Skip to main content

Sesi Memanjakan Diri Bersama Rangkaian Penjagaan Wajah Aesop

featured image

Berapa ramai diantara anda yang mengalami masalah kulit? Kulit kusam, kering, tidak bermaya, berjerawat, berminyak dan macam-macam lagi.

Apa yang anda tidak tahu, kondisi cuaca yang dialami oleh negara kita dimana ianya panas sepanjang tahun ini, ditambah pula dengan pencemaran udara yang semakin menjadi-jadi adalah faktor utama yang menyumbang kepada keadaan kulit bermasalah. Oleh itu, adalah lebih baik untuk mula mencegah daripada memulih.

Antara produk Aesop yang dipamerkan. Foto -Afiqah Syamin
Antara produk Aesop yang dipamerkan. Foto -Afiqah Syamin

Aesop, sebuah jenama produk penjagaan muka, badan dan rambut yang berasaskan bahan organik dan dijana dari dalam makmal ini sememangnya sudah tidak asing lagi di mata individu yang amat menitik-beratkan keharmonian gabungan kandungan bahan sesuatu produk agar tidak mengundang bahana kepada kesihatan dan diri sendiri.

Aesop mengutamakan ramuan yang eksklusif, terdiri daripada bahan tumbuhan dan zat-zat galian terbaik untuk dinikmati para pengguna.

Foto -Afiqah Syamin
Foto -Afiqah Syamin

Siapa sangka, syarikat yang berpangkalan di Melbourne, Australia ini telah menempa nama dalam dunia kecantikan lebih dari 28 tahun. Aesop sentiasa arif dan giat menjalankan kajian terperinci bagi mencipta gabungan ramuan khas yang berkualiti agar dapat memberi hasil yang unggul kepada para penggunanya.

Dari cecair penanggal makeup, hinggalah kepada pencuci muka, pes skrub, mask, toner, seterusnya krim pelembap dan pelindung adalah kombo yang lengkap untuk anda yang sering butuhkan kulit sihat mempersona.

Penulis dapat alami sendiri keberkesanan produk walaupun baharu sahaja pertama kali menggunakannya.

Antara ruangan pameran menarik yang menjadi perhatian pengunjung di Snackfood, Bangsar. Foto -derigr.com
Antara ruangan pameran menarik yang menjadi perhatian pengunjung di Snackfood, Bangsar. Foto -derigr.com

 

20151015104748
Setiap ruangan kedai yang berinspirasikan gaya hipster ini dipenuhi dekorasi dan barangan jualan yang eksentrik dan unik. Foto -Afiqah Syamin

 

20151015105918
Oh! Dan buat anda yang mencintai kucing. Pemilik Snackfood ada membela kucing berbulu tebal disini. Mesra dan manja dengan para pengunjung, comel! Foto -Afiqah Syamin

Tempoh hari, bertempat di Snakfood Bangsar, Kuala Lumpur, satu bengkel amali dermatologi bersama rangkaian penjagaan wajah anjuran Aesop telah berlangsung. Turut serta adalah para pengamal media dan blogger tanah air.

20151015110328
Susunan perkakas bengkel amali yang rapi, disertai hidangan teh istimewa oleh Aesop untuk membasahkan tekak. Foto -Afiqah Syamin

 

20151015110341
Kertas preskripsi dan analisa produk yang sesuai dengan masalah kulit kering penulis, atas nasihat dan bimbingan Raymond Chua. Foto -Afiqah Syamin

Wajah dikenali sebagai zon kulit yang paling sensitif berbanding bahagian badan yang lain, oleh itu bagi mendapatkan hasil yang diidamkan, setiap seorang daripada peserta telah mendapat preskripsi khas daripada koordinator prestasi dan latihan runcit Aesop, Raymond Chua dan Ahli Kimia daripada Jabatan Penyelidikan dan Pembanganan Aesop yang diterbangkan jauh dari Australia. Mereka bersama-sama berkolaborasi bagi memberi tunjuk ajar langkah demi langkah bagaimana untuk menggunakan rangkaian produk berkenaan secara teratur.

1
Sapuan rata disusuli urutan lembut keatas muka boleh melancarkan peredaran darah. Antara rangkaian penjagaan wajah yang disyorkan kepada penulis, khas untuk kulit jenis kering. 1.Purifying Facial Cream Cleanser 2. Purifying Facial Exfoliant Paste 3.Chamomile Concerntrate 4. Parsley Seed Anti-Oxidant Facial Toner. Foto -Arkib Wanista

Cara yang betul bisa memberi kesan yang lebih bermanfaat kepada pengguna. Produk yang digunakan ketika sesi amali juga adalah mengikut kesesuaian wajah penulis sendiri agar ianya serasi seterusnya memberi tindak-balas yang positif keatas kulit.

