Ramai yang mengidamkan kulit yang cantik dan berseri. Namun di setiap fasa kehidupan, wanita sering berhadapan dengan isu kulit wajah yang berbeza mengikut usia. Majoriti golongan muda Malaysia gusar tentang masalah jerawat, parut di muka dan pori-pori terbuka, sementara wanita dalam kumpulan usia 30-an lebih memberi tumpuan terhadap tanda-tanda awal penuaan. Apabila mereka mencecah lingkungan usia 40-an, langkah meremaja dan memulihkan kulit daripada kedutan dan kelihatan kusam menjadi keutamaan mereka.
Kini anda tidak perlu gentar menunggu kehadiran tanda-tanda penuaan yang jelas kelihatan, khususnya apabila langkah pencegahan boleh diambil dengan memasukkan pembersihan wajah dalam amalan penjagaan kulit setiap hari.
Menurut pakar estetika, Dr Chea, pembersihan wajah daripada kekotoran dan solekan menggunakan tangan tidak memberikan kesan pembersihan yang sempurna. Terdapat kemungkinan sisa-sisa kekotoran, sel kulit mati dan rembesan sebum yang tertinggal di dalam pori – pori kulit. Malah, tangan anda tidak mampu membersihkan sesetengah kontur muka dan menyebabkan himpunan sisa di bahagian tersebut. Ini akan menyebabkan pori-pori kulit tersumbat, kulit kusam serta kemunculan jeragat.
Philips VisaPure – Bersihkan liang pori yang tersumbat dengan berkesan
Kami berkesempatan mencuba teknologi terkini untuk kecantikan iaitu Philips VisaPure. Ia sebenarnya sebuah alat pembersih yang mudah digunakan dan tidak mengasari kulit yang berfungsi membersihkan kulit daripada bahan solek dan kekotoran dengan urutan lembut. Philips VisaPure adalah 10 kali lebih efektif daripada membersih menggunakan tangan dan menyegarkan kulit anda dalam masa hanya seminit, seterusnya membantu menyerlahkan keserian semulajadi dan kulit yang kelihatan lebih sihat.
Mengenai Philips VisaPure
Amalan penjagaan kulit yang dipertingkatkan Philips VisaPure menyediakan pembersihan yang menyeluruh dan lembut untuk bahagian muka dan bahagian garis leher dada atas serta bahu, memberikan kesegaran dan menyerlahkan seri kulit dengan segera. Alat Philips VisaPure yang kalis air sepenuhnya merupakan satu-satunya sistem permbersih di dunia yang memaparkan teknologi ‘Dual Motion’ dan boleh digunakan ketika mandi. Ia mewujudkan kesan urutan yang selesa yang meningkatkan aliran mikro di bawah permukaan kulit untuk menyerlahkan keserian semulajadi kulit.
- Berus lembut Philips VisaPure berputar dan bergetar untuk menghilangkan solekan dan kekotoran dengan lembut, dan menghilangkan sel kulit yang mati. Pergerakan berus yang bergetar secara menegak akan memecahkan kotoran permukaan, yang kemudiannya disingkirkan oleh pergerakan berputar alat ini bagi memberikan pembersihan kulit yang mendalam dan sempurna.
- Teknologi ‘Dual Motion’ Philips VisaPure secara optimium menyediakan kulit untuk produk-produk dan rawatan penjagaan kulit, sekaligus meningkatkan penyerapan ramuan bermanfaat di dalamnya.
- Philips VisaPure juga didatangi dengan berus-berus yang direka khusus mengikut jenis kulit yang memerlukan tumpuan dan penjagaan tambahan. Berus untuk kulit sensitif adalah lembut dan mengurangkan pelelasan. Untuk pembersihan yang mendalam, kepala berus yang mempunyai kesan pengelupasan mampu menyingkirkan sel-sel kulit kusam dan mati dengan lembut.
- Rekaan elegan untuk wanita moden Philips VisaPure telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan wanita moden dengan rekaan bergaya dan ikonik yang elegan dan feminin. Rekaan ergonomik diterapkan untuk memaksimumkan keselesaan dan mempertingkatkan pengalaman pembersihan.
- Saiznya yang kompak sesuai untuk dibawa ketika mengembara dengan bateri yang telah dicas penuh mampu bertahan sehingga dua minggu.
Pengalaman Philips VisaPure
• Philips VisaPure mengurut kulit secara perlahan untuk menyingkir solekan dan kotoran dengan efektif, malah ia boleh digunakan ketika mandi
• Pemasa Zon Kulit memberi isyarat apabila tiba masa untuk menggerakkan alat Philips VisaPure ke kawasan seterusnya, untuk memastikan muka dan bahagian garis leher dada atas dan bahu dibersihkan dengan sempurna dan sekata
• Philips VisaPure mudah digunakan dengan dua tetapan: Mod ‘Pembersihan Lembut’ dan ‘Pembersihan Mendalam’ untuk tahap pembersihan yang khusus
• Para wanita juga boleh memilih pengalaman pembersihan yang bersesuaian dengan jenis kulit atau keperluan mereka dengan memilih berus-berus khusus untuk kulit sensitif atau pengelupasan kulit.
Harga
Harga dan ketersediaan Philips VisaPure boleh didapati di kedai peralatan elektrik dan gedung-gedung beli-belah utama pada harga disyorkan RM799 untuk model SC5275 (2 tetapan kelajuan dengan 1 kepala berus untuk kulit normal dan 1 kepala berus untuk kulit sensitif) dan RM699 untuk model SC5265 (1 tetapan kelajuan dan 1 kepala berus untuk kulit normal).
Kepala berus Philips VisaPure untuk jenis kulit berbeza juga dijual secara berasingan: Kepala berus pengganti untuk kulit normal SC5990 (RM59), kepala berus pengganti untuk kulit sensitif SC5991 (RM65) dan kepala berus pengganti pengelupasan kulit SC5992 (RM69).
Comments
Post a Comment