Skip to main content

[ Review Produk ] Rangkaian Produk Pemutihan Dari Korea : Laneige White Plus Renew Range Baharu!

featured image

photo 2 (3)

Rangkaian produk kecantikan wajah Laneige serba baru iaitu White Plus Renew Range mempunyai dua kali ganda keberkesanan mencerahkan dan kini mensasarkan semua tiga pigmen iaitu melanin (coklat), karotena (kuning) dan hemoglobin (merah) dengan MelaCrusher yang mempunyai teknologi lebih baik.

Laneige telah memperkenalkan lima produk baharu di dalam rangkaian White Plus Renew iaitu White Plus Renew Capsule Sleeping Pack, White Plus Renew Original Cream, White Plus Renew Bubble Cleanser, White Plus Renew Skin Refiner dan White Plus Renew Emulsion.

Bahan utama rangkaian Laneige White Plus Renew adalah mengandungi Melacrusher, yang dipatenkan dengan teknologi bio-pencerah Laneige yang berfungsi untuk menggunakan melanin semula jadi kulit kita untuk memusnahkan melanin yang berlebihan dalam kulit melalui ransangan semula jadi badan manusia. Teknologi Melacrusher ™ yang kini lebih baik, selain dari mencerahkan kulit, ia juga mengurangkan pigmen merah, kuning dan coklat pada masa yang sama.

Antara bahan yang digunakan adalah : 

1) Ekstrak Teh Hijau yang berfungsi untuk menghalang pengeluaran melanin (coklat) dan memudahkan pembuangan melanin.
2) Ekstrak TruffleYis meningkatkan kesihatan kulit dan bersinar. Ia mempunyai ciri-ciri anti-oksida, mengandungi mineral yang mencukupi dan kaya dengan unsur-unsur pelembap. Cellular-Detoksifikasi juga mensasarkan pigmen kuning dalam sel-sel kulit kita.
3) Vitamin B3 (niacinamide) mengembalikan warna yang sihat pada kulit dengan menguatkan saluran darah dalam dermis dengan itu mengurangkan kemerahan muka.

Laneige White Plus Renew baharu membantu untuk pemutihan wajah sehingga dua tona lebih cerah dalam masa 8 minggu dan 1 tona lebih cerah dalam masa 2 minggu sahaja. Formula penjagaan 3-warna dalam rangkaian baru ini disesuaikan untuk wanita Asia yang sering gusar dengan tona wajah gelap, kekuningan dan kemerah-merahan. Penambahan baru kepada rangkaian Laneige White Plus Renew  adalah ia bebas daripada paraben, bahan dari haiwan, pigmen buatan dan minyak mineral yang membuat produk ini selamat untuk semua jenis kulit dan tidak menyumbat liang pori anda.

photo 5 (1)

photo 5 (2)

Antara produk di dalam rangkaian Laneige White Plus Renew

White Plus Renew Capsule Sleeping Pack, 3ml x 16 (RM110)

Dikenali sebagai “Pek Tidur Mochi” di Korea, pek kapsul tidur White Plus Renew inovasi baru yang mempunyai kapsul kecil (ampul mencerahkan ) terapung dalam gel telus (ampul menghidratkan). Pek tidur ini dirumuskan dengan nisbah yang optimum 1:3; 25% adalah ampul pencerah dan 75% adalah ampul menghidrat untuk penjagaan pencerahan yang intensif.

270283756 WPR Capsule Sleeping Pack 270283756 WPR Capsule Sleeping Pack5 270283756 WPR Capsule Sleeping Pack3

Cara Penggunaan: Campurkan kedua-dua tekstur sebelum diletakkan pada wajah. Kemudian bilas dengan air suam pada keesokan harinya. Sapukan dua kali seminggu.

White Plus Renew Original Cream, 50ml (RM165)

Sesuai untuk kegunaan siang dan malam. Ia mengandungi sebatian aktif mencerah dan bahan-bahan pelembap yang serta-merta membentuk lapisan pelindung untuk melindungi kulit daripada tekanan luaran dan toksik. Krim tidak melekit ini menghidrat kulit kering yang menyebabkan tona kulit yang lebih cerah.