20151015114542
Untuk mengelak daripada serangan bakteria, kebiasaannya produk yang digunakan keatas muka haruslah diambil menggunakan spatula kecil atau kayu aiskrim seperti didalam gambar. Jari-jemari dikhuatiri akan menyebar kuman terhadap kondisi krim atau produk di dalam bekas. Foto -Afiqah Syamin

Tidak dinafikan, produk telah berjaya mengekalkan tahap kelembapan kulit sehingga 99% sepanjang hari. Walaupun pada hakikatnya penulis perlu mengharungi keadaan cuaca yang begitu panas ketika itu, hasilnya, muka terasa begitu segar, mulus dan gebu tanpa sebarang penghasilan minyak sebum berlebihan malah, tidak juga kering.

Tiada masalah untuk wanita yang memakai alat solek setiap hari kerana penggunaan rangkaian Aesop tidak langsung akan menjejaskan dandanan anda, sebaliknya, ia dapat menjadi makeup-base yang terbaik kerana tekstur produk adalah mudah diserap hingga ke lapisan paling bawah kulit selain tidak melekit. Terbaik! Aesop sesuai untuk semua jenis kulit.

2
Harus dipastikan agar muka bersih tanpa sebarang kotoran mahupun debu sebelum memakai sebarang rangkaian penjagaan muka agar senang produk menembusi liang pori. 5. Camelia Nut Facial Hydrating Cream 6.Parsley Seed Anti-Oxidant Eye Cream 7. Perfect Facial Hydrating Cream 8. Damascan Rose Facial Treatment. Foto -Arkib Wanista

Di akhir hari, wakil para media yang hadir pulang dengan wajah berseri-seri bagai dipancar cahaya malar bulan. Jika anda gemarkan bau-bauan herba bak aromaterapi yang menenangkan, Aesop adalah pilihan yang paling sempurna!

Tidak salah jika anda melaburkan sedikit wang untuk membeli produk yang berpaksikan alam semula-jadi kerana sejak dari zaman nenek moyang kita dahulu, mereka telah pun mengamalkan petua-petua kecantikan berasaskan ramuan herba dan tumbuh-tumbuhan yang kaya dengan pelbagai khasiat serta manfaat kesihatan.

Terima kasih Aesop kerana begitu cenderung untuk berkongsi ilmu dalam cara penggunaan rangkaian penjagaan wajah secara teratur bersama kami. Diharap empayar Aesop akan terus berkembang di masa hadapan dengan penemuan-penemuan baharu yang lebih saintifik agar sentiasa berdiri dihadapan bagi memenuhi keperluan harian kulit manusia sejagat.

Tekstur pes produk yang tidak melekit serta ringan dimuka. Foto -Afiqah Syamin
Tekstur produk Aesop yang tidak melekit serta ringan dimuka. Foto -Afiqah Syamin

Untuk maklumat lanjut berkenaan Aesop atau jika anda berminat untuk membeli  rangkaian penjagaan wajahnya yang begitu halus dan mesra pengguna secara atas talian, sila layari www.aesop.com

2018/01/03/sesi-memanjakan-diri-bersama-rangkaian-penjagaan-wajah-aesop-3/

Comments

Popular posts from this blog

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda

[ Review & Tutorial Solekan ] Berus Real Techniques By Samantha Chapman & Kosmetik NYX

Baru-baru ini penulis telah diberikan set berus solekan Real Techniques By Samantha Chapman dari rakan penulis yang menjual produk ini secara online di Instagram iaitu Makeup_Department   . Untuk pengetahuan pembaca, Samantha Chapman merupakan jurusolek profesional dan beliau telah mencipta berus solekan yang amat eksklusif dan menarik yang boleh dibeli secara set ataupun berasingan. Kali ini penulis ingin membuat review dan tutorial solekan mengunakan  Real Techniques By Samantha Chapman : On Location , The Travel Essentials mengandungi tiga jenis berus iaitu Multi Task Brush, Essential Foundation Brush dan Domed Shadow Brush.  Berus solekan dari Real Techniques ini dibezakan mengikut warna pemegang dan setiap pemegang berus telah dilabel supaya pengguna mudah untuk menggunakannya. Berikut adalah jenis berus dan cara penggunaannya : Multi Task Brush Direka untuk digunakan bersama serbuk pemerah pipi , loose powder dan bronzer wajah. Dengan kepala yang bulat tetapi padat , berus i