Skip to main content

[ REVIEW ] Rehatkan Tubuh Dan Minda – Pakej Spa Ala Bali Di Rug Gaya Spa

featured image

ruggaya-spa-3

Siapa sangka gadis yang berumur 18 tahun ini merupakan pemilik spa berkonsepkan ala Bali , Rug Gaya Spa yang terletak di Tingkat 5, Star Park Point, Kuala Lumpur ( bersebelahan KL Festival City Mall Setapak )Apabila masuk sahaja ke dalam Rug Gaya Spa, terasa seperti berada di Bali, Indonesia. Dengan alunan muzik yang menenangkan, haruman segar dan suasana yang santai, membuatkan pelanggan yang hadir terasa lebih relaks.

Pemilik bersama Rug Gaya Spa, Sharifah Najua bersama pekerjanya
Pemilik bersama Rug Gaya Spa, Sharifah Najua bersama pekerjanya

Pemiliknya, Sharifah Najua berkata, konsep gaya Bali bagi spa yang beroperasi sejak dua tahun lalu menarik minat golongan muda terutama wanita moden melakukan amalan urutan, rawatan muka, manicure, pedicure dan juga terdapat pakej selepas bersalin untuk mengekalkan kesegaran dan kesihatan tubuh badan.

Pembukaan spa di lokasi baru ini adalah untuk membolehkan pelanggan mendapatkan rawatan spa dengan lebih mudah walaupun berada di tengah bandar raya malah boleh memanjakan diri dengan perkhidmatan rawatan disediakan dengan harga  yang amat murah.

Pakej promosi di sini berharga serendah RM30 untuk manicure dan anda pastinya tidak mahu lepaskan promosi Rawatan Muka dan Urutan Ala Bali serendah RM95. Spa ini juga turut me­nyediakan pakej rawatan untuk bakal raja sehari, rawatan urut untuk ibu selepas bersalin yang berpatutan.

Penulis telah berpeluang untuk mencuba pakej istimewa yang merangkumi rawatan sauna yang disusuli dengan urutan badan selama 1 jam, skrub badan dan mandi susu dengan harga serendah RM100. Skrub badan di Rug Gaya Spa menggunakan bahan yang dihasilkan oleh mereka sendiri dengan menambah elemen moden ke dalam bahan tradisional.

Spa yang dibuka dari jam 10 pagi hingga 8 malam ini mengalu-alukan kedatangan anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari laman sesawang http://ruggayaspa.blogspot.com/ ataupun laman Facebook Rug Gaya Spa dan Instagram @Ruggayaspa

Bagi yang ingin membuat tempahan atau ada sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi  0126990952 (Najua) atau 0122813684 (Datin Sharifah) , Twitter : @snajua

Antara perkhidmatan kecantikan yang disedikan adalah :

ruggaya-spa-11

ruggaya-spa-12

ruggaya-spa-15

ruggaya-spa-4

ruggaya-spa-9

ruggaya-spa-10

ruggaya-spa-5

ruggaya-spa-6

ruggaya-spa-8

ruggaya-spa-7

Di sini juga terdapat pelbagai produk kesihatan berasaskan herba dan produk kecantikan yang dijual dengan harga berpatutan.

ruggaya-spa-13

ruggaya-spa-14

Antara harga menu untuk pakej rawatan spa :

pakej-2

pakej

 

2018/01/03/review-rehatkan-tubuh-dan-minda-pakej-spa-ala-bali-di-rug-gaya-spa/

Comments

Popular posts from this blog

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda...

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul...

[ Review ] Lupakan Mencukur, IPL Brazilian Di STRIP Jadikan ‘Vagina’ Anda Lebih Seksi

Sebagai seorang wanita, kebersihan haruslah diberi perhatian yang sewajarnya lebih-lebih lagi apabila melibatkan bahagian sulit seperti penjagaan vagina.  Ramai yang tidak peka atau mungkin tidak tahu akan betapa pentingkan untuk seseorang memastikan kebersihan alat sulit mereka kerana sedikit-sebanyak ia bisa mempengaruhi soal kesihatan.  Foto -pinterest Aktiviti mencukur sendiri di rumah pastinya agak menyukarkan kerana terdapat bahagian-bahagian yang sukar untuk dilihat dan dicapai terutamanya pada kawasan sekitar “labia” (pelipat vagina) sehingga ke bahagian “crack” (celah punggung). Bahkan, penggunaan pisau cukur biasa sebenarnya kurang sesuai disebabkan faktor yang mungkin menyebabkan jangkitan kuman, radang serta kegatalan. Foto -STRIP Minggu sudah, penulis berpeluang merasai pengalaman untuk melakukan rawatan pembuangan bulu sekitar alat sulit menggunakan kaedah moden profesional iaitu IPL Brazilian di Strip cawangan Bangsar. Buat anda yang baru mengenali STRIP, ia merupaka...