Skip to main content

Produk Kecantikan Berasaskan Bunga Ros Dari Crabtree & Evelyn

featured image

photo (28)

Anda peminat bunga mawar? Apa kata anda cuba produk terbaru dari Crabtree & Evelyn ini yang  menggunakan mawar sebagai elemen utama untuk menghasilkan rangkaian produk penjagaan kulit untuk kegunaan harian yang lengkap dan mudah digunakan – Koleksi Penjagaan Kulit Damask Rose. Produk dari Crabtree & Evelyn mampu untuk menukar rutin penjagaan kulit harian yang biasa menjadi pengalaman luar biasa yang menyeronokkan.

Mudah digunakan

Koleksi Penjagaan Kulit Damask Rose daripada Crabtree & Evelyn ini adalah sesuai untuk digunakan setiap hari.  Yang menariknya, ia mengandungi kekayaan alam semula jadi serta mengekalkan teras sejarah Inggerisnya yang kaya, Koleksi Penjagaan Kulit Damask Rose terdiri daripada produk-produk sensasi dengan formula semulajadi– diadunkan dengan bunga ros Damask Perancis Diperkaya dengan campuran tiga bahan botanikal yang melembapkan kulit – bunga ros Damask Perancis, bunga hollyhock dan bunga ros Yerikho yang tahan musim kemarau yang secara lembut menjaga kulit anda dengan berkesan, formula bertekstur yang mewah di dalam Koleksi Penjagaan Kulit Damask Rose melembap secara mendalam, memastikan kulit kering menjadi lebih selesa dan terhidrat.

Rangkaian produk penjagaan kulit yang lengkap ini terdiri daripada pembersih muka, toner, pelembap, krim pembersih solekan, pupur muka sutera dan losyen yang sesuai untuk semua jenis kulit. Dihalusi dengan wangian bunga ros, koleksi penjagaan kulit dengan rumusan yang baru ini membantu untuk mengembalikan keserian kulit, meningkatkan fleksibiliti dan daya tahan kulit serta membantu kulit untuk kelihatan muda berseri serta menjadikan kulit lebih sihat dan sempurna.

Produk-produk dalam Koleksi Penjagaan Kulit Damask Rose boleh didapati di kesemua kedai-kedai Crabtree & Evelyn di seluruh negara bermula pada bulan September 2014. Harga bermula daripada RM75.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, anda boleh layari www.crabtree-evelyn.com.my atau layari Crabtree & Evelyn Malaysia Facebook Fan Page.

Mengenai produk di dalam rangkaian Koleksi Penjagaan Kulit Damask Rose ini :

MEMBERSIH

Selain daripada membersih dan melembutkan kulit, formula bertekstur yang mewah ini diperkaya dengan campuran tiga bahan botanikal yang membantu mengembalikan keserian kulit. Bunga ros Damask Perancis, bunga hollyhock dan bunga ros Yerikho yang tahan musim kemarau berganding untuk melembap secara mendalam, memastikan kulit kering bertukar menjadi lebih selesa dan terhidrat.

1. Krim Pembersih Solekan Yang Lembut / 90g Harga: RM 80

Krim pembersih solekan yang cair apabila dikenakan pada kulit yang hangat, secara lembut membersih kotoran pada kulit secara mendalam serta melegakan, melembutkan dan melembapkan kulit secara mendalam.

2. Pembersih Muka Berasaskan Minyak & Pembersih Solekan Yang Melembut / 100mL Harga: RM 75

Pembersih muka berasaskan minyak yang lengkap serta membersih secara mendalam ini secara semula jadi mengeluarkan kotoran, sisa- sisa dan solekan pada muka, termasuk maskara yang kalis air, sambil menjadikan kulit lebih lembut seperti sutera.

3. Losyen Pembersih Yang Menyegarkan / 100g Harga: RM 75

Pembersih muka yang lembut ini berupaya membersihkan kekotoran pada kulit menjadikan kulit lebih segar dan terhidrat.

