Musim panas yang berterusan boleh menyebabkan ketidakselesaan kulit dan juga boleh merosakkan kulit jika tidak dilindungi. Anda perlu melindungi kulit anda daripada radiasi UV yang berbahaya. Jenama FOR BELOVED ONE telah mencipta rangkaian pelindung matahari yang sesuai untuk semua jenis kulit dengan keperluan pelindungan terhadap matahari yang berbeza. FOR BELOVED ONE sebenarnya mengesyorkan setiap wanita perlu ada 2 jenis pelindung matahari dengan SPF rendah untuk kegunaan harian – Melasleep System Sunscreen Protection SPF32** yang mana lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai gaya hidup bandar seperti bekerja di dalam pejabat dan juga mereka yang berada di dalam rumah.
Bagi anda yang berada di luar di bawah cahaya matahari untuk tempoh yang lama, FOR BELOVED ONE mengesyorkan Melasleep Whitening High Sunscreen Protection SPF50** yang boleh didapati dalam dua warna iaitu kuning air dan hijau.
Rangkaian Pelindung Matahari Melasleep System Sunscreen Protection
- Tidak mengandungi alkohol dan ia adalah hypoallergenik dan sesuai untuk kulit sensitif.
- Menggunakan bahan pelindung matahari fizikal Titanium Dioksida untuk menghalang UVB secara fizikal daripada menembusi kulit.
- Mengandungi Octyl Methoxycinnamate iaitu bahan kimia yang berkesan untuk menyerap dan menapis sinaran UVB untuk mengelakkan kemerahan pada kulit dan pembentukan tompok gelap.
- Mengandungi RonaCare AP : Sistem perlindungan utama untuk melindungi dan menentang tanda penuaan pramatang pada kulit. Sistem perlindungan terhadap radiasi UV mempunyai kesan sehingga lebih 24 jam walaupun terdedah lama kepada cahaya matahari.
- Mengandungi formula khas untuk meningkatkan perlindungan : Lumiskin dan Biowhite untuk mencegah pembentukan melanin dan mencerahkan warna kulit
- Ada Moist24 dan Pentavitin untuk menambah kelembapan dan mengekalkan keseimbangan kulit.
Anda boleh dapatkan produk ini di kesemua butik kecantikan Sephora dengan harga :
- Melasleep System Sunscreen Protection SPF32** 30ml/botol, RM119
- Melasleep Whitening High Sunscreen Protection SPF50** ( Beige ) 30ml/botol, RM119
- Melasleep Whitening High Sunscreen Protection SPF50** ( Green ) 30ml/botol, RM119
Comments
Post a Comment