Produk kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan wanita. Terdapat pelbagai pilihan produk di luar sana dengan kegunaan yang berbeza. Ramai di antara kita yang obses dengan kecantikan wanita Korea dan kini, anda boleh memiliki kecantikan seperti selebriti dan wanita Korea. Memperkenalkan jenama penjagaan kulit holistik dari Korea iaitu Sulwhasoo Snowise EX yang mempunyai sejarah lebih daripada 10 tahun dalam pembangunan penjagaan dan pemutihan kulit dengan bahan asas terbaik. Produk dari Sulwhasoo berasaskan bahan herba Korea Selatan. Dengan inovasi baru, mereka kemudian mencipta produk yang mempunyai keberkesanan dan berkualiti berdasarkan kandungan-kandungan tradisional tersebut dipadukan dengan kandungan lain.
Haba Dalaman Kulit
Jenama Sulwhasoo baru-baru ini bekerjasama dengan National Seoul Universiti untuk menjalankan kajian mengenai sinar UV matahari dan kesan-kesannya pada kulit. Kajian itu telah mendapati bahawa matahari memancarkan bukan sahaja sinar UV (yang hanya kira-kira 5% daripada sinaran) tetapi juga sinar inframerah, yang membentuk kira-kira 60% daripada jumlah pelepasan sinar. Sinar inframerah, yang juga menghasilkan haba, adalah punca utama bagi kekuningan dan nada kemerahan pada kulit.
Tekanan dalaman adalah punca baru ( haba dikenali sebagai haba dalaman ) yang perlu dirawat. Kulit yang semakin berumur semakin kehilangan lembapan dan ia akan mudah menyimpan haba dalaman yang kemudiannya membawa keabnormalan kolagen menyebabkan kedutan, kendur dan nada kulit kekuningan.
Sulwhasoo telah merangka satu penyelesaian Pemutihan 3-Dimensi ( Snowise Tri-White Complex ) dalam menangani kesan haba daripada sinaran UV, sinaran inframerah dan tekanan dalaman pada kulit. Penyelesaian Pemutihan 3-Dimensi terdiri daripada tiga bahan-bahan utama: White Ginseng Saponin, White Cloud Grass dan White Ginseng Polysaccharides. Ketiga-tiga bahan-bahan yang digunakan dalam formulasi ini telah dipatenkan Sulwhasoo yang dikenali sebagai Snowise Tri-White Complex, yang digunakan untuk rangkaian produk Sulwhasoo Snowise EX.
Terdapat pelbagai produk di dalam rangkaian ini iaitu :
Snowise EX Whitening Serum , 50ml ( RM600)
Sulwhasoo Snowise EX Whitening Serum merupakan serum pemutihan perawatan haba pertama di dunia. Ia meremajakan kulit yang letih terutama dari kesan haba luaran dan dalaman.
Dirumus dengan herba tradisional Korea dan Snowise Tri-White Complex, ia bertujuan untuk memperbaiki kulit dan menjadikannya lebih cerah dan sihat . Ia juga mengandungi ejen anti- glycation , yang membantu dalam pencegahan pembentukan kedutan dan kulit kendur.
Menurut kaji selidik yang dilakukan, 95% responden berkata kulit mereka berseri secara semulajadi , 93 % berkata mereka mengalami kulit cerah manakala 97 % mengatakan kulit mereka berasa lebih padat dan licin.
Snowise EX Whitening Mask, 20g x 10 keping (RM385)
Ini adalah masker buatan tangan bio-selulosa yang diperam selama dua minggu dengan herba tradisional Korea dipilih dengan berhati-hati termasuk White Ginseng. Ia menyampaikan intensiti yang tinggi White Ginseng Polisakarida untuk mewujudkan warna kulit cerah semulajadi.. Sebaik sahaja meletakkan ia di wajah, nutrien segera meresap ke dalam kulit untuk kulit yang lebih cerah. Struktur masker Sulwhasoo EX adalah 500 kali lebih tumpat daripada masker pulpa biasa yang membantu pemutihan dengan lebih cepat.
Snowise EX Whitening Eye Treatment, 15ml (RM220)
Ini rawatan mencerahkan kawasan sekeliling mata yang diperkaya dengan herba penyejukan dari Koreaseperti Ekstrak Akar Scutellaria Baicalensis yang mengaktifkan sensor penyejukan badan, yang akan mengukuhkan keberkesanan pemutihan. Ia berkesan dalam membebaskan haba dari bahagian atas badan termasuk kawasan muka.
Kawasan mata adalah kawasan yang paling ketara pada muka dan jika anda mempunyai nada kulit yang kusam di bahagian mata , ia akan menyebabkan keseluruhan muka anda kelihatan kusam.
Snowise EX Cleansing Foam, 150ml (RM120)
Ini merupakan buih pembersihan wajah asas yang mengandungi Niacinamide, Gingko Biloba dan Ekstrak Lotus Timur India yang membantu menyerikan dan melembapkan kulit. Ia juga mengandungi BHA dan AHA yang berfungsi untuk membuang sel-sel kulit mati.
Snowise EX White Ginseng Exfoliating Gel, 80ml (RM160)
Ini adalah gel basuh-off yang mengandungi White Ginseng Powder, Madu dan Schizophyllum Commune ( cendawan ) yang membantu membuang sel-sel kulit mati meningkatkan keserian kulit. Commune juga menggalakkan generasi faktor pertumbuhan sel epitelium, yang penting untuk penyembuhan kerosakan kulit. Ia juga menggalakkan biosintesis kolagen untuk meningkatkan daya tahan kulit.
Snowise EX Whitening Water, 125ml (RM190)
Toner mendalam untuk pemutihan di dalam bentuk gel ini memudahkan ia diserap ke dalam kulit. Ia juga membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih segar dan berseri.
Snowise EX Whitening Fluid, 125ml (RM205)
Ini juga sejenis toner pemutihan di dalam bentuk gel yang mengandungi Ekstrak Peony Cina yang melegakan kulit , meningkatkan tenaga semulajadi kulit untuk mengekalkan kecerahan tona kulit. Rasanya agak licin pada kulit kerana kehadiran pengemulsi semulajadi.
Snowise EX Whitening Cream, 50ml (RM395)
Ia mengandungi Ekstrak White Lily yang melegakan dan menyuburkan kulit untuk kecerahan yang lebih baik. Krim yang amat pekat ini menggabungkan pengemulsi semulajadi dan mudah larut. Jadi ia mudah disapukan pada wajah untuk membentuk pelindung pada lapisan pada kulit untuk mencegah kulit daripada kekeringan.
Snowise EX Whitening UV Protection Cream SPF47, PA+++, 40ml (RM220)
Ini adalah krim dwi- fungsi yang meningkatkan kecerahan dan kesan pemutihan pada kulit dan pada masa yang sama melindungi kulit daripada sinar UV yang berbahaya. Ia menyediakan aplikasi yang lancar dengan kemasan lembut.
Comments
Post a Comment