Skip to main content

[ Review & Tutorial Solekan ] Berus Real Techniques By Samantha Chapman & Kosmetik NYX

featured image

20140106-133357.jpg

Baru-baru ini penulis telah diberikan set berus solekan Real Techniques By Samantha Chapman dari rakan penulis yang menjual produk ini secara online di Instagram iaitu Makeup_Department . Untuk pengetahuan pembaca, Samantha Chapman merupakan jurusolek profesional dan beliau telah mencipta berus solekan yang amat eksklusif dan menarik yang boleh dibeli secara set ataupun berasingan. Kali ini penulis ingin membuat review dan tutorial solekan mengunakan Real Techniques By Samantha Chapman : On Location , The Travel Essentials mengandungi tiga jenis berus iaitu Multi Task Brush, Essential Foundation Brush dan Domed Shadow Brush. 

DSC_0237

Berus solekan dari Real Techniques ini dibezakan mengikut warna pemegang dan setiap pemegang berus telah dilabel supaya pengguna mudah untuk menggunakannya. Berikut adalah jenis berus dan cara penggunaannya :

Multi Task Brush

Direka untuk digunakan bersama serbuk pemerah pipi , loose powder dan bronzer wajah. Dengan kepala yang bulat tetapi padat , berus ini adalah sempurna untuk apa-apa jenis kosmetik dari jenis serbuk dan solekan tampak lebih sekata di wajah.

Essential Foundation Brush

Digunakan bersama concealer ataupun bedak asas dalam bentuk cecair. Ia tidak terlalu besar, tidak terlalu kecil, dengan bulu yang amat padat yang mempunyai pergerakan yang cukup serta membolehkan anda bukan sahaja menyapukan bedak asas cecair anda dengan berus ini, tetapi juga buff kan pada wajah untuk kemasan yang sempurna.

Domed Shadow Brush

Adalah berus pelbagai guna yang hebat. Ia boleh digunakan untuk solekan mata,  menonjolkan tulang kening dan juga menambah definisi dan mendalam untuk solekan mata anda. Ia mempunyai reka bentuk tirus dan adalah sama dengan Base Shadow Brush. Apabila menggunakan berus ini, solekan mata anda akan nampak lebih menyerlah dan amat sekata.

Perbezaan solekan menggunakan  Real Techniques By Samantha Chapman : On Location , The Travel Essentials Brushes berbanding berus solekan biasa.

20140106-133228.jpg

photo 2

Di dalam tutorial solekan di bawah, penulis menggunakan produk :

1. Real Techniques By Samantha Chapman : On Location , The Travel Essentials Brushes

2. Bibir : Gincu NYX

NYX Round Lipstick in MIRACLE

NYX Round Lipstick in Pumpkin Pie

NYX Soft Matte Lip Cream Addis Ababa

NYX Soft Matte Lip Cream Antwerp

NYX Lip liner

3. Solekan mata : NAKED Urban Decay

4. Concealer : NYX Concealer Cache-Cernes

5. Bedak asas cecair : Clinique Moisture Surge CC Cream

5. Bedak padat : MAC Studio Fix NC35

6. Maskara : Benefit They’re Real!

7.Pelembap bibir : Jelly Pong Pong Lip Blush

8. Eyeliner : Waterproof Eyeliner Clio Professional

9. Pemerah Pipi : NARS x Guy Bourdin Coeur Battant

DSC_0034

Tutorial bergambar 

1. Gunakan Real Techniques Essential Foundation Brush untuk menyapu foundation, concealer pada wajah. Sapukan hingga sekata pada kulit.

DSC_0008

2. Dengan menggunakan Real Techniques Multi Task Brush, sapukan bedak padat secara membulat pada wajah secara lembut.

20140106-133331.jpg

3. Gunakan berus yang sama dan sapukan pemerah pipi dengan menekan berus pada tulang pipi secara lembut.

4. Untuk solekan mata, sapukan bedak asas pada mata dan gunakan berus Real Techniques  Domes Shadow Brush. gunakan warna Urban Decay Virgin dan sapukan ke seluruh mata.

20140106-133244.jpg

Tambah pembayang mata gelap Darkhorse yang dicampurkan dengan Creep untuk menambah definisi pada solekan mata. Jika anda mahu kelihatan lebih glamor, gunakan warna Half Baked di hujung mata ( berdekatan tulang hidung ).  Sapukan juga di kawasan bawah mata untuk menambahkan seri.

20140106-133257.jpg

20140106-133339.jpg

5. Sapukan eyeliner dan maskara serta bersihkan solekan yang tidak sekata dengan menggunakan kapas lembut.

20140106-133250.jpg

20140106-133303.jpg

20140106-133319.jpg

6. Untuk solekan bibir, pastikan anda buang terlebih dahulu kulit bibir yang merekah dan sapukan pelembap bibir. Kemudian pakai lipliner di garisan hujung bibir supaya apabila gincu dipakai, solekan nampak sekata.

DSC_0025

DSC_0026

Dan inilah hasil akhirnya

DSC_0032

Gincu berbeza

NYX Round Lipstick in Pumpkin Pie
NYX Round Lipstick in Pumpkin Pie
NYX Soft Matte Lip Cream Antwerp
NYX Soft Matte Lip Cream Antwerp
NYX Soft Matte Lip Cream Addis Ababa
NYX Soft Matte Lip Cream Addis Ababa
NYX Round Lipstick in MIRACLE
NYX Round Lipstick in MIRACLE

Beli produk NYX dan berus Real Techniques By Samantha Chapman

Jika anda mahu mendapatkan berus solekan Real Techniques By Samantha Chapman dan juga alat solek dari jenama NYX termasuklah gincu, makeup bag, eyeshadow palette, liquid foundation dan banyak lagi  yang original dengan harga yang murah, anda boleh lawati laman sosial Instagram Makeup_Department atau telefon/hantar pesanan ringkas di +60162152524. Selamat mencuba! 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2018/01/03/review-tutorial-solekan-berus-real-techniques-by-samantha-chapman-kosmetik-nyx-2/

Comments

Popular posts from this blog

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda