Skip to main content

Review Simpli Dry, The Blow Dry Bar di Batai Village

featured image

Pernah terfikir salon yang hanya menyediakan perkhidmatan wash dan blow? Ataupun wanita yang tidak sempat bersiap ke tempat kerja dapat singgah ke salon yang menyediakan perkhidmatan seperti ini yakni basuh dan kering? Rasanya masih belum ada lagi. 

Disebabkan itu, Simpli Dry, The Blow Dry Bar di Batai Village, Jalan Batai ini memudahkan semua wanita yang berkarier. Apa tidaknya, sebelum anda ingin ke sesuatu tempat, anda boleh singgah ke sini untuk menyiapkan rambut – wash dan blow, langsung tidak memerlukan masa yang lama. Sangat mudah, bukan?

IMG_1510

Simpli Dry memastikan setiap wanita yang datang, keluar dengan penampilan cukup anggun dan berseri. Untuk makluman anda, Simpli Dry merupakan sebuah ‘blow dry bar’ yang meyediakan perkhidmatan mencuci dan mengeringkan, serta manicure dan pedicure.

Jadi, jika anda bergegas ke mesyuarat awal pagi ataupun ingin ke majlis penting, Simpli Dry adalah tempat terbaik untuk menjadikan anda kelihatan rapi dengan cepat semasa membuat rawatan yang berkualiti daripada para profesional di sana. 

IMG_1507

Selain itu, Simpli Dry juga mempunyai suasana premium cukup sempurna dan menenangkan ditambah lagi dengan rona merah jambu yang menghiasi dekorasi salon, cukup menyerlah sekali.

IMG_1508

Hadiah untuk setiap perkhidmatan yang disediakan juga berpatutan.

  • Wash & Blow – RM38
  • Blow Dry Only – RM28
  • Updo – tambahan RM15
  • Treatments – bermula RM50
  • Shoulder Massage 10 min – RM15
  • Scapl Massage 10 min – RM10
  • Basic Manicure – RM35
  • Basic Pedicure – RM45
  • Spa Manicure – RM90
  • Spa Pedicure – RM125
  • Spa Pedicure Mask till Knee – RM175
  • Footlogix Treatment – RM65
  • Colour Gel Hand/Feet – RM60
  • Nail Art – RM3 ke atas
  • 3D Nail Art – RM15 ke atas

IMG_1513

IMG_1509

Simpli Dry merupakan saluran sempurna untuk wanita yang memerlukan rawatan agar kelihatan sempurna. Ia terletak di Batai Village dengan waktu operasi di awal 7.30 pagi – 7:30 petang, pada setiap hari Isnin – Ahad.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Simpli Dry www.simplidry.com atau Facebook Simpli Dry.

2018/01/03/review-simpli-dry-the-blow-dry-bar-di-batai-village/

Comments

Popular posts from this blog

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda...

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul...

[ Review ] Lupakan Mencukur, IPL Brazilian Di STRIP Jadikan ‘Vagina’ Anda Lebih Seksi

Sebagai seorang wanita, kebersihan haruslah diberi perhatian yang sewajarnya lebih-lebih lagi apabila melibatkan bahagian sulit seperti penjagaan vagina.  Ramai yang tidak peka atau mungkin tidak tahu akan betapa pentingkan untuk seseorang memastikan kebersihan alat sulit mereka kerana sedikit-sebanyak ia bisa mempengaruhi soal kesihatan.  Foto -pinterest Aktiviti mencukur sendiri di rumah pastinya agak menyukarkan kerana terdapat bahagian-bahagian yang sukar untuk dilihat dan dicapai terutamanya pada kawasan sekitar “labia” (pelipat vagina) sehingga ke bahagian “crack” (celah punggung). Bahkan, penggunaan pisau cukur biasa sebenarnya kurang sesuai disebabkan faktor yang mungkin menyebabkan jangkitan kuman, radang serta kegatalan. Foto -STRIP Minggu sudah, penulis berpeluang merasai pengalaman untuk melakukan rawatan pembuangan bulu sekitar alat sulit menggunakan kaedah moden profesional iaitu IPL Brazilian di Strip cawangan Bangsar. Buat anda yang baru mengenali STRIP, ia merupaka...