Skip to main content

[Review] Manjakan Diri Ala Sosialit Jepun di Yu Académie Et Salon

featured image

Sebagai seorang perempuan, kita pastinya peka dan sering kali mahu menjaga penampilan diri dari hujung rambut hinggalah hujung kaki. Ya, kerana mahu kelihatan menarik di mata orang.

Namun, ramai yang sering terlupa untuk menjaga kesihatan kuku. Ha… perlu ke jaga kuku?

Jika anda tanya pendapat penulis sudah tentulah penulis sarankan bahawa penjagaan kuku juga mustahak seperti mana anda peka dan mengambil berat untuk hanya menggunakan produk terbaik demi menjaga kesejahteraan wajah.

YU Nail + Eyelash Académie Et Salon adalah salon kuku istimewa yang bisa merapikan kuku anda yang keadaannya itu bagaikan“hidup segan mati tak mahu”.

Kepakaran YU Nail + Eyelash Académie Et Salon

Selain menawarkan servis merias kuku tangan dan kaki, mereka juga adalah pakar dalam bidang kecantikan bulu mata. Jika anda sering berasa tidak yakin dengan penampilan diri kerana bulumata anda yang pendek atau sukar untuk tumbuh lebat itu, bolehlah datang ke sini untuk lakukan servis penyambungan bulu mata yang bersifat sementara.

Namun apa yang menarik minat penulis di sini adalah servis manicure dan pedicure yang disediakan buat gadis dan para wanita urban.

Servis Kecantikan Yang Ditawarkan

Tak perlu gusar kerana harga yang ditawarkan adalah setanding dengan servis lima bintang yang diberikan pihak YU Nail + Eyelash Académie Et Salon. Selain ruang kedai yang berkonsepkan santai dan menyelesakan pengunjung, individu juga bakal berasa teruja dengan layanan mesra yang diberikan para pekerja profesional di sini. Maklumlah, tuan empunya salon ini adalah orang berdarah Jepun, sudah tentulah tutur kata serta adabnya amat lemah-lembut membuatkan pengujung terus jatuh hati dan mahu datang lagi!

Antara servis lazim yang ditawarkan termasuklah:-

  • Classic Manicure (servis mencantik dan mewarna kuku tangan normal): RM58
  • Classic Pedicure (servis mencantik dan mewarna kuku kaki normal): RM68
  • Gel Nail For hand/Feet (servis mencantik dan mewarna kuku jenis gel): RM120 – RM150
  • Eyelash Extension (Pemanjangan Bulu Mata): RM212

Proses Pewarnaan Kuku

Penulis sempat meluangkan masa untuk melawat serta mencuba servis riasan kuku tangan jenis gel nail di sini tempoh hari sewaktu parti sambutan ulang tahun YU Nail + Eyelash Académie Et Salon yang pertama pada 22 Mei tempoh hari.

Pada awalnya, keseluruhan tangan penulis dicuci dengan tisu antiseptik terlebih dahulu sebelum pendandan kuku tersebut mula membentuk kuku penulis.

Kemudian, sejenis gel pelembut kutikel disapu ke bahagian celah-celah permukaan kuku sebelum dia mula mencuci dan merapikan kuku agar tampak bersih dan kemas.

Setelah itu, penulis diberi peluang memilih rekaan kuku gel yang diinspirasi dari motif rekaan jenama Fendi berupa Fendi Monster comel! Katanya rekaan ini sesuai dengan konsep yang dibawakan salon YU Nail + Eyelash Académie Et Salon sendiri -bersifat ceria dan kawaii!

Produk Yang Digunakan

Untuk pengetahuan umum, setiap satu produk yang digunakan di salon kuku ini adalah semuanya diimport terus dari Jepun. Produk adalah premium bermutu dan ini adalah untuk memastikan hasil riasnya cantik berkelas sekaligus memelihara kuku agar tidak cepat rosak atau reput.

Proses mewarna kuku jenis gel ini mengambil masa dari 30 hingga 40 minit untuk siap sepenuhnya kerana kuku perlu disalut dengan beberapa lapisan warna termasuklah base coat dan top coat.

Untuk merangsang aura riasan kuku ala Jepun, terdapat beberapa bahagian kuku yang akan ditambah dengan aksesori perhiasan seperti manik dan batu permata!

Perbezaan Pewarna Kuku Biasa & Pewarna Gel

Pewarna kuku biasa mudah calar dan terhakis jika seseorang melakukan pekerjaan yang kasar manakala pewarna gel umumnya mempunyai permukaan yang lebih kukuh tidak akan calar, terhakis mahupun patah biarpun sekasar mana aktiviti harian seseorang.

Warna gel bisa bertahan selama 3 minggu manakala warna jenis biasa hanya boleh kekal cantik tidak sampai satu minggu. Oleh kerana itulah, ramai wanita masa kini memilih untuk memanfaatkan gel nail berbanding pewarna biasa.

Sempat penulis bertanyakan berapakah harga servis bagi rekaan kuku PEEKABOO ini, kata pendandan, harganya mungkin sekitar RM200 hingga RM250 mengikut butiran manik dan batu permata yang digunakan. Batu permata yang digunakan untuk hiasan kuku ini bukan jenis plastik biasa, ianya berat dan kilauannya juga umpama kristal membuatkan riasan kuku tampak mewah.

Terletak di kawasan metropolitan sekitar Mont Kiara, untuk keterangan lanjut, sila lawat laman Facebook rasmi YU Nail + Eyelash Académie Et Salon di [www.facebook.com/yuacademiesalon] atau follow Instagram mereka di [www.instagram.com/yuacademiesalon].

Alamat: Level 6, Verve Shops @ Mont’ Kiara 5, Jalan Kiara, Solaris Mont Kiara 50480, Kuala Lumpur.

Nombor Telefon: +6016-205 3149

2018/01/03/review-manjakan-diri-ala-sosialit-jepun-di-yu-academie-et-salon-2/

Comments

Popular posts from this blog

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda

[ Review & Tutorial Solekan ] Berus Real Techniques By Samantha Chapman & Kosmetik NYX

Baru-baru ini penulis telah diberikan set berus solekan Real Techniques By Samantha Chapman dari rakan penulis yang menjual produk ini secara online di Instagram iaitu Makeup_Department   . Untuk pengetahuan pembaca, Samantha Chapman merupakan jurusolek profesional dan beliau telah mencipta berus solekan yang amat eksklusif dan menarik yang boleh dibeli secara set ataupun berasingan. Kali ini penulis ingin membuat review dan tutorial solekan mengunakan  Real Techniques By Samantha Chapman : On Location , The Travel Essentials mengandungi tiga jenis berus iaitu Multi Task Brush, Essential Foundation Brush dan Domed Shadow Brush.  Berus solekan dari Real Techniques ini dibezakan mengikut warna pemegang dan setiap pemegang berus telah dilabel supaya pengguna mudah untuk menggunakannya. Berikut adalah jenis berus dan cara penggunaannya : Multi Task Brush Direka untuk digunakan bersama serbuk pemerah pipi , loose powder dan bronzer wajah. Dengan kepala yang bulat tetapi padat , berus i