Skip to main content

Lawan Jerawat Dengan OXY Formula Acnoplex Baru

featured image

oxy

Berita baik bagi mereka yang mengalami masalah kulit berjerawat! OXY mempunyai penyelesaian baru dan berkesan untuk melawan jerawat dan cela, pada masa yang sama memperbaiki keadaan kulit anda untuk kulit yang lebih jernih, licin dan sihat.

Memperkenalkan formula OXY Acnoplex baru, dengan 4X kuasa melawan jerawat untuk membantu mengekalkan kulit yang licin dan bebas cela dengan 4 tindakan:

1. Melawan Jerawat – Mengandungi Isopropyl Methylphenol & Asid Salisilik yang membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati, dan menembusi jauh ke dalam liang roma untuk membersihkan liang pori dan melawan jerawat.

2. Mencerahkan Parut Jerawat – Dengan ekstrak Cantella Asiatica untuk membantu mencerahkan parut jerawat dan bintik gelap serta mengaktifkan sel kulit untuk penampilan yang lebih segar.

3. Kawalan Minyak – dengan 5α Avocuta (ekstrak buah Alpukat) untuk mengawal rembesan minyak yang berlebihan namun lembut pada kulit. Minyak berlebihan pada kulit boleh memerangkap kotoran dan menyumbat liang pori yang boleh menyebabkan jerawat.

4. Penghidratan – dengan Minyak Zaitun dan Ekstrak Rumpai Laut yang mempunyai faedah lembapan untuk melegakan kulit kering dari dalam liang pori dan mengekalkan keseimbangan lembapan. Keseimbangan lembapan kulit akan membantu mengeimbangkan air dan minyak pada kulit dan justeru dapat mengawal pengeluaran sebum/minyak yang berlebihan.

Rangkaian OXY Formula Acnoplex terdiri daripada:

Deep Cleansing Wash, 50g & 100g (RM8.50 & RM 13.90)

Screen Shot 2015-01-12 at 1.59.30 PM

Acne Control Whitening Wash, 50g & 100g (RM8.50 & RM 13.90)

Screen Shot 2015-01-12 at 1.59.26 PM

Acne Control Toner, 150 ml (RM 13.90)

Screen Shot 2015-01-12 at 1.59.21 PM

Acne Control Moisturizer, 45g (RM 14.90)

Screen Shot 2015-01-12 at 1.59.18 PM

2018/01/03/lawan-jerawat-dengan-oxy-formula-acnoplex-baru-3/

Comments

Popular posts from this blog

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul...

[REVIEW] 2 Keajaiban Berlaku Bila Korang Guna Produk Rambut Ni!

Aperio Natural adalah jenama penjagaan kecantikan yang perpangkalan di California sejak tahun 2008. Berinspirasikan daripada amalan masyarakat setempat Saratoga yang gemar menikmati gaya hidup yang dikelilingi suasana alam semula jadi, Aperio Natural  adalah dirumus khusus menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan produk terbaik berasaskan tumbuh-tumbuhan organik termasuk floral, herba dan buah-buahan. Mempercayai produk yang mengutamakan bahan yang dituai segar daripada alam semula jadi mampu memelihara kecantikan serta memulihkan permasalahan kulit dan rambut, Aperio Natural komited untuk memenuhi keperluan semua jenis individu. Hampir tiga minggu penulis berpeluang mencuba sendiri syampu dan perapi rambut daripada rangkaian Cherry Blossom inovasi Aperio Natural ini dan hasilnya rambut jadi lebih ringan dan tidak kusut. Cherry Blossom Radiance Shampoo (500ml): RM126 Tidak seperti syampu lain, Aperio Natural Cherry Blossom Radiance Shampoo tidak menjadikan rambut kering se...

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda...