Skip to main content

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

featured image

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores“, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish“, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”.

Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama.

Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik.

Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di My Clinic Beauty & Medispa yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi.

Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Baru-baru ini, penulis berpeluang menjalani rawatan Silkpeel Dermallnfusion dan Yellow Laser Treatment.

Untuk rawatan SilkPeel, muka akan dibersihkan dari sebarang mekap. Foto - Arkib Wanista
Untuk rawatan Silkpeel, muka akan dibersihkan dari sebarang mekap. Foto – Arkib Wanista

Rawatan Silkpeel Dermallnfusion merupakan prosedur pengelupasan lembut berteknologi moden dari Amerika Syarikat. Secara amnya, ia merupakan rawatan kulit wajah pertama yang menggabungkan teknik pengelupasan tidak invasif bersama penyelesaian topikal spesifik. Ia tidak hanya bertujuan mencantikkan kulit wajah, malah memperbaiki dan menjana semula tahap kesihatan kulit anda.

Keistimewaan rawatan ini juga terletak pada kemampuannya memberikan efek segera tanpa menyakitkan. Justeru, sejurus menjalani rawatan selama 20 hingga 30 minit, anda boleh kembali menyambung rutin harian tanpa sebarang pantang larang. Prosedur yang diyakini selamat ini juga unik kerana tidak menggunakan kristal atau partikel melelaskan yang menyebabkan kerengsaan kulit.

Ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuk mereka yang tergolong dalam kelompok berkulit sensitif. SilkPeel membantu mengatasi pelbagai masalah dermatologi termasuk hiperpigmentasi, akne, dehidrasi, garis penuaan dan kedutan.

Pengguna yang menjalani rawatan Silkpeel biasanya akan melihat hasil selepas sesi pertama dan beransur-ansur untuk sesi seterusnya, hasil yang terbaik akan diperolehi selepas 4 hingga 6 sesi berturut-turut.

Ini sebab mengapa anda perlu mencuba rawatan Silkpeel di MyClinic Beauty & Medispa:

  • Tidak beracun
  • Selamat untuk semua jenis kulit
  • Kesan selepas rawatan dapat dilihat segera
  • Melembapkan kulit yang kering
  • Tidak sakit
  • Mengurangkan kedutan, garis-garis halus, parut dan jerawat
Rawatan Iron Mask terasa agak sejuk. Foto - Arkib Wanista
Rawatan Iron Mask terasa agak sejuk. Foto – Arkib Wanista

Apa yang membuatkan rawatan Silkpeel di sini berbeza dengan klinik yang lain?

  • Melakukan double cleansing dan pengekstrakan pengelupasan
  • Silkpeel facial
  • Body massage
  • Iron mask
  • Tempoh yang diambil untuk rawatan ini selama 90 minit

Sejurus selepas itu, penulis mencuba pula rawatan Yellow Laser Treatment yakni bagi memberi ‘glow’ kepada wajah, jika anda ingin kulit wajah persis gadis Korea yang berkilat dan bersih, inilah rahsianya.

Sebelum memulakan rawatan laser, pakar meletakkan gel lutsinar ke wajah, gel ini terasa sejuk dan langsung tidak sakit. Foto - Arkib Wanista
Sebelum memulakan rawatan laser, pakar meletakkan gel lutsinar ke wajah, gel ini terasa sejuk dan langsung tidak sakit. Foto – Arkib Wanista

Rawatan Yellow Laser Treament merupakan prosedur menggunakan alat berteknologi tinggi, ia membantu menyelesaikan masalah kulit seperti parut jerawat, parut luka, kedutan, kesan pancaran matahari (sun-damaged skin), pigmentasi, liang roma terbuka dan warna kulit tidak sekata.

Paling utama, sinaran laser yang dipancarkan menembusi lapisan epidermis kulit sehingga lapisan dermis itu akan memperbaiki dan meningkatkan kolagen di dalam kulit menjadikan kulit wajah kembali muda dalam tempoh singkat.

Untuk memastikan kulit wajah kekal baik dan terkawal, penulis dibekalkan dengan krim dan ubat antibiotik. Rawatan ini boleh dilakukan 3 kali sebulan ataupun setiap bulan, bergantung sepenuhnya kepada keadaan kulit wajah.

