Skip to main content

Review Produk : Vaseline Healthy White Instant Fair Lotion

featured image
Malisa Aina
/

I'm into foodies, sneakers, spotify, netflix, lipsticks.

Review Produk : Vaseline Healthy White Instant Fair Lotion

IMG_8041

Kami ingin memperkenalkan produk baru Vaseline iaitu Vaseline Instant Fair. Apa yang menarik tentang produk baru ini, Vaseline Instant Fair telah diperkenalkan untuk memberikan wanita kulit yang lebih cerah dengan segera dan akan terus menjadi semakin cerah. Penyelesaian pemutih kulit yang berevolusi baharu ini mempunyai dua faedah berganda; ia memberikan wanita pencerahan kulit segera dan juga membuat kulit 4 kali lebih cerah*. Vaseline Instant Fair ialah jenisnya yang pertama di dunia yang dapat memberikan hasil pencerahan yang berkesan dan dengan serta-merta.

Tidak seperti penyelesaian pencerahan yang biasa, Vaseline Instant Fair diperkaya dengan teknologi pencerahan proprietari, Reflektor Mikro (Skin Micro Reflectors).  Teknologi berevolusi ini memantulkan cahaya daripada permukaan kulit supaya ia menjadi lebih cerah dan berseri-seri dengan serta-merta. Malah lebih daripada itu, Pencerah Kulit Bioaktif (Skin Lightening Bio-Actives) mencerahkan semula sel kulit gelap agar kulit semakin lama menjadi semakin cerah.

Dalam keadaan cuaca panas sepanjang tahun, wanita Malaysia perlu menjaga dengan lebih rapi bagi mereka mengekalkan kulit yang cerah. Vaseline Instant Fair memastikan agar mereka tidak lagi perlu menunggu untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah. Vaseline Healthy White Instant Fair kini boleh didapati di pasar raya besar dan farmasi terkemuka pada harga runcit yang disarankan RM8.90 bagi 100ml, RM15.90 bagi 200ml dan RM22.00 untuk 400ml.

20131113_142836

20131113_142934

Review Vaseline Healthy White Instant Fair Lotion

Penulis berpeluang menggunakan produk baru Vaseline Healthy White Instant Fair Lotion. Tekstur produk ini tidak meleket apabila digunakan. Tidak perlu dipakai dalam kuantiti yang banyak, cuma picit sedikit dan sapu rata ke seluruh badan ataupun tangan anda. Bukan itu sahaja, jika anda ingin putih dengan cepat, produk ini sangat membantu kerana ianya membuatkan kulit 4 kali lebih cerah. Vaseline Instant Fair Lotion juga mengeluarkan bau yang wangi jadi sesuai untuk penggunaan sepanjang hari. Rasanya anda tidak perlu memakai minyak wangi kerana baunya sahaja sudah memadai. Jika anda mengenakan produk ini, anda akan lebih putih daripada biasa. Selamat mencuba!

2018/01/03/review-produk-vaseline-healthy-white-instant-fair-lotion-3/

Comments

Popular posts from this blog

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda...

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul...

[ Review ] Lupakan Mencukur, IPL Brazilian Di STRIP Jadikan ‘Vagina’ Anda Lebih Seksi

Sebagai seorang wanita, kebersihan haruslah diberi perhatian yang sewajarnya lebih-lebih lagi apabila melibatkan bahagian sulit seperti penjagaan vagina.  Ramai yang tidak peka atau mungkin tidak tahu akan betapa pentingkan untuk seseorang memastikan kebersihan alat sulit mereka kerana sedikit-sebanyak ia bisa mempengaruhi soal kesihatan.  Foto -pinterest Aktiviti mencukur sendiri di rumah pastinya agak menyukarkan kerana terdapat bahagian-bahagian yang sukar untuk dilihat dan dicapai terutamanya pada kawasan sekitar “labia” (pelipat vagina) sehingga ke bahagian “crack” (celah punggung). Bahkan, penggunaan pisau cukur biasa sebenarnya kurang sesuai disebabkan faktor yang mungkin menyebabkan jangkitan kuman, radang serta kegatalan. Foto -STRIP Minggu sudah, penulis berpeluang merasai pengalaman untuk melakukan rawatan pembuangan bulu sekitar alat sulit menggunakan kaedah moden profesional iaitu IPL Brazilian di Strip cawangan Bangsar. Buat anda yang baru mengenali STRIP, ia merupaka...