Skip to main content

[ Review ] Tanggalkan Bulu Tanpa Sakit – Kaedah Waxing Di Honeypot Wax Boutique

featured image

Pelbagai kaedah menanggalkan bulu yang boleh kita cuba untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Bagi anda yang inginkan cara yang mudah, anda lebih senang mencukur bulu anda tetapi adakah hasilnya akan bertahan lebih lama? Penulis ingin kongsikan dengan pembaca salah satu cara untuk menanggalkan bulu di badan dengan cepat dan tidak rasa sakit.

Baru-baru ini penulis dan rakan telah berkunjung ke salah sebuah pusat kecantikan Honeypot Wax Boutique yang terletak di Bangsar Shopping Center. Honeypot Wax Boutique ini merupakan pusat kecantikan yang memberikan rawatan menanggalkan bulu di badan ( seluruh badan pun boleh kalau anda mahu ) dengan cepat dan tanpa rasa sakit serta manicure & pedicure.

Untuk pengetahuan pembaca, inilah kali pertama rakan penulis mencuba rawatan menanggalkan bulu di kaki dengan kaedah waxing dan pelbagai perasaan berada di minda beliau sebelum melakukan rawatan ini. Sakit ke? Panas ke? Mahal ke? Selesa ke? Sebab selalunya ramai yang cakap waxing bulu di badan ini menyakitkan, tetapi selepas mencuba rawatan di Honeypot Wax Boutique, prasangka ini semua HILANG! Malah, sampai boleh ketagih mencabut bulu selepas mencuba rawatan di Honeypot tau disebabkan terlalu sukakan hasil akhirnya.

Honeypot Wax Boutique

 DSC07579

Suasana butik amat selesa dan cantik. Mereka menggunakan warna pink dan putih seperti hiasan Victoria. Ada juga sentuhan warna gelap untuk memberikan sisi maskulin. Butik kecantikan ini mempunyai pelbagai rawatan kecantikan termasuklah permanent hair reduction treatment – LHE (Light, and Heat Energy) di salun Honeypot One Utama. Di Honeypot, mereka menggunakan dua jenis wax iaitu Hot Wax dan juga Normal Strip Wax. Walau bagaimanapun, bagi rawatan Brazilian Waxing, mereka hanya menggunakan Hot Wax kerana ini kurang menyakitkan.

DSC07602

DSC07600

DSC07596

REVIEW 

Rakan penulis telah mencuba salah satu servis yang disediakan oleh Honeypot iaitu Bottom Half Legs Wax. Buat pertama kali beliau mencuba rawatan kecantikan waxing ini jadi memang perasaan takut itu mungkin ada. Untuk rawatan ini, sebelum melakukan proses waxing, staf akan menyapukan bedak ke seluruh permukaan kaki, dan kemudian mereka akan menyapukan strip wax ( suhu sederhana ) dan mula melakukan proses waxing. Ia tidaklah menyakitkan dan kita dapat lihat perbezaan kehalusan kulit sebelum dan selepas wax. Staf juga meletakkan krim selepas rawatan yang anda boleh beli di butik.

DSC07617

DSC07615

Antara produk yang digunakan dan dijual termasuklah :

DSC07589

DSC07590

DSC07591

DSC07592

DSC07593

DSC07584

DSC07586

DSC07585

 SENARAI MENU SERVIS 

Body Wax 

Underarm – RM30

Half Arms – RM42

Full Arms – RM70

Nipple – RM20

Chest – RM35

Chest & Shoulders – RM52

Back & Shoulders – RM70

Snail trail – RM15

Stomach – RM28

Botton Half Legs – RM55

Top Half Legs – RM65

Full Legs – RM95

Fingers – RM12

Hands – RM15

Toes – RM15

Feet – RM20

Full body – RM280

Brazilian Wax ( Basic Bikini -RM32 , The In-Between-RM65, The Butterfly- RM75, Hollywood – RM108, Playboy – RM120, L’amour – RM125 )

Face Wax ( Hot Wax ) ( Upper/lower lip – RM14 , chin – RM15, jaw line – RM25, forehead – RM25, cheeks – RM25, brows – RM32, full face  – RM70)

Manicure & Pedicure

Express ( Shape & paint ) – RM35 ( Manicure – RM15/ Pedicure – RM20 )

Classic – RM66 ( Manicure -28 / Pedicure – RM38 )

Spa – RM130 ( Manicure – RM50 / Pedicure – RM80 )

Maklumat lanjut : 

Honey Pot @ BSC 
Lot S123, 2nd Floor
Bangsar Shopping Centre
T: +603-2092 5598

Honey Pot @ 1Utama 
S119b, 2nd Floor
1 Utama Shopping Centre
T: +603-7729 5598

FB: https://www.facebook.com/HoneypotMalaysia
W: http://www.honeypot.com.my/

 

2018/01/03/review-tanggalkan-bulu-tanpa-sakit-kaedah-waxing-di-honeypot-wax-boutique-2/

Comments

Popular posts from this blog

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda

[ Review & Tutorial Solekan ] Berus Real Techniques By Samantha Chapman & Kosmetik NYX

Baru-baru ini penulis telah diberikan set berus solekan Real Techniques By Samantha Chapman dari rakan penulis yang menjual produk ini secara online di Instagram iaitu Makeup_Department   . Untuk pengetahuan pembaca, Samantha Chapman merupakan jurusolek profesional dan beliau telah mencipta berus solekan yang amat eksklusif dan menarik yang boleh dibeli secara set ataupun berasingan. Kali ini penulis ingin membuat review dan tutorial solekan mengunakan  Real Techniques By Samantha Chapman : On Location , The Travel Essentials mengandungi tiga jenis berus iaitu Multi Task Brush, Essential Foundation Brush dan Domed Shadow Brush.  Berus solekan dari Real Techniques ini dibezakan mengikut warna pemegang dan setiap pemegang berus telah dilabel supaya pengguna mudah untuk menggunakannya. Berikut adalah jenis berus dan cara penggunaannya : Multi Task Brush Direka untuk digunakan bersama serbuk pemerah pipi , loose powder dan bronzer wajah. Dengan kepala yang bulat tetapi padat , berus i