Skip to main content

[ Review Produk ] Kulit gebu, cantik, putih tanpa masalah dengan Fairy Whitez dari Fairy Beauty

featured image
Aida Sue
/

Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue

[ Review Produk ] Kulit gebu, cantik, putih tanpa masalah dengan Fairy Whitez dari Fairy Beauty

SONY DSC

Kulit yang putih bersih dan anjal pastinya menjadi idaman setiap wanita tetapi tidak tahu suplemen apa yang boleh diambil untuk membantu mencantikkan kulit. Produk yang ingin kami perkenalkan kepada anda adalah produk Fairy Whitez dari Fairy Beauty. Produk Fairy Whitez merupakan minuman segera untuk membantu wanita untuk mencegah proses penuaan kulit dan membantu untuk mencerahan kulit yang diperbuat daripada bahan peptide marin dan ekstrak tumbuhan. Ia juga membantu dalam pemulihan kolagen yang penting untuk membina struktur kulit.

Review Produk Beauty Whitez :

Penulis telah berkesempatan untuk mencuba produk ini selama sebulan dan ternyata walaupun botol produk ini kecil ,tetapi ia memberi impak yang besar pada kulit wajah. Rasanya yang enak seperti minum jus buah-buahan juga menyebabkan penulis tiada masalah untuk mengambil suplemen ini setiap hari. Yang paling ketara adalah kulit penulis kurang berjerawat seperti sebelum ini. Selain itu juga, tekstur kulit bertambah baik dan terasa lebih lembap dan tidak lagi kering. Oleh kerana botolnya kecil, jadi ia mudah dibawa ke mana-mana sahaja dan minum apabila diperlukan. Anda akan dapat melihat hasilnya dalam masa kurang sebulan jika mengambil suplemen Beauty Whitez secara berterusan. Tetapi anda juga harus mengawal pemakanan anda dan elak makanan berminyak juga ya.

SONY DSC

Untuk produk Fairy Whitez ia akan membantu :

  • Mencerahkan rona kulit sebanyak 89% lebih cerah
  • Mengurangkan pigmentasi sebanyak 82% lebih cepat.
  • Pencegahan jerawat dan jeragat sebanyak 79%
  • Mengekalkan Kelembapan Kulit sebanyak 75%

Ia mempunyai 10 manfaat

  1. Mengurangkan kedutan dan garis halus.
  2. mengentalkan dan menegangkan kulit.
  3. menggalakkan pembaharuan sel dan tisu dan membaiki peredaran darah.
  4. Memulihkan keanjalan kulit dan mengecilkan pori wajah.
  5. Membaiki pembentukan lembapan, menjadikan kulit licin.
  6. Mencegah jerawat.
  7. Mencerahkan kulit dan mencegah pembentukan pigmen gelap.
  8. mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.
  9. Menguatkan sendir dan meningkatkan daya kelenturan.
  10. Menggalakan pertumbuhan rambut.

whitez

Bahan utama di dalam produk Fairy Whitez

Plasenta Salmon

  • Membaiki dan memulihara sel yang tidak berfungsi.
  • Menggalakkan pencerahan kulit
  • Menggalakkan kulit bertambah muda dan berseri.

Ekstrak biji kiwi

  • Mengelakkan pembentukan jerawat
  • Mengurangkan kedut dan garis halus
  • Mencerahkan kulit
  • Mengelakkan hyperpigmentasi kulit

L-Glutation

  • Bertindak sebagai anti oksidan untuk menolong mengeluarkan radikal bebas dan toksin
  • Meningkatkan tenaga,ketahanan dan stamina
  • Mengelakkan proses penuaan bermula terlalu awal
  • Mengawal pengeluaran melanin dari dalam badan.

whitez-3

whitez-2

Anda boleh mendapatkan produk ini di laman web rasmi Fairy Beauty : http://www.fairy2u.my/ pada harga RM89.00 untuk satu kotak yang mengandungi 10 botol produk ( 22 ml ) . Selain itu juga, anda boleh kunjungi outlet yang menjual produk Fairy Beauty dan farmasi seperti Watsons, Caring Pharmacy dan Aeon Wellness untuk mendapatkan produk ini.

2018/01/03/review-produk-kulit-gebu-cantik-putih-tanpa-masalah-dengan-fairy-whitez-dari-fairy-beauty-3/

Comments

Popular posts from this blog

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda...

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul...

[ Review ] Lupakan Mencukur, IPL Brazilian Di STRIP Jadikan ‘Vagina’ Anda Lebih Seksi

Sebagai seorang wanita, kebersihan haruslah diberi perhatian yang sewajarnya lebih-lebih lagi apabila melibatkan bahagian sulit seperti penjagaan vagina.  Ramai yang tidak peka atau mungkin tidak tahu akan betapa pentingkan untuk seseorang memastikan kebersihan alat sulit mereka kerana sedikit-sebanyak ia bisa mempengaruhi soal kesihatan.  Foto -pinterest Aktiviti mencukur sendiri di rumah pastinya agak menyukarkan kerana terdapat bahagian-bahagian yang sukar untuk dilihat dan dicapai terutamanya pada kawasan sekitar “labia” (pelipat vagina) sehingga ke bahagian “crack” (celah punggung). Bahkan, penggunaan pisau cukur biasa sebenarnya kurang sesuai disebabkan faktor yang mungkin menyebabkan jangkitan kuman, radang serta kegatalan. Foto -STRIP Minggu sudah, penulis berpeluang merasai pengalaman untuk melakukan rawatan pembuangan bulu sekitar alat sulit menggunakan kaedah moden profesional iaitu IPL Brazilian di Strip cawangan Bangsar. Buat anda yang baru mengenali STRIP, ia merupaka...