Skip to main content

[ Kecantikan ] Review Koleksi Mekap Terkini RMK Power of Love AW2014

featured image

IMG_6351 (1)

Penulis berpeluang untuk menghadiri sesi perkenalan koleksi alat solek terkini dari jenama RMK iaitu RMK Power Of Love AW2014 Collection di Publika, Kuala Lumpur minggu lepas.

Ms. Lee Yoke May, GM of RMK with models (2)

Makeup demo by Taki Chegne

Koleksi alat solekan RMK untuk musim ini menampilkan dua tekstur berbeza iaitu Matte dan juga Bersinar yang membolehkan wanita bereksperimentasi dengan mood mekap berbeza.

RMK Power of Love AW2014

rmk-power-of-love

RMK Matte Shiny Eye Pencil

RMK Power of Love-3

Mempunyai 6 warna berbeza yang mempunyai dwifungsi iaitu krayon matte dengan juga aplikator felt untuk memberi kesan bersinar pada mata. ( Warna pilihan : Green Black, Navy, Burgundy, Grayish Brown, Brown dan Shiny Black )

RMK Matte Shiny Cheeks

RMK Power of Love

Koleksi edisi terhad ini mempunyai kombinasi dua warna berbeza yang menggunakan tekstur matte dan juga bersinar. Motif berbentuk hati ini akan memberikan anda senyuman tatkala mengenakan produk Shiny Cheeks ini. Dengan menggabungkan dua warna ini, ia akan memberikan impak kontur pada pipi anda.

Ia mempunyai empat gabungan warna berbeza iaitu Natural Bronze, Bright Orange, Light Pink dan juga Dark Bronze. Bagi yang inginkan solekan natural, anda boleh memilih Natural Bronze adan juga Dark Bronze. Bright Orange akan memberikan impak warna lebih ceria manakala Light Pink akan memberikan wajah anda solekan lebih seksi dan manis.

RMK Matte Mascara

RMK Power of Love-2

Maskara ini mengunakan ‘W brush’ untuk memberikan volume pada bulu mata anda dan juga kesan matte maskara memberikan kesan bulu mata lebih panjang. Mempunyai 4 warna berbeza iaitu Black, Brown, Navy dan Burgundy.

RMK Shiny Sheer Gloss

Mempunyai 3 warna pilihan iaitu Coral, Rose dan Dark Beige. Ia membeli impak tekstur lembut apabila disapukan pada bibir anda. Coral untuk wajah lebih segar, Rose untuk bibir lebih elegan dan Dark Beige untuk kelihatan feminin.

RMK Nail Color EX

RMK Power of Love-4

Mempunyai pilihan warna dengan tekstur berbeza iaitu Matte dan Shining. Terdapat 5 warna berbeza iaitu Shiny Navy, Shiny Burgundy, Shiny Pink, Matte Red dan Matte Beige.

RMK W Eyebrow ( powder ) dan RMK W Eyebrow ( Pencil )

Setiap jenis mempunyai 3 pilihan warna berbeza tetapi fungsi yang sama iaitu setiap produk adalah dwifungsi. Anda boleh membuat pilihan warna sendiri mengikut kesukaan anda dan mendapatkan warna kening lebih dramatik dan sesuai dengan acara yang anda hadiri.

RMK Powder Eyebrow N

RMK Power of Love-5

Produk popular dari RMK ini dilengkapi dengan 3 warna berbeza yang boleh dikombinasikan untuk menghasilkan warna berbeza pada kening sesuai dengan tempat yang anda ingin pergi. Warna yang digunakan telah diberi nafas baru untuk memudahkan ia dicampurkan dan seusia dengan warna kulit anda.

RMK Eyebrow Gel

Produk ini adalaha maskara mengunakan bahan gel untuk memberikan kesan tahan lama penggunaan pada kening anda. Selepas menggunakan Powder Eyebrow dan Eyebrow Pencil, sapukan sedikit Eyebrow Gel ini pada kening. Berus produk ini dapat memberikan kesan perincian pada bulu kening anda.

RMK Ingenious Powder Eyes N

Ia datang dengan dua warna berbeza iaitu Shiny Navy dan Shiny Burgundy. Pembayang mata ini mempunyai efek berkilau yang sesuai dipakai pada acara malam untuk menonjolkan mata anda yang seksi itu!

RMK Ingenious Powder Cheek N

Ia menggunakan ‘polarised pearls’ untuk memberikan kesan bersinar pada pipi anda. Warna ‘Orange Gold’ memberikan impak natural tetapi segar manakala warna ‘Pink Gold’ memberikan wajah lebih sofistikated tetapi feminin pada masa yang sama.

RMK Creamy Foundation N

Produk ini juga merupakan produk popular dari jenama RMK yang mengandungi Minyak Argan, Shea Butter, Bilberry Extract, Citrus Aurantium Amara, Rice Bran Extract dan Stretch Film. Produk ini didatangkan dengan 7 warna berbeza dan mengandungi SPF28 PA++ yang memberikan sapuan rata pada wajah dengan kesan matte juga. Untuk memakai produk ini, sapukan krim primer pada wajah terlebih dahulu kemudna sapukan RMK Creamy Foundation N bermula dari bahagian hidunga ke bahagian luar wajah.

2018/01/03/kecantikan-review-koleksi-mekap-terkini-rmk-power-of-love-aw2014-2/

Comments

Popular posts from this blog

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda

[ Review & Tutorial Solekan ] Berus Real Techniques By Samantha Chapman & Kosmetik NYX

Baru-baru ini penulis telah diberikan set berus solekan Real Techniques By Samantha Chapman dari rakan penulis yang menjual produk ini secara online di Instagram iaitu Makeup_Department   . Untuk pengetahuan pembaca, Samantha Chapman merupakan jurusolek profesional dan beliau telah mencipta berus solekan yang amat eksklusif dan menarik yang boleh dibeli secara set ataupun berasingan. Kali ini penulis ingin membuat review dan tutorial solekan mengunakan  Real Techniques By Samantha Chapman : On Location , The Travel Essentials mengandungi tiga jenis berus iaitu Multi Task Brush, Essential Foundation Brush dan Domed Shadow Brush.  Berus solekan dari Real Techniques ini dibezakan mengikut warna pemegang dan setiap pemegang berus telah dilabel supaya pengguna mudah untuk menggunakannya. Berikut adalah jenis berus dan cara penggunaannya : Multi Task Brush Direka untuk digunakan bersama serbuk pemerah pipi , loose powder dan bronzer wajah. Dengan kepala yang bulat tetapi padat , berus i