Skip to main content

[ Kecantikan ] Tips Bersihkan Wajah Dengan Philips VisaPure

featured image

photo 3 (25)

Ramai yang mengidamkan kulit yang cantik dan berseri. Namun di setiap fasa kehidupan, wanita sering berhadapan dengan isu kulit wajah yang berbeza mengikut usia. Majoriti golongan muda Malaysia gusar tentang masalah jerawat, parut di muka dan pori-pori terbuka, sementara wanita dalam kumpulan usia 30-an lebih memberi tumpuan terhadap tanda-tanda awal penuaan. Apabila mereka mencecah lingkungan usia 40-an, langkah meremaja dan memulihkan kulit daripada kedutan dan kelihatan kusam menjadi keutamaan mereka.

Kini anda tidak perlu gentar menunggu kehadiran tanda-tanda penuaan yang jelas kelihatan, khususnya apabila langkah pencegahan boleh diambil dengan memasukkan pembersihan wajah dalam amalan penjagaan kulit setiap hari.

Menurut pakar estetika, Dr Chea, pembersihan wajah daripada kekotoran dan solekan menggunakan tangan tidak memberikan kesan pembersihan yang sempurna. Terdapat kemungkinan sisa-sisa kekotoran, sel kulit mati dan rembesan sebum yang tertinggal di dalam pori – pori kulit. Malah, tangan anda tidak mampu membersihkan sesetengah kontur muka dan menyebabkan himpunan sisa di bahagian tersebut. Ini akan menyebabkan pori-pori kulit tersumbat, kulit kusam serta kemunculan jeragat.

photo 1 (39)
Perbezaan pembersihan menggunakan tangan ( kiri ) dan juga Philip VisaPure ( kanan )

Philips VisaPure – Bersihkan liang pori yang tersumbat dengan berkesan 

Kami berkesempatan mencuba teknologi terkini untuk kecantikan iaitu Philips VisaPure. Ia sebenarnya sebuah alat pembersih yang mudah digunakan dan tidak mengasari kulit yang berfungsi membersihkan kulit daripada bahan solek dan kekotoran dengan urutan lembut. Philips VisaPure adalah 10 kali lebih efektif daripada membersih menggunakan tangan dan menyegarkan kulit anda dalam masa hanya seminit, seterusnya membantu menyerlahkan keserian semulajadi dan kulit yang kelihatan lebih sihat.

Mengenai Philips VisaPure

Amalan penjagaan kulit yang dipertingkatkan Philips VisaPure menyediakan pembersihan yang menyeluruh dan lembut untuk bahagian muka dan bahagian garis leher dada atas serta bahu, memberikan kesegaran dan menyerlahkan seri kulit dengan segera. Alat Philips VisaPure yang kalis air sepenuhnya merupakan satu-satunya sistem permbersih di dunia yang memaparkan teknologi ‘Dual Motion’ dan boleh digunakan ketika mandi. Ia mewujudkan kesan urutan yang selesa yang meningkatkan aliran mikro di bawah permukaan kulit untuk menyerlahkan keserian semulajadi kulit.

photo 2 (33)

  1. Berus lembut Philips VisaPure berputar dan bergetar untuk menghilangkan solekan dan kekotoran dengan lembut, dan menghilangkan sel kulit yang mati. Pergerakan berus yang bergetar secara menegak akan memecahkan kotoran permukaan, yang kemudiannya disingkirkan oleh pergerakan berputar alat ini bagi memberikan pembersihan kulit yang mendalam dan sempurna.
  2. Teknologi ‘Dual Motion’ Philips VisaPure secara optimium menyediakan kulit untuk produk-produk dan rawatan penjagaan kulit, sekaligus meningkatkan penyerapan ramuan bermanfaat di dalamnya.
  3. Philips VisaPure juga didatangi dengan berus-berus yang direka khusus mengikut jenis kulit yang memerlukan tumpuan dan penjagaan tambahan. Berus untuk kulit sensitif adalah lembut dan mengurangkan pelelasan. Untuk pembersihan yang mendalam, kepala berus yang mempunyai kesan pengelupasan mampu menyingkirkan sel-sel kulit kusam dan mati dengan lembut.
  4. Rekaan elegan untuk wanita moden Philips VisaPure telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan wanita moden dengan rekaan bergaya dan ikonik yang elegan dan feminin. Rekaan ergonomik diterapkan untuk memaksimumkan keselesaan dan mempertingkatkan pengalaman pembersihan.
  5. Saiznya yang kompak sesuai untuk dibawa ketika mengembara dengan bateri yang telah dicas penuh mampu bertahan sehingga dua minggu.

Pengalaman Philips VisaPure 

• Philips VisaPure mengurut kulit secara perlahan untuk menyingkir solekan dan kotoran dengan efektif, malah ia boleh digunakan ketika mandi

• Pemasa Zon Kulit memberi isyarat apabila tiba masa untuk menggerakkan alat Philips VisaPure ke kawasan seterusnya, untuk memastikan muka dan bahagian garis leher dada atas dan bahu dibersihkan dengan sempurna dan sekata

• Philips VisaPure mudah digunakan dengan dua tetapan: Mod ‘Pembersihan Lembut’ dan ‘Pembersihan Mendalam’ untuk tahap pembersihan yang khusus

• Para wanita juga boleh memilih pengalaman pembersihan yang bersesuaian dengan jenis kulit atau keperluan mereka dengan memilih berus-berus khusus untuk kulit sensitif atau pengelupasan kulit.

Harga

Harga dan ketersediaan Philips VisaPure boleh didapati di kedai peralatan elektrik dan gedung-gedung beli-belah utama pada harga disyorkan RM799 untuk model SC5275 (2 tetapan kelajuan dengan 1 kepala berus untuk kulit normal dan 1 kepala berus untuk kulit sensitif) dan RM699 untuk model SC5265 (1 tetapan kelajuan dan 1 kepala berus untuk kulit normal).

Kepala berus Philips VisaPure untuk jenis kulit berbeza juga dijual secara berasingan: Kepala berus pengganti untuk kulit normal SC5990 (RM59), kepala berus pengganti untuk kulit sensitif SC5991 (RM65) dan kepala berus pengganti pengelupasan kulit SC5992 (RM69).

2018/01/03/kecantikan-tips-bersihkan-wajah-dengan-philips-visapure-4/

Comments

Popular posts from this blog

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda

[ Review & Tutorial Solekan ] Berus Real Techniques By Samantha Chapman & Kosmetik NYX

Baru-baru ini penulis telah diberikan set berus solekan Real Techniques By Samantha Chapman dari rakan penulis yang menjual produk ini secara online di Instagram iaitu Makeup_Department   . Untuk pengetahuan pembaca, Samantha Chapman merupakan jurusolek profesional dan beliau telah mencipta berus solekan yang amat eksklusif dan menarik yang boleh dibeli secara set ataupun berasingan. Kali ini penulis ingin membuat review dan tutorial solekan mengunakan  Real Techniques By Samantha Chapman : On Location , The Travel Essentials mengandungi tiga jenis berus iaitu Multi Task Brush, Essential Foundation Brush dan Domed Shadow Brush.  Berus solekan dari Real Techniques ini dibezakan mengikut warna pemegang dan setiap pemegang berus telah dilabel supaya pengguna mudah untuk menggunakannya. Berikut adalah jenis berus dan cara penggunaannya : Multi Task Brush Direka untuk digunakan bersama serbuk pemerah pipi , loose powder dan bronzer wajah. Dengan kepala yang bulat tetapi padat , berus i