Skip to main content

[ Review Produk ] Krim BB Kompak Dari Korea : Laneige BB Cushion SPF50+ PA+++

featured image

Baru-baru ini penulis sempat hadir ke satu bengkel mini produk kecantikan wajah Laneige yang bertempat di Mid Valley. Laneige telah memperkenalkan produk Laneige BB Cushion SPF50+ PA+++ yang kini  lebih baik berbanding sebelum ini dengan peningkatan dalam keberkesanannya.

Laneige BB Cushion SPF50+ PA+++

Produk ini merupakan krim BB yang dipakejkan secara kompak dan mudah dibawa ke mana-mana. Menurut ujian klinikal dan kajian telah dijalankan ke atas Laneige BB Cushion ( 20 wanita yang berumur di antara 20 hingga 30 tahun ), keputusan menunjukkan peningkatan dari segi pencerahan tona kulit , tempoh pemakaian selama 12-jam dan suhu kulit juga turun sehingga 4 darjah  ( cooling effect ). 95% daripada mereka berkata keadaan kulit mereka secara keseluruhan bertambah baik, malah sapuan produk juga amat rata dan lembap pada permukaan kulit. 

Produk ini juga adalah produk 6-dalam-1 ( Pemutihan + Pelindung UV + Makeup Tint + Kalis air + Kesan menenangkan + kesan pelembapan ) 

photo 3 (2)

Laneige BB Cushion mempunyai 4 tona warna berbeza : True Beige, Natural Beige, Sand Beige and Brown Beige.

Fungsi dan bahan-bahan

1. Pemutihan wajah 

Laneige BB Cushion mengandungi Melacrusher, dipatenkan dengan teknologi bio-pencerah Laneige yang berfungsi untuk menggunakan melanin semula jadi kulit kita untuk memusnahkan melanin yang berlebihan dalam kulit melalui ransangan semula jadi badan manusia. Teknologi Melacrusher ™ yang kini lebih baik, selain dari mencerahkan kulit, ia juga mengurangkan pigmen merah, kuning dan coklat pada masa yang sama.

Ia juga mengandungi Ekstrak Bead Tree, komponen anti-pencemaran yang menghalang  aryl hidrokarbon reseptor (AHR) / antena pencemaran daripada pencemaran luaran untuk mencegah pigmentasi kulit.

2. Perlindungan UV yang kuat dan Formula Anti-Peluh (SPF 50 + PA + + +)

Produk ini menawarkan perlindungan UV yang kuat dan juga ciri anti-peluh yang sangat baik dalam memastikan krim BB sentiasa ada pada kulit walaupun anda berpeluh.

3. Tona Kulit Sekata

Sapuan krim BB amat sekata pada kulit dan terus menyerap ke liang sebum. Pada masa yang sama ia meresap pantulan dari cahaya matahari untuk tona kulit semulajadi tanpa kesan minyak.

4. Kesan Melembap

Diformulakan dengan Optimal Mineral Water dari Pulau Jeju, BB Cushion baharu  ini memberikan kesan pelembapan sehingga 34% lebih daripada sebelumnya. Ia juga menyerap ke dalam kulit dengan lebih cepat daripada air mineral biasa, menghidratkan kulit di dalam dalam ke luar.

5. Penyejukan Kulit

Laneige BB Cushion juga mengandungi 34% atau lebih kelembapan yang menjadikannya amat menenangkan untuk kulit yang terlalu panas. Kelembapan dan kandungan mineral membentuk Penggantungan Hydro-mineral membantu kulit untuk menyerap mikro emulsi yang boleh meringankan dan menyegarkan kulit. Suhu pada kulit juga menurun sehingga 4 darjah.

6. Kalis Air

Satu lagi ciri Laneige BB Cushion ini adalah ia mempunyai ciri kalis air yang ditambah dengan struktur rangkaian yang kukuh yang dibentuk oleh molekul yang tinggi dan membolehkan solekan bertahan sehingga 12 jam tanpa memerlukan sentuhan walaupun dalam cuaca yang panas.

photo 1 (2)

Cara penggunaan 

  1. Sapukan pada permukaan kulit. Kemudian, tepuk lembut pada kulit dengan menggunakan kusyen yang diberikan untuk sapuan rata pada kulit.
  2. Jika tidak ada kandungan krim yang berlebihan anda menekan kusyen dengan jari anda, ia bermakna produk tersebut telah habis. Gantikan dengan pek isi semula.

Cara Penjagaan Kusyen ( Puff ) 

  1. Simpan kusyen yang bersih setiap masa. Untuk mencuci, urut perlahan-lahan di dalam air suam dengan detergen neutral atau pembersih.
  2. Bilas sehingga pencuci hilang dan keringkan di tempat teduh. Dengan cara ini, anda boleh menggunakannya untuk tempoh yang panjang.

Harga 

Laneige BB Cushion baharu (15g x 2) dijual pada harga RM145 dan boleh didapati di semua kaunter kecantikan Laneige di seluruh negara dari bulan Mac 2014.

 Produk dijual di : 

  • AEON Mid Valley PARKSON Pavilion
  • AEON Bandar Utama PARKSON Sunway Pyramid
  • AEON Kinta City, Ipoh PARKSON Sungei Wang
  • AEON Bandaraya Melaka PARKSON KLCC
  • AEON Bukit Indah, Johor PARKSON Bandar Utama
  • AEON Tebrau City, Johor PARKSON Subang Parade
  • AEON Queensbay Mall, Penang PARKSON Setia City Mall
  • PARKSON Gurney Plaza, Penang
  • ISETAN Lot 10 PARKSON Mahkota Parade
  • ISETAN The Gardens PARKSON The Spring, Kuching
  • ISETAN KLCC PARKSON One Borneo, Kota Kinabalu
  • PARKSON Bintang Mall, Miri
  • Sephora Paragon, Penang PARKSON Ipoh Parade
  • Sephora Starhill
  • Sephora KLCC KL Sogo
  • Sephora Sunway Pyramid LANEIGE Boutique, Sunway Pyramid (G1.126)
  • Sephora Paradigm

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produk Laneige, layari : 

Website : www.laneige.com | www.laneige.com.my 

Facebook : http://www.facebook.com/laneigemalaysia 

2018/01/03/review-produk-krim-bb-kompak-dari-korea-laneige-bb-cushion-spf50-pa-3/

Comments

Popular posts from this blog

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda

[ Review & Tutorial Solekan ] Berus Real Techniques By Samantha Chapman & Kosmetik NYX

Baru-baru ini penulis telah diberikan set berus solekan Real Techniques By Samantha Chapman dari rakan penulis yang menjual produk ini secara online di Instagram iaitu Makeup_Department   . Untuk pengetahuan pembaca, Samantha Chapman merupakan jurusolek profesional dan beliau telah mencipta berus solekan yang amat eksklusif dan menarik yang boleh dibeli secara set ataupun berasingan. Kali ini penulis ingin membuat review dan tutorial solekan mengunakan  Real Techniques By Samantha Chapman : On Location , The Travel Essentials mengandungi tiga jenis berus iaitu Multi Task Brush, Essential Foundation Brush dan Domed Shadow Brush.  Berus solekan dari Real Techniques ini dibezakan mengikut warna pemegang dan setiap pemegang berus telah dilabel supaya pengguna mudah untuk menggunakannya. Berikut adalah jenis berus dan cara penggunaannya : Multi Task Brush Direka untuk digunakan bersama serbuk pemerah pipi , loose powder dan bronzer wajah. Dengan kepala yang bulat tetapi padat , berus i