Aperio Natural adalah jenama penjagaan kecantikan yang perpangkalan di California sejak tahun 2008. Berinspirasikan daripada amalan masyarakat setempat Saratoga yang gemar menikmati gaya hidup yang dikelilingi suasana alam semula jadi, Aperio Natural adalah dirumus khusus menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan produk terbaik berasaskan tumbuh-tumbuhan organik termasuk floral, herba dan buah-buahan.
Mempercayai produk yang mengutamakan bahan yang dituai segar daripada alam semula jadi mampu memelihara kecantikan serta memulihkan permasalahan kulit dan rambut, Aperio Natural komited untuk memenuhi keperluan semua jenis individu.
Hampir tiga minggu penulis berpeluang mencuba sendiri syampu dan perapi rambut daripada rangkaian Cherry Blossom inovasi Aperio Natural ini dan hasilnya rambut jadi lebih ringan dan tidak kusut.
Cherry Blossom Radiance Shampoo (500ml): RM126
Tidak seperti syampu lain, Aperio Natural Cherry Blossom Radiance Shampoo tidak menjadikan rambut kering selepas mencuci. Cecair syampu berkenaan juga pekat dan harum semerbak namun tidak keterlaluan sehingga menyakitkan hidung.
Cukup sekadar satu pam, syampu dari Aperio Natural mudah untuk diratakan dengan air keseluruh bahagian rambut biarpun terhadap rambut yang panjang.
Satu-satunya kekurangan syampu ini adalah dari segi harganya. Harga mungkin agak mahal namun keistimewaannya adalah, kandungan 500ml ini pasti boleh dimanfaatkan selama dua hingga tiga bulan lamanya. Lebih jimat dan sangat berbaloi buat yang gemar bersyampu secara kerap!
Bukan itu sahaja, ia juga merupakan produk import yang diperbuat daripada bahan semula jadi mewah tau… sekali-sekala berbelanja lebih untuk guna produk berkualiti pun apa salahnya.
Cherry Blossom Leave-In Conditioner (200ml): RM110
Sebelum ini penulis hanya menggunakan perapi rambut sebaik selepas bersyampu di dalam bilik mandi yang akan memakan masa lebih lama untuk dibilas bersih. Tetapi dengan perapi tanpa bilas Cherry Blossom Leave-In Conditioner dari Aperio Natural ini, kerja akan jadi semudah A,B,C!
Tak perlu tunggu lama-lama dalam bilik mandi, selepas selesai bersyampu, anda boleh terus sapukan perapi tanpa perlu membilas.
Caranya, keringkan rambut seperti biasa tetapi pastikan rambut masih sedikit lembab (tidak terlalu kering). Kemudian, sapukan satu pam cecair perapi tanpa bilas Cherry Blossom pada keseluruh helaian rambut. Hasilnya, rambut semakin bersinar, senang disikat, tidak kusut dan mudah diurus. Wajib cuba okay!
Botolnya yang agak kecil mudah dibawa kemana-mana bahkan ia disertakan bersama punat yang dapat penyekat pam daripada tertekan sewaktu di dalam beg.
Sebelum…
Asalnya, rambut penulis adalah jenis kering dan jika berpeluh selepas seharian bertudung, kulit kepala akan terasa berminyak sekaligus mengundang kemuculan aroma yang tidak menyenangkan. Gatal-gatal pada kulit kepala juga sering menyerang diri serta menggugat kekuatan rambut kerana perbuatan menyanggul rambut sepanjang hari agar rapi di dalam tudung sebenarnya melemahkan akar rambut lalu menyebabkan keguguran.
Selepas…
Disebabkan rambut sering gugur, penulis hanya akan mencuci rambut menggunakan syampu dan perapi pada hujung minggu manakala pada hari biasa, jika terasa berminyak penulis hanya akan manfaatkan syampu kering kerana lebih mudah diurus dan mampu mengurangkan keguguran.
Selepas 2 kali bersyampu dan merapikan rambut dengan perapi tanpa bilas rangkaian Cherry Bloosom inovasi Aperio Natural ini, rambut penulis benar-benar terasa ringan, gatal-gatal semakin berkurang malah rambut juga tidak mengerbang seperti selalu.
Kusut juga beransur hilang tau! Ternyata produk ini tidak merosakkan rambut malah bantu memulih secara berperingkat.
Kesimpulannya, penulis sangat berpuas hati. Tak kisahlah seseorang wanita itu bertudung atau tidak, berambut panjang atau pendek sekalipun… menjaga kesejahteraan rambut adalah keutamaan yang penting, sama seperti penjagaan kulit wajah. Rambut adalah antara bahagian tubuh paling rapuh dan sensitif, jadi sila manfaatkan produk berkualiti malah bebas dari bahan kimia berbahaya kerana ia akan menyerap dalam hingga ke akar umbi.
Aperio Natural adalah produk organik yang berasaskan tumbuhan. Ia juga bebas alkohol, bahan-bahan kimia, minyak mineral, paraben, DEA dan segala sumber binatang.
Untuk keterangan lanjut, boleh klik [www.aperionatural.com] atau lawat laman Facebook Aperio Natural Malaysia di [www.facebook.com/AperioNatural.Malaysia].
Semua rangkaian produk Aperio Natural boleh dibeli di gedung atas talian 11street! Rasakan perbezaan rambut yang ketara hari ini.
Selamat beramal! ❤️
Comments
Post a Comment