Skip to main content

[ REVIEW ] Riasan Kuku Cantik Dengan Pewarna Semburan Paint Can Dari NAILSINC London

featured image

Pengedar barangan kosmetik serta kecantikkan yang tidak asing lagi, SEPHORA kini memperkenalkan rangkaian penjagaan serta pewarna kuku yang up-to-date, selari dengan perkembangan kecantikkan khas buat Musim Bunga 2016!

Untuk yang pertama kalinya, NAILSINC London menampilkan suatu pembaharuan yang bakal membuatkan aktiviti manicure atau merias kuku lebih menyeronokkan. Penulis adalah antara insan yang bertuah kerana dapat menggunakan pewarna kuku jenis semburan istimewa ini.

Inovasi yang amat mengujakan, produk baharu ini cuba mengetengahkan pengalaman rias kuku yang lebih efisyen serta ringkas!

Terutamanya bagi mereka yang bukan kidal, sudah tentu agak sukar untuk merias jari-jemari di sebelah kanan secara teratur dengan tangan kiri – seperti teknik mewarna kuku yang menggunakan cecair dan berus aplikasi biasa.

Tetapi, dengan menggunakan cat kuku semburan PAINT CAdari NAILSINC London ini, proses merias kuku adalah semudah ABC!

Foto -Hak milik Wanista.com
Cat kuku semburan PAINT CAN dan Cecair 2 in 1 Base & Top Coat dari NAILSINC London. Foto -Hak milik Wanista.com

Hanya perpandukan 4 langkah asas mudah, anda pasti berpuas hati dengan warna serta riasan kuku yang kelihatan seolah baru mendapat sentuhan bar kuku profesional!

Nak tahu bagaimana? Jom ikuti panduan yang Wanista sediakan ini.

NOTA: Pastikan kuku anda telah benar-benar bersih dan rapi sebelum anda mula merias.

Foto -Hak milik Wanista.com
Foto -Hak milik Wanista.com

Mula-mula, sapukan lapisan asas (base coat) pada kesemua permukaan kuku anda menggunakan cecair 2 in 1 Base & Top Coat khas dari NAILSINC. Biarkan ia kering sebentar.

Foto -Hak milik Wanista.com
Foto -Hak milik Wanista.com

Goncang tin pewarna kuku semburan PAINT CAN. Dari jarak setinggi 10-15CM, semburkan pewarna berkenaan ke arah permukaan kuku anda. 

Jangan risau jika semburan terkena pada kulit anda. Ia bisa dibersihkan kemudian. Biarkan ia kering selama beberapa minit sebelum anda meneruskan langkah yang selanjutnya.

Foto -Hak milik Wanista.com
Foto -Hak milik Wanista.com

Setelah semburan warna pada permukaan kuku anda benar-benar kering, sapukan pula lapisan atas (top coat) pada kesemua kuku anda itu. 

***Untuk hasil yang lebih cantik dan kemas, gunakan cecair 2 in 1 Base & Top Coat khas dari NAILSINC. Biarkan lapisan kering seketika.

Foto -Hak milik Wanista.com
Foto -Hak milik Wanista.com
Foto -Hak milik Wanista.com
Foto -Hak milik Wanista.com
Foto -Hak milik Wanista.com
Foto -Hak milik Wanista.com

Dengan menggunakan air bersih yang di campur bersama sabun, cuci lebihan warna semburan yang melekat pada permukaan kulit serta di celah-celah kutikal kuku anda. Gosok perlahan-lahan sehingga warna berkenaan beransur hilang.

Foto -Wanista.com
Foto -Hak milik Wanista.com

Dan… Cantiknya! Riasan kuku anda kini bisa dilakukan hanya dalam sekelip mata!

Terima kasih NAILSINC London di atas ciptaan yang sungguh bermanfaat ini!

Foto -Nailsinc.com
Foto -Nailsinc.com

Kedua-dua produk NAILSINC London ini, termasuk cecair 2 in 1 Base & Top Coat serta cat kuku semburan PAINT CAN yang terdapat dalam pilihan warna perak metalik dan merah jambu terang itu akan mula dipasarkan di cawangan Sephora seluruh negara bermula Mac 2016! Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nailsinc.com

2018/01/03/review-riasan-kuku-cantik-dengan-pewarna-semburan-paint-can-dari-nailsinc-london-2/

Comments

Popular posts from this blog

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul...

[REVIEW] 2 Keajaiban Berlaku Bila Korang Guna Produk Rambut Ni!

Aperio Natural adalah jenama penjagaan kecantikan yang perpangkalan di California sejak tahun 2008. Berinspirasikan daripada amalan masyarakat setempat Saratoga yang gemar menikmati gaya hidup yang dikelilingi suasana alam semula jadi, Aperio Natural  adalah dirumus khusus menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan produk terbaik berasaskan tumbuh-tumbuhan organik termasuk floral, herba dan buah-buahan. Mempercayai produk yang mengutamakan bahan yang dituai segar daripada alam semula jadi mampu memelihara kecantikan serta memulihkan permasalahan kulit dan rambut, Aperio Natural komited untuk memenuhi keperluan semua jenis individu. Hampir tiga minggu penulis berpeluang mencuba sendiri syampu dan perapi rambut daripada rangkaian Cherry Blossom inovasi Aperio Natural ini dan hasilnya rambut jadi lebih ringan dan tidak kusut. Cherry Blossom Radiance Shampoo (500ml): RM126 Tidak seperti syampu lain, Aperio Natural Cherry Blossom Radiance Shampoo tidak menjadikan rambut kering se...

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda...