Skip to main content

[ Review ] Tips Hangatkan Hubungan – Pikat Pasangan Anda Dengan Haruman ENCHANTEUR Passionate LOVE

featured image
Aida Sue
/

Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue

[ Review ] Tips Hangatkan Hubungan – Pikat Pasangan Anda Dengan Haruman ENCHANTEUR Passionate LOVE

Cinta tanpa keintiman kasih ibarat mencipta penjara kasih yang penuh kesepian. Keintiman kasih  adalah asas dalam menyemarakkan cinta agar cinta terus membara.  Sentuhan magis Adam dan Hawa, renungan penuh makna dan perkongsian kisah kala momen penuh intim menyemarakkan cinta sejati antara dua sejoli. Didamba istimewa  menjadi keinginan setiap wanita, mengharap layanan mengujakan daripada jejaka kesayangan mereka.

ENCHANTEUR, jenama No.1 dalam pasaran umum kategori minyak wangi di Malaysia memperkenalkan tambahan baharu dalam rangkaian ENCHANTEUR LOVE iaitu ENCHANTEUR Passionate LOVE Eau De Toilette, wangian memikat yang bertujuan menyemarakkan cinta untuk keintiman kasih.

REVIEW PRODUK

IMG_1025

Penutup bertatahkan zamrud terletak menawan pada bahagian atas, simbol nilai sofistikated yang sempurna bagi menggambarkan haruman yang menonjol, didambakan dan sensual. Dilengkapi bersama bungkusan merah dan emas berhias renda, ENCHANTEUR Passionate LOVE baharu menjadi refleks kepada kemewahan dan nilai sensual yang tersembunyi di dalam diri anda.

ENCHANTEUR Passionate LOVE Eau De Toilette membangkitkan deria mengujakan dengan bau berjus daripada bergamot Sicilian, beri merah dan pic merah jambu yang akan membakar api asmara dalam diri si jejaka. Wangian menarik ros kristalin hitam dan kelembutan violet sebagai bahan utama, mencetuskan perasaan romantis dalam diri lelaki terhadap wanita yang telah memenangi hatinya.

ENCHANTEUR LOVE - Sazzy & Nazril 2

Wangian ini berbau haruman manis bunga dan seksi jadi sesuai buat wanita yang ingin bauan yang harum dan mewah dengan nilai yang berpatutan.

ENCHANTEUR Passionate LOVE dijual pada harga RM31.90 untuk botol bersaiz 50ml Eau de Toilette. Produk-produk ENCHANTEUR LOVE boleh didapati di semua outlet utama, pasar raya besar,  pasar raya dan farmasi.

2018/01/03/review-tips-hangatkan-hubungan-pikat-pasangan-anda-dengan-haruman-enchanteur-passionate-love-2/

Comments

Popular posts from this blog

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda

[ Review & Tutorial Solekan ] Berus Real Techniques By Samantha Chapman & Kosmetik NYX

Baru-baru ini penulis telah diberikan set berus solekan Real Techniques By Samantha Chapman dari rakan penulis yang menjual produk ini secara online di Instagram iaitu Makeup_Department   . Untuk pengetahuan pembaca, Samantha Chapman merupakan jurusolek profesional dan beliau telah mencipta berus solekan yang amat eksklusif dan menarik yang boleh dibeli secara set ataupun berasingan. Kali ini penulis ingin membuat review dan tutorial solekan mengunakan  Real Techniques By Samantha Chapman : On Location , The Travel Essentials mengandungi tiga jenis berus iaitu Multi Task Brush, Essential Foundation Brush dan Domed Shadow Brush.  Berus solekan dari Real Techniques ini dibezakan mengikut warna pemegang dan setiap pemegang berus telah dilabel supaya pengguna mudah untuk menggunakannya. Berikut adalah jenis berus dan cara penggunaannya : Multi Task Brush Direka untuk digunakan bersama serbuk pemerah pipi , loose powder dan bronzer wajah. Dengan kepala yang bulat tetapi padat , berus i