Skip to main content

Inginkan Kulit Wajah Sempurna? Melasleep Whitening Blemish Balm Cream Jawapannya

featured image

Melasleep Whitening Blemish Balm Cream (Ivory)

Melasleep Whitening Blemish Balm Cream, konsep kosmetologi yang baru memberi kesan pemutihan dan membaik pulih kulit yang sangat efektif malah menjadikan kulit kelihatan lebih sempurna.

Krim BB adalah singkatan untuk Blemish Balm Cream, yang asalnya merupakan, “Krim Membaik Pulih Parut”, yang dibangunkan oleh pakar-pakar Jerman untuk digunakan dalam bidang perubatan kosmeseutikal bagi tujuan-tujuan pengunaan selepas rawatan kecantikan, tidak hanya untuk menyembunyikan kecacatan kulit, tetapi juga untuk membaik pulih kulit yang rosak.

Dengan hanya satu botol, penjagaan kulit dan penggunaan bedak asas boleh dilakukan dengan hanya satu langkah sahaja, memudahkan prosedur pemakaian solekan yang kompleks, di mana ia adalah lebih sesuai untuk wanita metropolitan yang sibuk.

FOR BELOVED ONE telah melancarkan krim BB yang pertama “Melasleep Whitening Blemish Balm Cream” di Taiwan, dihasilkan khas untuk kulit dan keutamaan wanita di Asia.

Bahan-bahan pemutihan kulit berkesan yang memanjakan kulit anda sepanjang masa menjadikan kulit kelihatan lebih putih dan sempurna setiap hari.

Lumiskin™ – Melanin Hipnotisme

Ramuan paten pemutihan Lumiskin™ yang juga digelar sebagai “Melanin Hipnotisme”, boleh memberi kesan terhadap pembentukan melanin dan menjadikan tyrosinase berada dalam keadaan “tidak aktif”, seperti haiwan dalam keadaan hibernasi. Membuat tyrosinase kekal dalam keadaan tidur adalah satu cara yang berkesan dan selamat untuk menghentikan pembentukan melanin dari akar umbinya. Ia adalah lebih berkesan berbanding dengan bahan-bahan pemutih tradisional yang menghalang tyrosinase yang telah pun diaktifkan. Malahan, ia tidak secara langsung merosakkan fungsi pembentukan melanin pada sel-sel dan oleh itu telah diterima secara meluas oleh kosmetologis dan dermatologi.

Derivatif Vitamin C

Derivatif Vitamin C adalah ramuan pemutihan paling sederhana dan selamat yang diluluskan oleh Jabatan Kesihatan. Ia adalah sangat stabil dan akan bertukar menjadi vitamin C tulen apabila ia diserap ke dalam kulit serta dapat menghalang dan menukar proses pembentukan melanin secara berkesan. Ia berfungsi dalam mencegah dan membaik pulih kulit, mempunyai pelbagai fungsi seperti anti-pengoksidaan, meningkatkan keanjalan kulit dan anti-penuaan.

Minyak Bunga Mawar

Sejenis minyak sayur-sayuran yang dihasilkan daripada kaedah pengilangan sejuk, Minyak Bunga Mawar adalah kaya dengan protein, mineral, vitamin E semulajadi, vitamin B kompleks, mengandungi dos vitamin C yang tinggi dan merupakan nutrien yang diperlukan untuk sintesis membran sel. Ia meningkatkan pertumbuhan semula sel-sel dan menyembuhkan luka-luka, membaik pulih kulit yang rosak serta meningkatkan keanjalan kulit; di samping itu, ia juga menggalakkan aktiviti sel-sel epidermis untuk meningkatkan pertumbuhan semula kulit dan keupayaan pembaharuan kulit yang secara berkesan mengurangkan garis-garis halus, memutihkan dan mencerahkan bintik-bintik hitam, mengembalikan keseimbangan yang optimum di antara asid lemak, melembapkan kulit yang kering dan memberikan pelbagai nutrien dan perlindungan pada kulit.

Ekstrak Bali

Membantu mencerahkan bintik-bintik hitam, menghalang pigmentasi, dan mengawal metabolisme kulit, memulihkan kitaran metabolisme kulit dan meneutralkan kesan merah pada kulit akibat kerengsaan, mencegah kulit dari masalah kekasaran dan jerawat; mengembalikan kulit yang licin dan sihat, serta menjadikan kulit kelihatan lebih putih dan berseri.

Allantoin

Allantoin dikenali sebagai “agen membaik pulih kulit secara semula jadi” kerana ia boleh merangsang pertumbuhan semula sel, mengurangkan alahan kulit, meningkatkan kelembapan kulit, menjadikan kulit licin, lembap dan lembut. Di samping itu, urea dalam allantoin memberi kesan anti-bakteria dan menenangkan, menjadikan kulit kelihatan halus dan licin.

Ekstrak Pokok Akar Manis

Sejenis sebatian tumbuhan berharga yang melegakan ketidakselesaan kulit akibat rangsangan berbahaya. Ia melemahkan sensitiviti keratinosit, mengurangkan kerengsaan kulit, memberi kesan penyembuhan dan kesan yang menenangkan, di samping meningkatkan sistem imuniti kulit.

Bisabolol

Diekstrak daripada Chamomile, sejenis bahan anti alahan dan anti radang yang semulajadi; ia adalah selamat dan tiada iritasi, menggalakkan penyembuhan luka, dan adalah anti-radang, anti-bakteria serta memperbaiki keadaan alergi.

Langkah penggunaan

  • Selepas penggunaan produk-produk penjagaan kulit yang asas, sapu krim BB dengan jumlah yang dikehendaki dan ratakan pada kulit secara seimbang.
  • Bagi mereka yang perlu keluar secara tergesa-gesa, tetapi tidak mahu melalui prosedur pemakaian solekan yang menyeluruh, gunakan Melasleep Whitening Blemish Balm Cream untuk mendapatkan kulit wajah yang sempurna dan semulajadi.

Harga

  • Melasleep Whitening Blemish Balm Cream 50ml/setiap satu, RM115
  • Melasleep Whitening Blemish Balm Cream (Ivory) 50ml/setiap satu, RM115
2018/01/03/inginkan-kulit-wajah-sempurna-melasleep-whitening-blemish-balm-cream-jawapannya-4/

Comments

Popular posts from this blog

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda

[ Review & Tutorial Solekan ] Berus Real Techniques By Samantha Chapman & Kosmetik NYX

Baru-baru ini penulis telah diberikan set berus solekan Real Techniques By Samantha Chapman dari rakan penulis yang menjual produk ini secara online di Instagram iaitu Makeup_Department   . Untuk pengetahuan pembaca, Samantha Chapman merupakan jurusolek profesional dan beliau telah mencipta berus solekan yang amat eksklusif dan menarik yang boleh dibeli secara set ataupun berasingan. Kali ini penulis ingin membuat review dan tutorial solekan mengunakan  Real Techniques By Samantha Chapman : On Location , The Travel Essentials mengandungi tiga jenis berus iaitu Multi Task Brush, Essential Foundation Brush dan Domed Shadow Brush.  Berus solekan dari Real Techniques ini dibezakan mengikut warna pemegang dan setiap pemegang berus telah dilabel supaya pengguna mudah untuk menggunakannya. Berikut adalah jenis berus dan cara penggunaannya : Multi Task Brush Direka untuk digunakan bersama serbuk pemerah pipi , loose powder dan bronzer wajah. Dengan kepala yang bulat tetapi padat , berus i