MERATAKAN WARNA KULIT

Permukaan kulit dibersih secara lembut dengan air toner yang meratakan warna kulit sambil menanggalkan kotoran dan minyak yang berlebihan. Campuran bahan pelembap yang terdiri daripada bunga ros Damask Perancis, bunga hollyhock dan bunga ros Yerikho, ia membantu untuk meningkatkan fleksibiliti dan daya tahan kulit.

1. Air Toner Yang Melegakan / 150mL Harga: RM 80

Merata dan membersihkan kulit dengan pembaik pulih air toner yang mengandungi wangian bunga ros yang nyaman.

2. Losyen Pembersih Yang Meratakan Warna Kulit / 150mL Harga: RM 75

Melembap dan menyegarkan kulit dengan toner yang lembut ini yang berubah daripada gel menjadi tekstur air yang sejuk.

MELEMBAP

Dalam koleksi produk-produk yang luar biasa ini, pelbagai bahan-bahan semulajadi telah dipilih daripada sumber alam semula jadi yang luas kerana kualitinya yang amat berkesan apabila digunakan dalam produk penjagaan kulit. Bahan utama dalam formula ini adalah bunga ros Damask Perancis, pakar yang terkenal bagi melembapkan kulit serta memulihkan tekstur dan warna kulit. Aureobasidium pullulans menjadikan kulit kelihatan lebih tegang, kaviar hijau padat yang berkhasiat dan tumbuhan sejuk merangsangkan tahap kelembapan kulit.

1. Krim Malam Yang Berkhasiat menjadikan kulit lebih sihat dan muda. / 50mL Harga: RM 150

Sejenis pelembap mewah yang mudah diserap ke dalam kulit, memulih dan melegakan kulit, pada masa yang sama menjadikan kulit lebih sihat, tampak muda.

2. Losyen Pelembap Untuk Sepanjang Hari / 50mL Harga: RM 130

Pelembap yang lembut ini mengandungi pelbagai bahan botanikal yang bermanfaat pada kulit boleh menghidrat kulit selama lebih 36 jam.

3. Losyen Harian Dengan SPF45 PA+++  / 30mL Harga: RM 120

Melembapkan kulit secara halus, licin seperti sutera dan lembut yang juga membantu melindungi kulit.

4. Pupur Muka yang Melembap dan Melegakan Kulit / 5x20mL keping Harga: RM 85

Pupur muka untuk tempoh 10 minit ini membantu untuk melembap, memulih dan mencerahkan kulit secara intensif.

5. Pupur Muka Yang Mengembalikan Kelembapan / 5x20mL keping Harga: RM 85

Pupur muka untuk tempoh 10 minit ini membantu untuk menghidrat kulit dan menjadikan kulit lebih sihat berseri.

2018/01/03/produk-kecantikan-berasaskan-bunga-ros-dari-crabtree-evelyn-3/

Comments

Popular posts from this blog

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda

[ Review & Tutorial Solekan ] Berus Real Techniques By Samantha Chapman & Kosmetik NYX

Baru-baru ini penulis telah diberikan set berus solekan Real Techniques By Samantha Chapman dari rakan penulis yang menjual produk ini secara online di Instagram iaitu Makeup_Department   . Untuk pengetahuan pembaca, Samantha Chapman merupakan jurusolek profesional dan beliau telah mencipta berus solekan yang amat eksklusif dan menarik yang boleh dibeli secara set ataupun berasingan. Kali ini penulis ingin membuat review dan tutorial solekan mengunakan  Real Techniques By Samantha Chapman : On Location , The Travel Essentials mengandungi tiga jenis berus iaitu Multi Task Brush, Essential Foundation Brush dan Domed Shadow Brush.  Berus solekan dari Real Techniques ini dibezakan mengikut warna pemegang dan setiap pemegang berus telah dilabel supaya pengguna mudah untuk menggunakannya. Berikut adalah jenis berus dan cara penggunaannya : Multi Task Brush Direka untuk digunakan bersama serbuk pemerah pipi , loose powder dan bronzer wajah. Dengan kepala yang bulat tetapi padat , berus i