Bedak asas apa pula yang penulis suruh anda cuba kali ini? Sampaikan harga sehingga RM145?!
Jangan terkejut selain bedak asas Fenty Beauty sebelum ini pun masih banyak lagi jenama lain yang mengeluarkan harga bedak asas yang mencecah harga beratus ringgit. Yup, Fenty Beauty! Penulis sudah benar-benar jatuh cinta dengan foundation yang benar-benar menukar wajah penulis bak porselin. Tak percaya? Ikuti review ringkas penulis mengenai bedak asas atau foundation Fenty Beauty by Rihanna.
Mengejutkan dunia apabila Rihanna mengeluarkan set bedak asas yang mempunyai 40 pilihan warna berdasarkan semua jenis warna dan yang paling menarik ialah kualiti yang sangat terjamin.
Harga yang berbaloi
Kenapa penulis kata RM145 untuk foundation 32ml berbaloi?
#1 ESTÉE LAUDER Double Wear Stay-In-Place Makeup SPF 10 30ml RM175
#2 TOO FACED Born This Way Foundation 30ml RM152
#3 TARTE Water Foundation SPF 15 30ml RM164
Tepuk dada, tanya selera.
Litupan yang sempurna
Dua pump sahaja dah cukup untuk litupan penuh, siapa yang banyak parut jerawat seperti penulis memang akan rasa kagum sekali. Tekstur foundation agak cair dan mudah untuk disapu rata pada keseluruhan wajah. Kalau untuk mekap ringkas, anda tak perlu tambah concealer hanya satu pump sahaja dah cukup. Siapa yang muka berminyak sama seperti penulis, jangan risau selama 8-10 jam foundation masih tampak flawless! Lagi terbaik kalau anda pakai bersama dengan primer, masalah foundation bercapuk, cair dan bertompok memang tiada.
Memahami pengguna
Bagi penulis mekap adalah suatu yang peribadi pada setiap individu. Keluaran 40 warna bedak asas dari Fenty Beauty membuatkan peminat mekap rasa dihargai tidak kira dimana. siapa dan beza warna kulit. Harga jualannya juga sangat berbaloi bersama rekaan botol yang tampak chic dan mewah. Jadi pelaburan duit anda tidak rugi untuk Fenty Beauty.
Penulis tidak minta anda beli tapi cuba dahulu di kaunter Sephora terdekat anda dan rasai perbezaanya!
Comments
Post a Comment