Skip to main content

[ Review ] Rasai Pengalaman ‘Tansan Spa’ di Salon number76 @ Mont Kiara

featured image

mont kiara

Selasa lalu, penulis berpeluang merasai pengalaman rawatan rambut cara ‘tansan spa’ di Salun number 76 @ Mont Kiara. Mesti ada yang tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan rawatan rambut ‘tansan spa’?

Baiklah, untuk pengetahuan pembaca Wanista semua, rawatan rambut ini dikenali sebagai ‘tansan spa’, perkhidmatan ini popular di Jepun dan telah dibawakan khas ke number 76. Rawatan rambut dan kulit kepala ini dilakukan menggunakan air dan gas soda (karbon dioksida) yang berkesan menghilangkan kotoran dan minyak berlebihan. Kulit kepala dan rambut serta-merta menjadi bersih dan segar, sesuai untuk pertumbuhan rambut yang sihat.

Ini step rawatan ‘tansan spa’

Langkah 1 – Sapukan Shiseido Fuente Forte Sebum Clear Gel di kulit kepala dan urut secara perlahan, rasa penyejukan dari produk merangsang peredaran.

Processed with VSCOcam with f2 preset

Langkah 2 – Wrap up dan biarkan selama 5 minit, lakukan urutan bahu

Processed with VSCOcam with f2 preset

Langkah 3 – Syampu dan cuci rambut

Processed with VSCOcam with c1 preset

Langkah 4 – Inilah proses ‘tansan spa’ – di mana air dan gas soda (karbon dioksida) berkesan menghilangkan kotoran dan minyak berlebihan, bersih dan kulit kepala segar sempurna untuk pertumbuhan rambut yang sihat.

Processed with VSCOcam

Langkah 5 – Terakhir, tuangkan air kotoran di dalam cawan, di sini anda dapat lihat berapa banyak kotoran telah dikeluarkan menggunakan cara ini.

Processed with VSCOcam

Selepas melakukan proses ‘tansan spa’, rambut penulis terasa lebih sihat dan bermaya malah ringan. Penulis syorkan pembaca datang ke sini dan rasai pengalaman ‘tansan spa’ ini, serius berbaloi. Tak perlu risau kerana harga yang ditawarkan juga berpatutan.

Promosi – Hanya pada harga RM75 sehingga 28 Februari 2015 ( Harga asal – RM108)

Alamat seperti di bawah;
E-01-02, Blok E, Plaza Mont Kiara
Tel: 03-6203 5111/4111

2018/01/03/review-rasai-pengalaman-tansan-spa-di-salon-number76-mont-kiara-4/

Comments

Popular posts from this blog

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda

[ Review & Tutorial Solekan ] Berus Real Techniques By Samantha Chapman & Kosmetik NYX

Baru-baru ini penulis telah diberikan set berus solekan Real Techniques By Samantha Chapman dari rakan penulis yang menjual produk ini secara online di Instagram iaitu Makeup_Department   . Untuk pengetahuan pembaca, Samantha Chapman merupakan jurusolek profesional dan beliau telah mencipta berus solekan yang amat eksklusif dan menarik yang boleh dibeli secara set ataupun berasingan. Kali ini penulis ingin membuat review dan tutorial solekan mengunakan  Real Techniques By Samantha Chapman : On Location , The Travel Essentials mengandungi tiga jenis berus iaitu Multi Task Brush, Essential Foundation Brush dan Domed Shadow Brush.  Berus solekan dari Real Techniques ini dibezakan mengikut warna pemegang dan setiap pemegang berus telah dilabel supaya pengguna mudah untuk menggunakannya. Berikut adalah jenis berus dan cara penggunaannya : Multi Task Brush Direka untuk digunakan bersama serbuk pemerah pipi , loose powder dan bronzer wajah. Dengan kepala yang bulat tetapi padat , berus i