Seharian bekerja di bawah penyaman udara menyebabkan wajah berkedut sebelum waktunya. Usia baru mencecah awal 30-an tetapi kondisi kulit wajah bagaikan lewat 40-an. Pening kepala memikirkan keadaan ini? Sinaran matahari, debu kotoran, pencemaran udara, tekanan kerja malahan juga rutin penjagaan wajah sedikit sebanyak mengundang kepada masalah kedutan halus, jeragat, kekeringan, bintik hitam dan lain-lain lagi. Pakai pelbagai produk tetapi masih belum ada sebarang perubahan, kulit masih di takuk sebegitu juga.
Nak buat macam mana? Ini penyelesaian untuk anda!
Olay adalah jenama rangkaian produk kecantikan klinikal yang tidak asing lagi dalam menawarkan solusi bagi masalahan penuaan kulit, berfungsi mencegah faktor–faktor penuaan dan dalam masa yang sama membaiki kondisi kulit yang rosak untuk menjadi sempurna semula. Untuk itu, Olay memperkenalkan rangkaian Miracle Duo baharu, terdiri dari dua produk berlainan yang bisa dimanfaatkan oleh wanita secara ringkas dengan merangkumkannya ke dalam rejim kecantikan harian agar kulit kekal muda sentiasa.
Ramai wanita mengidamkan produk yang mampu memberi efek dan keberkesanan serta merta terhadap kulit mereka sehingga terdorong untuk melakukan sutikan kolagen mahupun botoks. Tetapi, berapa ramai di antara kita yang sedar bahawa ia akan memberi kesan sampingan? Suntikan lazimnya akan menyebabkan bengkak, lebam, infeksi kuman, reaksi terhadap anesthesia, kegatalan, parut, luka, benjolan dan banyak lagi.
Tahukah anda bahawa gabungan inovasi Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence dan Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream ternyata lebih efisyen. Yakni, ianya tidak memedihkan malah membekal khasiat sepenuhnya yang diperlukan oleh kulit wanita yang kian kehilangan ciri keanjalan serta tekstur kehalusannya di kala umur semakin meningkat.
Seperti biasa, rejim kecantikan yang mengutamakan cara dan teknik penggunaan produk juga adalah sangat penting. Ini termasuk tertib dan langkah pemakaian produk dari pembersih, toner, pelembab serta esen atau serum yang bisa disapu ke atas kulit untuk menggalak fungsi dan mempercepat keberkesanan krim pelembab wajah itu sendiri.
Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence adalah sejenis serum lembut, mengandungi sari ramuan aktif untuk mendorong proses keberkesanan produk pelembap wajah (moisturiser). Setiap titisan yang hadir dari Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence bakal memberi sentuhan magis, memperbaharui berjuta-juta sel kulit sehingga ke lapisan yang paling dalam sekaligus menjadikan kulit tampak 10 tahun lebih muda -bebas kedutan dan garis-garis halus, mengecilkan pori serta menegangkan tekstur kulit yang kendur akibat penuaan.
Dari segi botol pembungkusan, ianya sangat unik dilengkapi fungsi istimewa pada penutup botol yang boleh ditekan bagi menyedut produk bertepatan dengan jumlah yang diperlukan untuk setiap sapuan. Tiada lagi masalah pembaziran produk!
Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream yang berfungsi sebagai krim pelembap harian mewah ini diperkaya dengan konsentrasi khusus digelar Amino-petide Complex -membantu menggalakan pertumbuhan sel kulit baru, lapisan demi lapisan manakala Hydra-Firming Complex pula mampu mengekalkan keremajaan kulit. Proses pemulihan akan bertindak secara lembut, tidak memedihkan malah setiap sapuan adalah dijamin tidak melekit mahupun berminyak seperti krim jenama lain. Ya, meskipun konsistensi Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream adalah pekat dan padat.
Guna krim pelembap wajah Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream setiap pagi (selepas mencuci wajah dengan bersih dan rapi diselangi penggunaan toner) kerana ia akan bertindak sebagai rawatan intensif anti-penuaan yang selamat, berfungsi sepanjang hari untuk memberikan hasil lumayan agar anda bisa mendapat kulit yang sihat, anjal dan bebas kedutan sehalus porselin.
Bagi mempercepat kesan kebaikan dari krim ini pula, lapiskan ia dengan Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence agar proses rawatan dan pemulihan kulit lebih lancar, membebaskan partikel-partikel intensif untuk menggalak kebaikan ciri aktif Amino-petide Complex sekaligus memperbaiki keanjalan dan tekstur kulit, mengurangkan kedutan, mengecilkan pori serta menaikan seri di wajah serta-merta! Satu lagi rahsia penulis ingin kongsikan kepada anda adalah produk ini berkesan untuk mendapatkan solekan yang flawless serta tahan lama, langsung tidak cakey sepanjang hari.
Usah risau tentang haruman yang datang dari krim pelembap ini. Baunya segar, tidak terlalu harum dan manis sehingga menusuk hidung seperti krim-krim pelembap yang lain. Bagi anda yang tegar menggunakan produk Olay, anda pasti kenal dengan bauan “signature” produk-produknya, yang jelas wajah anda terasa segar malah harum sentiasa.
Rangkaian Olay Miracle Duo memiliki konsistensi yang mudah diserap kulit, tidak berminyak dan melekit. Jadi, tiada masalah kerana krim pelembap wajah dari Olay ini berfungsi sebagai lapisan pelindung optimum untuk kulit dan boleh dijadikan krim asas kepada solekan harian yang ringkas.
Ayuh cabar diri anda dengan Olay Miracle Duo untuk mengembalikan keremajaan kulit wajah hanya dalam 2 minggu!
Untuk info lanjut, anda boleh semak ke laman web rasmi https://www.everydayme.com.my/tag/olay. Jika ingin berkongsi gambar di media sosial, ini hashtag yang tertera #OlayMalaysia #MiracleDuo.
Comments
Post a Comment