Skip to main content

[ Review ] Set Eyeliner Dan Mascara Alexa Chung x EYEKO

featured image
Aida Sue
/

Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue

[ Review ] Set Eyeliner Dan Mascara Alexa Chung x EYEKO

Alexa-Chung-Eyeko

Siapa yang tidak kenal dengan Alexa Chung. Bagi yang arif tentang fesyen, semestinya mengenali beliau yang merupakan seorang pengacara televisyen, model dan juga editor penyumbang untuk majalah British Vouge. Baru-baru ini, Alexa Chung telah berkolaborasi dengan produk kecantikan mata dari London iaitu EYEKO dan telah mengeluarkan produk edisi terhad yang menarik.

eye do set box

Set Eye Do Mascara dan penggaris mata cecair Alexa For EYEKO ini telah direka khas dengan saiz tiub edisi terhad. Penulis memang menggunakan  tiub poster over-saiz yang memaparkan poster edisi terhad. Anda perlu memilih dan menggunakan penggaris mata yang betul, diikuti dengan maskara bagi melebatkan bulu mata supaya mata lebih nampak galak dan menarik. Memang penulis sukakan produk EYEKO ini kerana ia memberikan garisan yang tepat pada mata dan anda boleh memilih sama ada untuk menggariskan mata dengan garis tebal atau nipis. Mata pena penggaris mata EYEKO juga tahan lama dan kalis air, jadi jangan risau apabila anda berpeluh ataupun terkena air. Dalam masa yang sama, ia juga mudah ditanggalkan. Maskaranya pula dapat memberikan impak bulu mata lebih lebat dan juga tebal.

eye do set box2

Anda boleh dapatkan produk ini di butik Sephora seluruh Malaysia dengan harga RM119.

Alexa-Chung-Eyeko-garticle

2018/01/03/review-set-eyeliner-dan-mascara-alexa-chung-x-eyeko-2/

Comments

Popular posts from this blog

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda...

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul...

[ Review ] Lupakan Mencukur, IPL Brazilian Di STRIP Jadikan ‘Vagina’ Anda Lebih Seksi

Sebagai seorang wanita, kebersihan haruslah diberi perhatian yang sewajarnya lebih-lebih lagi apabila melibatkan bahagian sulit seperti penjagaan vagina.  Ramai yang tidak peka atau mungkin tidak tahu akan betapa pentingkan untuk seseorang memastikan kebersihan alat sulit mereka kerana sedikit-sebanyak ia bisa mempengaruhi soal kesihatan.  Foto -pinterest Aktiviti mencukur sendiri di rumah pastinya agak menyukarkan kerana terdapat bahagian-bahagian yang sukar untuk dilihat dan dicapai terutamanya pada kawasan sekitar “labia” (pelipat vagina) sehingga ke bahagian “crack” (celah punggung). Bahkan, penggunaan pisau cukur biasa sebenarnya kurang sesuai disebabkan faktor yang mungkin menyebabkan jangkitan kuman, radang serta kegatalan. Foto -STRIP Minggu sudah, penulis berpeluang merasai pengalaman untuk melakukan rawatan pembuangan bulu sekitar alat sulit menggunakan kaedah moden profesional iaitu IPL Brazilian di Strip cawangan Bangsar. Buat anda yang baru mengenali STRIP, ia merupaka...