Skip to main content

[ Review ] Argan Wonder Lipstick Dan Duo Blusher Dari SimplySiti

featured image
Aida Sue
/

Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue

[ Review ] Argan Wonder Lipstick Dan Duo Blusher Dari SimplySiti

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi tersohor Malaysia iaitu Dato’ Siti Nurhaliza? Selain daripada mengecapi kejayaan sebagai penyanyi nombor satu Malaysia, kejayaannya di dalam bidang perniagaan kosmetik dan produk kecantikan memang tidak dapat dinafikan.http://www.eliteprom.co.uk/
 Pada 2010, beliau telah memperkenalkan SimplySiti, sebuah jenama kecantikan sebagai langkahnya untuk berkongsi rahsia-rahsia kecantikan beliau kepada wanita- wanita di luar sana. Berkat sokongan ramai, SimplySiti telah berjaya meletakkan dirinya sebagai jenama kecantikan yang setaraf dengan jenama-jenama lain di pasaran, dalam tempoh hanya 4 tahun sahaja.

SimplySiti telah memperkenalkan dua produk terbaru iaitu Duo Blusher dan Argan Wonder Lipstick pada tahun ini yang merupakan kesinambungan produk dari rangkaian Argan yang telah pun diperkenalkan pada 2013 iaitu Argan Wonder Powder dan Argan Wonder Mascara.

Keistimewaan Produk

Argan Wonder Lipstick

Argan Wonder Lipstick

Kandungan Minyak Argan yang boleh dilihat sendiri pada produk tersebut. Minyak Argan dari negara Morocco ini amat istimewa dan ia dapat memberi pelbagai kebaikan anti-penuaan kepada kulit dan juga bibir anda. Mempunyai 5 warna menawan iaitu Plum ParadiseGold EditionLovely PinkSamba Red dan Coral Orange. Setiap satu berharga RM33.90 dan boleh didapati di semua cawangan AEON, AEON BIG, Guardian, Sogo, Tesco dan Watsons.

Antara kebaikan Minyak Argan

  • Mengurangkan kedutan di sekeliling bibir.
  • Memudarkan bintik.
  • Melembutkan dan melembapkan bibir.
  • Melindungi bibir dan kulit dari sinaran UVA & UVB yang merbahaya.
  • Mempunyai 2 kali lebih Vitamin E berbanding Minyak Zaitun.

Duo Blusher 

Duo Blusher

  1. Duo Blusher adalah produk pemerah pipi yang dapat memberikan bentuk muka dan pipi yang lebih berstruktur.
  2. Setiap Duo Blusher ini mempunyai dua peringkat warna berbeza iaitu gelap dan terang. Dua peringkat warna ini akan memudahkan pengguna untuk menjadikan bentuk muka lebih menarik.
  3. Duo Blusher terdapat dalam tiga warna memukau iaitu Apricot Peach, Passion Pink dan Chestnut Pink. Ia juga boleh didapati di semua cawangan AEON, AEON BIG, Guardian, Sogo, Tesco dan Watsons dengan harga RM29.90.

SimplySiti mempunyai lebih 480 outlet rangkaian yang terdiri Watsons, Guardian, Aeon, Aeon Wellness, Tesco dan Sogo. Barangan SimplySiti juga boleh didapati secara online di www.simplysiti.com.my/shop

2018/01/03/review-argan-wonder-lipstick-dan-duo-blusher-dari-simplysiti-2/

Comments

Popular posts from this blog

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul...

[REVIEW] 2 Keajaiban Berlaku Bila Korang Guna Produk Rambut Ni!

Aperio Natural adalah jenama penjagaan kecantikan yang perpangkalan di California sejak tahun 2008. Berinspirasikan daripada amalan masyarakat setempat Saratoga yang gemar menikmati gaya hidup yang dikelilingi suasana alam semula jadi, Aperio Natural  adalah dirumus khusus menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan produk terbaik berasaskan tumbuh-tumbuhan organik termasuk floral, herba dan buah-buahan. Mempercayai produk yang mengutamakan bahan yang dituai segar daripada alam semula jadi mampu memelihara kecantikan serta memulihkan permasalahan kulit dan rambut, Aperio Natural komited untuk memenuhi keperluan semua jenis individu. Hampir tiga minggu penulis berpeluang mencuba sendiri syampu dan perapi rambut daripada rangkaian Cherry Blossom inovasi Aperio Natural ini dan hasilnya rambut jadi lebih ringan dan tidak kusut. Cherry Blossom Radiance Shampoo (500ml): RM126 Tidak seperti syampu lain, Aperio Natural Cherry Blossom Radiance Shampoo tidak menjadikan rambut kering se...

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda...