Skip to main content

#SephoraSpring2017: Supergoop Lindungi Mekap & Wajah Dari Panas Matahari

featured image

Kepanasan melampau sebenarnya bukan sahaja menyesak jiwa bahkan kulit juga mendapat risiko untuk terjejas dek kerana selaran matahari.

Sinaran UV… Mungkin ia kedengaran seperti butir biasa yang langsung tidak memberi efek kepada tubuh manusia, tetapi tahukah kamu bahawa ia bisa menyebabkan kanser kulit?

Rajah perbezaan antara kulit yang tidak memakai perlindungan (foto kiri) dan kulit yang telah diselaputi perlindungan (foto kanan). Sumber: Pinterest

Radiasi yang dicetuskan oleh sinaran UV (ultraviolet) bisa meyerap jauh hingga ke lapisan sel kulit paling dalam bakal menyebabkan kemunculan barah kulit.

Oleh itu, perlindungan optimum adalah sangat penting bagi memastikan kulit sentiasa terpelihara dan bebas daripada risiko untuk terjejas.

Supergoop adalah satu-satunya jenama rangkaian produk penjagaan kulit yang memfokuskan kepada formulasi bagi mencegah serta memelihara kulit dari selaran dan sinar UV matahari. Sehingga kini ia telah banyak memenangi anugerah terkemuka bahkan menjadi pilihan orang ramai yang memetingkan kesejahteraan kulit.

Supergoop Setting Mist: RM125 [beli]

Ramai wanita yang mengelak untuk memakai krim perlindungan matahari di wajah kerana takut solekan cair beberapa ketika kemudian. 

Demikian hal, Supergoop tampil dengan inovasi terkini menawarkan semburan setting mist untuk para wanita tetap meyelaputi wajah dengan perlindungan matahari secara ringkas dan padat dengan faedah.

Selesai bersolek, pastikan kamu menyebur Supergoop Setting Mist ini pada wajah. Selain bantu mengalakkan solekan tahan lebih lama, ia turut bertindak sebagai perlindungan optimum dengan SPF 50 untuk kulit agar sinaran matahari tidak terus diserap oleh permukaan dan sel kulit wajah.

Teksturnya ringan bahkan aromanya segar diperkaya dengan ekstrak tumbuhan herba rosemary dan pudina. Hasilnya, kulit bebas minyak dan segar sepanjang hari!

Supergoop Everyday Sunscreen: RM83 [beli]

Bebas minyak dan tidak melekit, pasti dirimu terasa lebih bahagia jika mendapat perlindungan dari Supergoop Everyday Sunscreen ini!

Tekstur krim pelindung matahari ini adalah seperti air bahkan hanya sedikit yang diperlukan untuk membekal perlindungan terbaik untuk kulit seluruh badan.

Selain berhasil membuatkan kulit bebas dari masalah kulit terbakar, ia juga mampu menepis segala faktor penuaan yang disebabkan sinaran matahari seperti kedutan, hilang keanjalan serta mengunci lembapan pada kulit dengan kuasa asid hyaluronik.

Aromanya juga harum kerana ramuan krim ini berasaskan mawar, daun herba selasih dan sitrus… tidak seperti krim pelindung jenama lain yang berbau seperti kimia.

Ciri Individu Yang Berisiko Menghidap Kanser Kulit?

  • Berkulit cerah
  • Terlalu lama berada di bawah pancaran matahari terik
  • Kulit dipenuhi tahi lalat abnormal
  • Kulit dipenuhi luka-luka 
  • Sistem imunisasi tubuh lemah
  • Terpengaruh dengan radiasi (rawatan radiasi)

Untuk lihat produk penuh Supergoop, sila klik [www.sephora.my/supergoop] atau klik [www.wanista.com/sephoraspring2017] bagi mengetahui produk-produk menarik bersempena musim bunga 2017 oleh Sephora.

2018/01/03/sephoraspring2017-supergoop-lindungi-mekap-wajah-dari-panas-matahari-2/

Comments

Popular posts from this blog

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda

[ Review & Tutorial Solekan ] Berus Real Techniques By Samantha Chapman & Kosmetik NYX

Baru-baru ini penulis telah diberikan set berus solekan Real Techniques By Samantha Chapman dari rakan penulis yang menjual produk ini secara online di Instagram iaitu Makeup_Department   . Untuk pengetahuan pembaca, Samantha Chapman merupakan jurusolek profesional dan beliau telah mencipta berus solekan yang amat eksklusif dan menarik yang boleh dibeli secara set ataupun berasingan. Kali ini penulis ingin membuat review dan tutorial solekan mengunakan  Real Techniques By Samantha Chapman : On Location , The Travel Essentials mengandungi tiga jenis berus iaitu Multi Task Brush, Essential Foundation Brush dan Domed Shadow Brush.  Berus solekan dari Real Techniques ini dibezakan mengikut warna pemegang dan setiap pemegang berus telah dilabel supaya pengguna mudah untuk menggunakannya. Berikut adalah jenis berus dan cara penggunaannya : Multi Task Brush Direka untuk digunakan bersama serbuk pemerah pipi , loose powder dan bronzer wajah. Dengan kepala yang bulat tetapi padat , berus i