270283760 WPR Original Cream

Cara Penggunaan: Ambil lebih kurang 0.4ml krim dan perlahan-lahan sapukan ke pipi, dahi, hidung, mulut dan leher. Digunakan sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit pagi dan malam.

White Plus Renew Bubble Cleanser, 150ml (RM90) 

Pembersih amino-asid  yang lembut dan mempunyai tekstur buih. Ia adalah sesuai untuk kulit yang sensitif dan memberikan kesan pelembap. Ianya berbuih dan menembusi ke liang kulit untuk mengurangkan pembinaan pigmen dan pada masa yang sama memutihkan kulit. Ia juga mengisi semula unsur  Natural Moisturizing Factor (NMF), Serine dan  Glycine yang mudah hilang dengan pembersihan yang kerap.

270283759 WPR Bubble Cleanser

Cara Penggunaan: Pam pencuci sama ada sekali atau dua kali ke tapak tangan anda. Gosokkan sehingga berbuih dan urut perlahan-lahan ke muka. Selepas membilas dengan teliti, lapkan muka dengan kain bersih.

White Plus Renew Skin Refiner, 120ml (RM105)

Dirumus semula untuk memasukkan esen penting. Oleh itu, ia tidak lagi digunakan dengan hanya mengelap wajah menggunakan kapas, tetapi hanya perlu meletakkan terus pada wajah tanpa mengelap. Mudah bukan? Ia terdiri daripada zarah minyak botani paling kecil sekali yang diekstrak daripada tebu untuk penembusan segera ke dalam kulit tanpa meninggalkan sebarang sisa-sisa melekit. Ia mempunyai kelikatan yang rendah dengan tekstur susu, yang akan segera meningkatkan ketelusan dan mencerahkan kesan kulit.

270283757 WPR Skin Refiner

Cara Penggunaan: Pam kira-kira 1ml ke tapak tangan dan perlahan-lahan sapukan ke pipi, dahi, hidung, mulut dan leher. Digunakan sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit anda pada waktu pagi dan malam selepas pembersihan.

White Plus Renew Emulsion, 100ml (RM120)

Sebagai penggalak untuk mencerahkan kulit terutama apabila ia digunakan bersama dengan produk lain dari rangkaian White Plus Renew. Ia memberi kesan penyejukan dan menyegarkan, diikuti dengan kemasan licin, seperti sutera dan lembap yang serta-merta menghidrat dan melegakan kulit kering.

270283758 WPR Emulsion

2018/01/03/review-produk-rangkaian-produk-pemutihan-dari-korea-laneige-white-plus-renew-range-baharu-3/

Comments

Popular posts from this blog

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda

[ Review & Tutorial Solekan ] Berus Real Techniques By Samantha Chapman & Kosmetik NYX

Baru-baru ini penulis telah diberikan set berus solekan Real Techniques By Samantha Chapman dari rakan penulis yang menjual produk ini secara online di Instagram iaitu Makeup_Department   . Untuk pengetahuan pembaca, Samantha Chapman merupakan jurusolek profesional dan beliau telah mencipta berus solekan yang amat eksklusif dan menarik yang boleh dibeli secara set ataupun berasingan. Kali ini penulis ingin membuat review dan tutorial solekan mengunakan  Real Techniques By Samantha Chapman : On Location , The Travel Essentials mengandungi tiga jenis berus iaitu Multi Task Brush, Essential Foundation Brush dan Domed Shadow Brush.  Berus solekan dari Real Techniques ini dibezakan mengikut warna pemegang dan setiap pemegang berus telah dilabel supaya pengguna mudah untuk menggunakannya. Berikut adalah jenis berus dan cara penggunaannya : Multi Task Brush Direka untuk digunakan bersama serbuk pemerah pipi , loose powder dan bronzer wajah. Dengan kepala yang bulat tetapi padat , berus i