Skip to main content

Tinted Lipbalm Edisi Terhad Dari Jepun Eksklusif di Watson

featured image
Wanista.com
Tinted Lipbalm Edisi Terhad Dari Jepun Eksklusif di Watson
Milky Pink
Milky Pink

Pelembap bibir rona lembut semakin popular sebagai alternatif kepada gincu terutamanya semasa hari-hari tidak perlu bersolek tebal. Pelembap bibir Water Lip mudah disapu, amat lembap dan selesa pada bibir. Ia didatangi dengan 3 warna natural yang dapat menyerlahkan keserian bibir anda.

Diimport dari Jepun, Mentholatum WaterLip Tinted Lipbalm adalah pelembap bibir Edisi Terhad yang akan dilancarkan ekslusif di Watsons. Ia dirumus dengan ramuan yang mempunyai kuasa penghidratan yang tinggi seperti 3 jenis Hyaluronic Acid (Super Hyaluronic Acid, Hyaluronic Acid & Nano Hyaluronic Acid) , ekstrak Aloe Vera, Kolagen dan Madu untuk menawarkan hanya yang terbaik untuk keperluan penjagaan bibir. WaterLip bukan hanya dapat memberikan kelembapan yang intensif tetapi juga membantu mengekalkan kelembapan bibir serta meningkatkan keanjalan bibir.

Waterlip-RaspberryRed

Sebaik dioles, ia membentuk satu lapisan perlindungan pada bibir anda untuk memberikan tempoh penghidratan yang lebih lama dan pada masa yang sama merawat bibir kering, mengelupas atau merekah. Lipbalm bewarna ini bukan sahaja dapat melembapkan bibir tetapi sekaligus menjadikan bibir anda merah segar dan natural.

Water Lip Tinted Lipbalm ini juga dilengkapi dengan SPF 20 PA++, yang melindungi bibir daripada sinaran UV matahari. Ia didapati dalam tiga pilihan warna iaitu Milky Pink, Raspberry Red dan Rosy Pink  dan boleh diperolehi secara eksklusif di semua cawangan Watsons di Malaysia bermula Januari 2014 pada harga RM13.90 setiap satu.

Waterlip-RosePink

2018/01/03/tinted-lipbalm-edisi-terhad-dari-jepun-eksklusif-di-watson-2/

Comments

Popular posts from this blog

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul...

[REVIEW] 2 Keajaiban Berlaku Bila Korang Guna Produk Rambut Ni!

Aperio Natural adalah jenama penjagaan kecantikan yang perpangkalan di California sejak tahun 2008. Berinspirasikan daripada amalan masyarakat setempat Saratoga yang gemar menikmati gaya hidup yang dikelilingi suasana alam semula jadi, Aperio Natural  adalah dirumus khusus menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan produk terbaik berasaskan tumbuh-tumbuhan organik termasuk floral, herba dan buah-buahan. Mempercayai produk yang mengutamakan bahan yang dituai segar daripada alam semula jadi mampu memelihara kecantikan serta memulihkan permasalahan kulit dan rambut, Aperio Natural komited untuk memenuhi keperluan semua jenis individu. Hampir tiga minggu penulis berpeluang mencuba sendiri syampu dan perapi rambut daripada rangkaian Cherry Blossom inovasi Aperio Natural ini dan hasilnya rambut jadi lebih ringan dan tidak kusut. Cherry Blossom Radiance Shampoo (500ml): RM126 Tidak seperti syampu lain, Aperio Natural Cherry Blossom Radiance Shampoo tidak menjadikan rambut kering se...

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda...