Skip to main content

June Jacobs Spa Collection — Produk Spa Eksklusif Yang Amat Menakjubkan

featured image
Aida Sue
/

Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue

June Jacobs Spa Collection — Produk Spa Eksklusif Yang Amat Menakjubkan

photo (41)

Bayangkan jika anda dapat menikmati suasana dan juga aroma seperti berada di bilik Grand Hyatt Hotel hanya di ruang tamu rumah anda… pasti bestkan? Bagi wanita yang gemar ke spa ataupun inginkan produk yang digunakan di semua rangkaian hotel Grand Hyatt dan juga spa popular di seluruh dunia, kini impian anda boleh menjadi kenyataan.

June Jacobs, produk spa terkenal di seluruh dunia yang bermula dari bandar metropolitan New York selama lebih tiga puluh tahun, telah mentakrifkan ‘spa mewah’ di seluruh dunia. Koleksi June Jacobs Spa Collection terdiri daripada produk penjagaan rambut, wajah, badan dan juga wangian rumah. Yang paling menarik, June Jacobs juga mempunyai makmal sendiri, June Jacobs Lab, dimana mereka dapat mengawal sendiri kualiti produk yang mereka hasilkan.

photo 5 (19)

Lebih 100 produk June Jacobs menggunakan ekstrak tumbuhan dan juga botani, jadi tidak hairanlah kualiti produk mereka mengagumkan. Selain itu juga, produk ini adalah bebas daripada paraben dan pengawet dan juga menggunakan bahan asli dengan sebanyak mungkin. Jadi ia sesuai digunakan oleh semua orang dari pelbagai peringkat umur dengan pelbagai jenis keadaan kulit. Walaupun rumusan produk June Jacobs adalah “bebas paraben dan pengawet”, mereka tidak melupakan perlindungan terhadap serangan mikrob. Pengasas June Jacobs Spa telah mengkaji beberapa bahan-bahan pelbagai fungsi baru yang mempamerkan spektrum keupayaan anti-mikrob yang luas.

photo 4 (26)

Di antara produk June Jacobs adalah :

Kami juga sempat ke majlis pengenalan produk June Jacobs di Bistro Richard di Sentul Park dimana pengasasnya sendiri iaitu June Jacobs turun padang untuk berjumpa dan berkongsi maklumat produk dengan pihak media. Harga produk pula bermula di antara RM153 dan ke atas.

2018/01/03/june-jacobs-spa-collection-produk-spa-eksklusif-yang-amat-menakjubkan-2/

Comments

Popular posts from this blog

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul...

[REVIEW] 2 Keajaiban Berlaku Bila Korang Guna Produk Rambut Ni!

Aperio Natural adalah jenama penjagaan kecantikan yang perpangkalan di California sejak tahun 2008. Berinspirasikan daripada amalan masyarakat setempat Saratoga yang gemar menikmati gaya hidup yang dikelilingi suasana alam semula jadi, Aperio Natural  adalah dirumus khusus menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan produk terbaik berasaskan tumbuh-tumbuhan organik termasuk floral, herba dan buah-buahan. Mempercayai produk yang mengutamakan bahan yang dituai segar daripada alam semula jadi mampu memelihara kecantikan serta memulihkan permasalahan kulit dan rambut, Aperio Natural komited untuk memenuhi keperluan semua jenis individu. Hampir tiga minggu penulis berpeluang mencuba sendiri syampu dan perapi rambut daripada rangkaian Cherry Blossom inovasi Aperio Natural ini dan hasilnya rambut jadi lebih ringan dan tidak kusut. Cherry Blossom Radiance Shampoo (500ml): RM126 Tidak seperti syampu lain, Aperio Natural Cherry Blossom Radiance Shampoo tidak menjadikan rambut kering se...

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda...