Skip to main content

Pelindung Matahari Yang Boleh Mencerahkan Kulit Dari FOR BELOVED ONE

featured image
Aida Sue
/

Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue

Pelindung Matahari Yang Boleh Mencerahkan Kulit Dari FOR BELOVED ONE

Melasleep System Sunscreen Protection

Musim panas yang berterusan boleh menyebabkan ketidakselesaan kulit dan juga boleh merosakkan kulit jika tidak dilindungi. Anda perlu melindungi kulit anda daripada radiasi UV yang berbahaya. Jenama FOR BELOVED ONE telah mencipta rangkaian pelindung matahari yang sesuai untuk semua jenis kulit dengan keperluan pelindungan terhadap matahari yang berbeza. FOR BELOVED ONE sebenarnya mengesyorkan setiap wanita perlu ada 2 jenis pelindung matahari dengan SPF rendah untuk kegunaan harian – Melasleep System Sunscreen Protection SPF32** yang mana lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai gaya hidup bandar seperti bekerja di dalam pejabat dan juga mereka yang berada di dalam rumah.

Bagi anda yang berada di luar di bawah cahaya matahari untuk tempoh yang lama, FOR BELOVED ONE mengesyorkan Melasleep Whitening High Sunscreen Protection SPF50** yang boleh didapati dalam dua warna iaitu kuning air dan hijau.

Rangkaian Pelindung Matahari Melasleep System Sunscreen Protection 

  • Tidak mengandungi alkohol dan ia adalah hypoallergenik dan sesuai untuk kulit sensitif.
  • Menggunakan bahan pelindung matahari fizikal Titanium Dioksida untuk menghalang UVB secara fizikal daripada menembusi kulit.
  • Mengandungi Octyl Methoxycinnamate iaitu bahan kimia yang berkesan untuk menyerap dan menapis sinaran UVB untuk mengelakkan kemerahan pada kulit dan pembentukan tompok gelap.
  • Mengandungi RonaCare AP : Sistem perlindungan utama untuk melindungi dan menentang tanda penuaan pramatang pada kulit. Sistem perlindungan terhadap radiasi UV mempunyai kesan sehingga lebih 24 jam walaupun terdedah lama kepada cahaya matahari.
  • Mengandungi formula khas untuk meningkatkan perlindungan : Lumiskin dan Biowhite untuk mencegah pembentukan melanin dan mencerahkan warna kulit
  • Ada Moist24 dan Pentavitin untuk menambah kelembapan dan mengekalkan keseimbangan kulit.

Anda boleh dapatkan produk ini di kesemua butik kecantikan Sephora dengan harga :

  • Melasleep System Sunscreen Protection SPF32** 30ml/botol, RM119
  • Melasleep Whitening High Sunscreen Protection SPF50** ( Beige ) 30ml/botol, RM119
  • Melasleep Whitening High Sunscreen Protection SPF50**  ( Green ) 30ml/botol, RM119
2018/01/03/pelindung-matahari-yang-boleh-mencerahkan-kulit-dari-for-beloved-one-2/

Comments

Popular posts from this blog

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul...

[REVIEW] 2 Keajaiban Berlaku Bila Korang Guna Produk Rambut Ni!

Aperio Natural adalah jenama penjagaan kecantikan yang perpangkalan di California sejak tahun 2008. Berinspirasikan daripada amalan masyarakat setempat Saratoga yang gemar menikmati gaya hidup yang dikelilingi suasana alam semula jadi, Aperio Natural  adalah dirumus khusus menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan produk terbaik berasaskan tumbuh-tumbuhan organik termasuk floral, herba dan buah-buahan. Mempercayai produk yang mengutamakan bahan yang dituai segar daripada alam semula jadi mampu memelihara kecantikan serta memulihkan permasalahan kulit dan rambut, Aperio Natural komited untuk memenuhi keperluan semua jenis individu. Hampir tiga minggu penulis berpeluang mencuba sendiri syampu dan perapi rambut daripada rangkaian Cherry Blossom inovasi Aperio Natural ini dan hasilnya rambut jadi lebih ringan dan tidak kusut. Cherry Blossom Radiance Shampoo (500ml): RM126 Tidak seperti syampu lain, Aperio Natural Cherry Blossom Radiance Shampoo tidak menjadikan rambut kering se...

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda...