Skip to main content

Wanista Dah Cuba! Produk Korea Ini Buat Mekap Tahan Lama Dan Berseri

featured image

Penulis percaya, pembaca yang sedang membaca artikel ini pastinya yang mementingkan soal solekan tahan lama. Siapa sahaja yang suka untuk membuang masa membaiki solekan sekaligus terpaksa mengeluar belanja yang banyak untuk menggantikan dengan produk yang baru. Penat kan setiap jam melihat solekan mula luntur dan tidak berseri lagi. 

Produk dari jenis primer diperkenalkan sebagai mengunci solekan dan menghalang muka dari berminyak. Boleh dikatakan setiap wanita pasti mempunyai primer didalam beg solek mereka. Sememangnya primer dapat membantu solekan tahan lama namun kelemahan produk primer ia boleh menyebabkan pori-pori tersumbat dan menyebabkan masalah kulit seperti jerawat jika tidak dicuci bersih. 

Teruja menerima produk kecantikan nombor satu Korea LANEIGE dari rangkaian Fresh Calming, penulis tidak tunggu lama untuk mencuba. Rangkaian Fresh Calming merupakan formulasi terbaharu gabungan khasiat air laut dan buah laici untuk mengekalkan kelembapan dan keseimbangan kondisi kulit. Pilihan penulis ialah Fresh Calming – Morning Mask khas untuk teknik prep sebelum bersolek. 

Laneige Fresh Calming Morning Mask. Foto – arkib Wanista.com

Kenapa Fresh Calming – Morning Mask?

Kulit berminyak atau kering penyebab utama solekan mudah tanggal dan bercapuk. Sapuan mousse lembut Morning Mask akan menyerap terus kedalam kulit memberi kesan kulit lebih segar.

Hasil Fresh Calming – Morning Mask?

Sejak hari pertama penulis mencubanya, memang terdapat perbezaan yang ketara. Kulit penulis jenis kombinasi berminyak dibahagian pipi dan dahi. Jadi penulis sentiasa menggunakan produk mekap jenis matte berbanding biasa. Namun sejak penulis memasukkan Morning Mask pada rutin prep, penulis tidak ragu-ragu untuk mencuba bedak asas jenis cushion yang kita semua tahu memberi hasil muka glowing dan ya sangat tidak sesuai untuk mereka yang kulit berminyak. 

Lee Sung Kyung, duta produk Laneige Fresh Calming. Foto – Pamper.my

Berfungsi sebagai meredakan segala masalah kulit, ia mengunci kelembapan kulit dan sapuan bb cushion lebih sekata, paling penting mekap jadi tahan lama! Biasanya masuk sahaja waktu tengahari, muka penulis umpama kuali yang penuh minyak untuk menggoreng. 

Tapi sekarang dengan Morning Mask kawalan minyak dimuka penulis lebih optimum dan nak pakai bb cushion pun dah berani! 

Cara pakai Fresh Calming – Morning Mask dari penulis

  1. Selepas selesai langkah toner dan melembab, pam mousse Morning Mask diatas tapak tangan
  2. Sapukan mousse pada seluruh muka dan tepuk perlahan-lahan untuk serapan
  3. Anda boleh terus menyapu bedak asas dan bersolek seperti biasa atau
  4. Penulis menambah primer sebagai langkah terakhir untuk memastikan solekan kekal lama
Foto – arkib Wanista.com

Penulis mengesyorkan produk ini untuk anda yang mengalami masalah kulit berminyak atau kombinasi dan yang paling best ia langsung tidak mengandungi sebarang minyak, sumber dari haiwan atau kimia berbahaya. Semuanya semulajadi untuk kulit yang sihat berseri. 

Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai produk Laneige rangkaian Fresh Calming, baca di https://www.wanista.com/2017/131384/khasiat-laici-air-laut-bergabung-dalam-botol-ombre-dari-laneige/.

Selamat mencuba!

2018/01/03/wanista-dah-cuba-produk-korea-ini-buat-mekap-tahan-lama-dan-berseri-4/

Comments

Popular posts from this blog

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda

[ Review & Tutorial Solekan ] Berus Real Techniques By Samantha Chapman & Kosmetik NYX

Baru-baru ini penulis telah diberikan set berus solekan Real Techniques By Samantha Chapman dari rakan penulis yang menjual produk ini secara online di Instagram iaitu Makeup_Department   . Untuk pengetahuan pembaca, Samantha Chapman merupakan jurusolek profesional dan beliau telah mencipta berus solekan yang amat eksklusif dan menarik yang boleh dibeli secara set ataupun berasingan. Kali ini penulis ingin membuat review dan tutorial solekan mengunakan  Real Techniques By Samantha Chapman : On Location , The Travel Essentials mengandungi tiga jenis berus iaitu Multi Task Brush, Essential Foundation Brush dan Domed Shadow Brush.  Berus solekan dari Real Techniques ini dibezakan mengikut warna pemegang dan setiap pemegang berus telah dilabel supaya pengguna mudah untuk menggunakannya. Berikut adalah jenis berus dan cara penggunaannya : Multi Task Brush Direka untuk digunakan bersama serbuk pemerah pipi , loose powder dan bronzer wajah. Dengan kepala yang bulat tetapi padat , berus i