan Artichoke Extract, ia meningkatkan kualiti kulit menjadikannya lebih kelihatan berisi, meningkatkan keanjalan dan ketahanan dalaman.
  • PAL-VB Complex: Formulasi khas ini menggalakkan penghasilan struktur protein kulit yang penting untuk ketegangan kulit dan ketahanan terhadap kedutan.
  • Lupine-Alfalfa Extract: Ia membantu menghalang geleberan kulit bawah mata melandut.

Review Penulis

Penulis sendiri telah mencuba SK-II STEMPOWER Eye Cream bersama SK-II Magnetic Eye Wand selama hampir tiga minggu, dan telah merasakan *sedikit perubahan pada bahagian mata dimana kedutan hujung mata semakin halus dan tekstur mata kelihatan lebih rata berbanding sebelum ini. Untuk pengetahuan semua juga, produk ini membantu melawan kesan penuaan akibat faktor luaran seperti sinar UV, kekeringan dan habuk, serta menjadikan mata kelihatan lebih cerah berpanjangan.

*Perubahan yang sedikit ataupun kurang ketara oleh kerana jangka masa penggunaan yang tidak lama (hampir tiga minggu), disamping semua sedia maklum, kawasan mata adalah antara bahagian pada wajah yang agak sukar untuk dijaga dan dilihat perubahan drastik apabila dirawat.

Cara Penggunaan

Langkah 1: Gunakan spatula untuk meletakkan STEMPOWER Eye Cream bersaiz sebesar kacang ke jari manis anda. Letakkan separuh daripadanya ke jari manis satu lagi.

1Langkah 2: Letakkan lima titik kecil krim tersebut di bahagian mata: tiga titik di bawah mata, di atas kelopak mata di tengah-tengah, dan di sudut luar bahagian atas.

2Langkah 3: Gunakan jari manis anda untuk perlahan-lahan sapukan krim itu di bawah mata, bermula dari sudut dalam dan menuju ke arah sudut luar. Lakukan perkara yang sama di atas mata, dan selesaikan dengan sapuan lembut dari sudut luar mata ke arah temple. Ulangi gerakan sapuan ini di semua tiga bahagian mata untuk memastikan krim itu diserap sepenuhnya ke dalam kulit.

3Langkah 4: Pastikan Magnetic Wand bersih, dan pegangnya dengan sebelah melengkung menghadap anda. Gunakan Magnetic Wand, ulangi gerakan sapuan di bawah mata anda, bermula di bawah mata dari sudut dalam dan bergerak ke arah luar. Ulang langkah ini beberapa kali sehingga anda rasakan kesemua krim telah diserap sebelum berpindah ke kawasan atas mata, dan akhirnya ke sudut luar mata meluncur ke arah temple anda.

*Tidak perlu mengenakan tekanan kepada Magnetic Wand atau tekan ia pada kulit anda. Hanya luncur atau gerakkan ia pada permukaan kulit dan biarkan magnet melakukan kerja mereka!

Harga dan Pasaran

Stempower Eye Cream & Magnetic Eye Wand

SK-II Magnetic Eye Care Kit yang mengandungi STEMPOWER Eye Cream (15g) dan Magnetic Eye Wand ini kini boleh didapati di semua kaunter SK-II seluruh negara, dengan harga RM476.

2018/01/03/review-kecantikan-penjagaan-mata-sk-ii-magnetic-eye-care-kit-beri-3x-manfaat-3/

Comments

Popular posts from this blog

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda

[ Review & Tutorial Solekan ] Berus Real Techniques By Samantha Chapman & Kosmetik NYX

Baru-baru ini penulis telah diberikan set berus solekan Real Techniques By Samantha Chapman dari rakan penulis yang menjual produk ini secara online di Instagram iaitu Makeup_Department   . Untuk pengetahuan pembaca, Samantha Chapman merupakan jurusolek profesional dan beliau telah mencipta berus solekan yang amat eksklusif dan menarik yang boleh dibeli secara set ataupun berasingan. Kali ini penulis ingin membuat review dan tutorial solekan mengunakan  Real Techniques By Samantha Chapman : On Location , The Travel Essentials mengandungi tiga jenis berus iaitu Multi Task Brush, Essential Foundation Brush dan Domed Shadow Brush.  Berus solekan dari Real Techniques ini dibezakan mengikut warna pemegang dan setiap pemegang berus telah dilabel supaya pengguna mudah untuk menggunakannya. Berikut adalah jenis berus dan cara penggunaannya : Multi Task Brush Direka untuk digunakan bersama serbuk pemerah pipi , loose powder dan bronzer wajah. Dengan kepala yang bulat tetapi padat , berus i