Pakai mekap memang seronok sebab buat kita jadi yakin dan paling penting nampak cantik. Tetapi, akan sampai waktu yang tidak seronok apabila kita perlu membersihkannya sebaik tiba di rumah. Betul tak?
Sudahlah penat baru balik dari kerja, sampai rumah pula waktu sudah malam. Kalau boleh memang malas nak mandi kerana badan sudah terlalu letih. Hmm… lecehnya nak cuci muka. Ya, penulis pun turut alami perkara yang sama. MALAS.
Malas Punca Utama Kulit Bermasalah
Mengaku sahajalah, ramai di antara anda yang jarang melulur muka dengan skrub atau membersihkan solekan terlebih dahulu dengan air pembersih makap (makeup remover). Paling tidak pun, anda hanya akan mencuci muka dengan pembersih biasa sahaja. Apa yang anda tidak tahu, ‘kemalasan’ anda itu sebenarnya telah menjadi punca kepada permasalahan kulit.
Berjerawat, bergerutu, liang roma tersumbat serta berpanau, ini semua adalah masalah kulit wajah yang selalu dialami kaum wanita gara-gara tidak mengambil berat tentang tata cara pembersihan wajah yang sebetulnya.
Medium Untuk Jimat Masa
Khas buat anda yang sering kesuntukan masa untuk menjaga kecantikan wajah, nah penulis syorkan medium pembersihan ringkas yang digelar Charcoal Exfoliating Wipes. Ini merupakan produk inovasi dari Sephora. Hasil wajah bersih boleh dikecapi dalam masa tidak sampai 1 minit pun!
Percaya atau tidak, helaian tisu lembab dwifungsi ini mampu menanggalkan segala kotoran dan solekan pada wajah termasuklah kesan degil seperti maskara kalis air dan gincu matte.
Seperti yang kita semua sedia maklum, arang adalah antara ramuan terbaik yang boleh menyingkirkan bintik hitam (blackheads), jadi penggunaan tisu lembab Sephora Charcoal Exfoliating Wipes yang diramu dengan khasiat arang ini adalah bonus buat anda yang mempunyai masalah bintik hitam. Jom lihat apa kebaikannya…
ULASAN
Kelebihan
- Menjimatkan masa
- Paket kecil mudah dibawa kemana-mana
- Penutup plastik pada paket memberi jaminan helaian tisu akan kekal bersih dan selamat daripada kemasukan bakteria
- Helaian tisu mempunyai 2 permukaan berbeza yang berfungsi untuk menarik keluar kotoran (skrub) serta bantu bersihkan wajah secara teratur
- Bau yang segar buat jiwa rasa relaks
- Sesuai dibawa melancong dan menaiki kapal terbang kerana formulanya tidak berasaskan air seperti cecair pembersih solekan (makeup remover).
Kekurangan
- Isi helaian terlalu sedikit, hanya terhad kepada 25 helai bagi setiap satu paket
- Permukaan berbintik agak kasar sedikit membuatkan wajah terasa pedih jika sapuan dilakukan secara kasar
- Tidak sesuai untuk kegunaan harian kerana isi tisu yang sikit menjadikannya tidak berbaloi
Secara keseluruhan, penulis sangat berpuas hati dengan penggunaan Sephora Charcoal Exfoliating Wipes namun jika anda tanya adakah penulis akan membelinya lagi selepas ini? MUNGKIN.
Tetapi jika penulis harus melancong, menaiki kapal terbang atau mahukan sesuatu yang ringkas dan cepat, Charcoal Exfoliating Wipes adalah pilihan yang paling tepat.
Dengan Sehelai Tisu Sahaja Sudah Cukup Untuk Cuci Lapisan Mekap Tebal
Buat masa ini, Charcoal Exfoliating Wipes ini masih belum dijual di atas talian, namun anda boleh kunjungi mana-mana cawangan Sephora seluruh Malaysia untuk cuba dapatkannya. Sila layari www.sephora.my untuk keterangan lanjut.
Comments
Post a Comment