Sebagai seorang wanita, kebersihan haruslah diberi perhatian yang sewajarnya lebih-lebih lagi apabila melibatkan bahagian sulit seperti penjagaan vagina.
Ramai yang tidak peka atau mungkin tidak tahu akan betapa pentingkan untuk seseorang memastikan kebersihan alat sulit mereka kerana sedikit-sebanyak ia bisa mempengaruhi soal kesihatan.
Aktiviti mencukur sendiri di rumah pastinya agak menyukarkan kerana terdapat bahagian-bahagian yang sukar untuk dilihat dan dicapai terutamanya pada kawasan sekitar “labia” (pelipat vagina) sehingga ke bahagian “crack” (celah punggung). Bahkan, penggunaan pisau cukur biasa sebenarnya kurang sesuai disebabkan faktor yang mungkin menyebabkan jangkitan kuman, radang serta kegatalan.
Minggu sudah, penulis berpeluang merasai pengalaman untuk melakukan rawatan pembuangan bulu sekitar alat sulit menggunakan kaedah moden profesional iaitu IPL Brazilian di Strip cawangan Bangsar. Buat anda yang baru mengenali STRIP, ia merupakan sebuah spa khusus yang menawarkan servis waxing (pembuangan bulu) pada tubuh untuk kaum wanita dan juga lelaki.
Apa itu IPL?
Sejenis teknologi terkini yang dijana menggunakan tenaga cahaya (Intense Pulse Light) untuk melemahkan akar rambut/bulu pada kulit serta mendorong pertumbuhan tisu baru bagi mengurangkan pertumbuhan rambut/bulu secara berperingkat.
Bahagian Tubuh Mana Yang Sesuai Untuk Kaedah IPL?
Di semua kawasan tubuh badan manusia termasuklah sekitar alat sulit, bawah lengan, kaki, lengan dan lain-lain.
Berapa Kerap Anda Harus Menjalani Kaedah IPL?
Seseorang disyorkan untuk menjalani kaedah IPL sebanyak 6 kali iaitu setiap 4 hingga 6 minggu sekali.
Bilakah Anda Dapat Melihat Keberkesanannya?
Tidak seperti ‘waxing’, rambut/bulu tubuh anda tidak akan hilang serta-merta. Selepas menjalani rawatan kedah IPL sesi yang pertama, ia akan mengambil masa selama 1 hingga 4 minggu untuk rambut tersebut mula gugur dan berkurang. Hasilnya berbeza bergantung kepada individu. Pertumbuhan semula rambut/bulu tersebut juga akan lebih halus dan berkurang dari biasa.
Berapa Lama Hasil Rawatan Dapat Bertahan?
Ia tidak dapat menghilangkan rambut/bulu secara kekal, tetapi ia mampu bertahan sehingga 2 tahun. Jimat bukan?! Tak perlu lagi menjalani ‘waxing’ atau bercukur sendiri setiap bulan!
Untuk menjalani proses rawatan ini, tetamu akan dibantu dan diuruskan oleh seorang pakar STRIP yang berpengalaman digelar WAXPERT. Pada awalnya, penulis diiring memasuki sebuah bilik serta diminta untuk menanggalkan seluar sepenuhnya. Ya… termasuk seluar dalam anda, shhh.
Selepas itu, penulis diberi satu bungkusan genit yang mengandungi helaian tisu lembap untuk mengelap dan membersihkan bahagian sulit terlebih dahulu sebelum mara ke langkah yang seterusnya. Jadi, sesiapa yang rasa gementar sehingga nak buang air tu, lebih baik anda beredar ke bilik air yang tersedia di ruang luar bersebelahan laluan kaunter utama.
STRIP bukanlah hanya sekadar spa waxing biasa, mereka amat mementingkan faktor kebersihan serta keselesaan para tetamu yang hadir untuk menerima rawatan. Bahkan, purata cawangan STRIP seluruh dunia menggunakan hampir 9,000 tuala baru, 6,000 katrij pisau cukur pakai buang, 10,000 pasang sarung tangan setiap minggu demi memastikan keselamatan tetamu dan faktor kebersihan yang terjamin.
Sejurus selepas membersihkan diri, penulis diminta berbaring dengan selesa sambil bahagian bawah tubuh dibaluti tuala bersih bagi melancarkan proses IPL Brazilian.
Apa yang penting untuk anda tahu, WAXPERT yang mengendali proses rawatan untuk anda itu adalah sungguh profesional, jadi tiada apa yang perlu anda malu. Rata-rata mereka memiliki berpuluh tahun pengalaman dalam bidang waxing dan kecantikan.
Sebelum memulakan rawatan, WAXPERT akan memeriksa keadaan kawasan intim anda dengan rapi. Untuk proses rawatan IPL Brazilian, hanya akar umbi rambut-rambut halus sekitar alat sulit sahaja diperlukan. Oleh itu, jika anda belum bercukur, segala bulu halus dan kasar yang ada disekitar kawasan alat sulit akan dicukur oleh WAXPERT. Cool!
Sejurus selepas membersihkan kawasan intim berkenaan, setiap tetamu yang membuat rawatan IPL untuk kali pertama akan disoal mengenai ciri fizikal masing-masing contohnya seperti warna mata, warna kulit, warna rambut, kesan terhadap sinaran matahari, sifat alergi dan lain-lain. Ini adalah proses yang wajib bagi menentukan kadar selaran cahaya mesin IPL yang sesuai untuk diterima oleh tubuh anda.