Antibiotik untuk mengawal keadaan minyak dan bakteria di wajah. Foto - Arkib Wanista
Antibiotik untuk mengawal keadaan minyak dan bakteria di wajah. Foto – Arkib Wanista
Gel ini disapu di setiap kawasan yang terdapat jerawat. Foto - Arkib Wanista
Gel ini disapu di setiap kawasan yang terdapat jerawat. Foto – Arkib Wanista
Aknicare Lotion ini juga disapu ke kawasan jerawat, rasa agak sedikit pedih. Dapat menghilangkan jerawat dengan cepat. Foto - Arkib Wanista
Aknicare Lotion ini juga disapu ke kawasan jerawat, rasa agak sedikit pedih. Dapat menghilangkan jerawat dengan cepat. Foto – Arkib Wanista

Biasalah bila kali pertama menjalani rawatan kecantikan, pasti rasa cemas apatah lagi nervous jadi dekorasi MyClinic yang serba ringkas dan kemas sedikit sebanyak menenangkan jiwa. MyClinic mempunyai dua tingkat, di bawah merupakan tempat pendaftaran dan sesi konsultasi bersama doktor manakala di atasnya untuk menjalani rawatan silkpeel, facial, body massage dan sebagainya.

Ruangan di tingkat atas diserikan penggunaan cahaya yang malap, terasa seperti dekat bilik tidur suasananya. Foto - Arkib Wanista
Ruangan di tingkat atas diserikan penggunaan cahaya yang malap, terasa seperti dekat bilik tidur suasananya. Foto – Arkib Wanista
Aromaterapi yang cukup menyenangkan. Foto - Arkib Wanista
Aromaterapi yang cukup menyenangkan. Foto – Arkib Wanista

Harga yang ditawarkan pula bergantung kepada keadaan kulit masing-masing jadi untuk keterangan lanjut, kenalah membuat temu janji untuk konsultasi. MyClinic mempunyai dua cawangan di Daman Utara dan Punchong, alamat seperti di bawah:

Lokasi

  • 8G, Jalan SS21/35, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya – 03-77109889
  • G-23, Jalan Merbah 3, Bandar Puchong Jaya, 47170, Puchong, Selangor – 03-80717485
2018/01/03/review-rawatan-kecantikan-silkpeel-yellow-laser-di-myclinic-beauty-medispa-3/

Comments

  1. Hye...kos mahal x...anggaran mcm mne..hope u bole share..thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya mahal. Tapi sebab berkesan laa jgk kat kulit sy. Kulit sy berjerawat. Myclinic syor kan amik facial silkpeel (dlm rm500 satu sesi) dan yellow laser (rm4++ satu sesi). promo beli 3 free 1sesi. campur ubat makan dan krim sapu nk dekat 4k. Rawatan dia buat kat saya takda mcm penulis ni. 1st n 2nd dia just cleasing, extraction picit smua jerawat skali pastu apa ntah nama dia guna mesin sedut kat muka then urut bahu je kejap. Tapi bila kali ke 3 pergi dia urut muka skali pulak. Ikut pada beautician incharge kot. Then yellow laser sama mcm kat atas then dia letak mask sejuk je kat muka then sapu sunscreen n siap. Kali ke 2 n 3 dh nmpk perubahan bny jerawat lama2 dah xde mati tinggal parut. Satu dua ketul jee naik klau xjaga makan/period. Ni la pengalaman saya

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda

[ Review & Tutorial Solekan ] Berus Real Techniques By Samantha Chapman & Kosmetik NYX

Baru-baru ini penulis telah diberikan set berus solekan Real Techniques By Samantha Chapman dari rakan penulis yang menjual produk ini secara online di Instagram iaitu Makeup_Department   . Untuk pengetahuan pembaca, Samantha Chapman merupakan jurusolek profesional dan beliau telah mencipta berus solekan yang amat eksklusif dan menarik yang boleh dibeli secara set ataupun berasingan. Kali ini penulis ingin membuat review dan tutorial solekan mengunakan  Real Techniques By Samantha Chapman : On Location , The Travel Essentials mengandungi tiga jenis berus iaitu Multi Task Brush, Essential Foundation Brush dan Domed Shadow Brush.  Berus solekan dari Real Techniques ini dibezakan mengikut warna pemegang dan setiap pemegang berus telah dilabel supaya pengguna mudah untuk menggunakannya. Berikut adalah jenis berus dan cara penggunaannya : Multi Task Brush Direka untuk digunakan bersama serbuk pemerah pipi , loose powder dan bronzer wajah. Dengan kepala yang bulat tetapi padat , berus i