Sebaik ‘soal siasat’ selesai, mesin akan dihidupkan mengikut tetapan khas dan anda akan diminta untuk mengangkang sedikit. TAK PERLU TAKUT! Sejenis gel sejuk akan disapu pada bahagian permukaan utama alat sulit anda. Jangan pula anda cemas kerana kulit alat sulit anda akan terasa kebas -efek dari sapuan gel sejuk tadi bagi memudahkan gelinciran peranti IPL serta memastikan supaya kulit anda tidak terasa panas. Kaca mata untuk mengelak silau cahaya IPL juga akan diberikan sebelum rawatan dimulakan.
Terasa seperti diurut, WAXPERT akan bertanya kepada anda dari masa ke masa sama ada ia menyakitkan ataupun tidak. Jika tidak, proses rawatan akan diteruskan seperti biasa. Hanya sengatan kecil yang dapat dirasa dan bagi anda yang tidak dapat menahan rasa ‘sengatan’ tersebut, mainan squishy berbentuk Orang Utan akan diberikan untuk anda menggenggamnya. Comel sangat!
Setelah selesai di bahagian hadapan vagina, sisa gel sejuk yang tertinggal akan dibuang dan dilap berulang kali sebelum memulakan rawatan di bahagian labia.
Seperti langkah yang sebelumnya, gel sejuk akan disapu ke bahagian labia (pelipat vagina) untuk meneruskan rawatan. Anda mungkin berasa sedikit tidak selesa tetapi percayalah, tiada jalan mudah untuk mengecapi kecantikan yang berkekalan!
Kemudian, anda akan diminta meniarap supaya mudah meneruskan rawatan di kawasan crack (celah punggung) pula. Segala bulu halus dan kasar di penghujung vagina sehingga kawasan celah punggung juga akan dibuang.
Akhir sekali, alat sulit anda akan dibersihkan dengan cecair pembersih istimewa sebelum disapu dengan sejenis krim yang dipanggil ICE CREAM. Seterusnya, anda akan dibiarkan sendirian untuk memakai semula seluar atau pakaian yang ditanggalkan awal tadi dan sebagai hasilnya, alat sulit anda tampak lebih bersih dan ya! Terasa seperti kulit bayi.
Setiap sesi rawatan IPL akan mengambil masa selama 40 minit, bergantung kepada individu serta cara rawatan dilakukan. WAXPERT menerangkan kepada penulis bahawa, rawatan khas ini tidak boleh dilakukan secara cepat kerana setiap inci kulit yang dirawat harus diberi perhatian dan perlu dilakukan dengan cermat supaya cahaya mesin IPL dapat sampai ke setiap akar rambut yang ada. Dengan itu, akar rambut akan menjadi semakin lemah dan membolehkan ia gugur secara perperingkat selepas 1 hingga 4 minggu rawatan dijalankan.
Sesi kedua hingga keenam harus dijalani bagi membolehkan kesemua rambut dan bulu halus sekitar vagina lenyap untuk masa 2 tahun.
Rawatan IPL Brazilian juga diakui dapat memudarkan pingmentasi dan kesan gelap yang ada pada kulit serta memulihkan masalah pori kulit tersumbat sehingga menyebabkan tumbuhnya dua helai rambut dalam satu-satu liang pori.
Pandangan Peribadi Penulis
- Rawatan IPL Brazilian tidak menyakitkan. Tahap kesakitan boleh dinilai 1/10 kerana gel sapuan sejuk yang disapu untuk mengebaskan kawasan kulit yang dirawat adalah sangat berkesan.
- Hanya sedikit rasa seperti ‘disengat’ yang penulis alami dan selebihnya adalah nikmat kesejukan berganda seolah kawasan intin itu disapu dengan ais krim!
- Tiada langsung rasa malu walaupun harus menujukkan kawasan intim kepada WAXPERT kerana mereka sangat bijak untuk membuatkan anda berasa selesa, berbual dengan anda sepanjang proses rawatan dan bisa mengendali kawasan intim dengan perlahan serta secara lemah-lembut tanpa menyakiti anda.
- Rawatan IPL Brazilian sesuai untuk anda yang mengimpikan alat sulit bersih senantiasa kerana ia berfungsi untuk memberi kesan separa kekal dan boleh bertahan selama 2 tahun lamanya setelah selesai menjalani keseluruhan sesi rawatan IPL Brazilian di STRIP sebanyak 6 kali.
- Alat sulit akan jadi lebih seksi dan cantik dek kerana di kawasan yang paling sukar untuk dicapai seperti di (crack) celah punggung juga bebas bulu dan rambut halus.
- Tidak perlu membazir masa dan wang untuk melakukan cukuran sendiri di rumah seperti yang lazim dilakukan setiap minggu mahupun setiap bulan!
- Rawatan IPL Brazilian adalah tidak menyakitkan seperti anda melakukan WAXING normal yang kadang kala menyebabkan luka dan kegatalan.
- Layanan yang diberikan sebaik anda melangkah masuk ke STRIP adalah sangat berbaloi bagaikan anda seorang puteri!
Dah seminggu lebih berlalu selepas penulis menjalani rawatan IPL Brazilian sesi pertama di STRIP. Boleh dikatakan, rambut-rambut halus sekitar kawasan intim mula gugur dan panjangnya langsung tidak melebihi 2mm!
Penulis memang mengesyorkan rawatan IPL Brazilian ini kepada para pembaca Wanista.com. Jangan risau, lelaki pun boleh juga tahu!
Pstt! Bakal-bakal pengantin tu bolehlah ke sini supaya malam pertama anda lebih indah :)
Apa lagi? Jomlah kita jadi cantik dan seksi bersama! Layanan di STRIP memang terbaik!
Jika berminat, anda boleh mula membuat temu janji dan rujuk harga pakej di www.strip-my.com
Comments
Post a Comment