Skip to main content

Bila orang rumah Merajuk, Jangan Diherdik Atau Dimarah. Ambil Peduli & Rawatlah Hatinya!

featured image

Bila isteri merajuk, jangan terus-terus menghukumnya dan jangan sesekali membiarkan dia merajuk lama. Bukan sengaja dia bertindak sebegitu, mungkin ada yang ingin diluahnya tapi tidak diambil peduli.

Para suami, rawatlah hatinya! Jangan dimaki atau diherdik. Dia mungkin perlukan perhatian darimu. Perkongsian Wan Kamarul Wan Salim ini seakan-akan memahami apa yang dirasai oleh para isteri.

“Awak ni memang suka merajuk, kan? Hah, nak merajuk sangat, pergilah awak merajuk seorang-seorang. Menyampah…”

Kedengaran ayat seperti biasa, kan? Tetapi berhati-hati wahai lelaki yang bergelar suami. Ya, merajuk adalah perkara biasa, melayan orang merajuk buang masa. No… no… no…

Seingat kali pertama sewaktu isteri mengalami keguguran. Dengan darah yang membuak-buak keluar, hanya kerana ingin menyelamatkan nyawa khalifah kecil Allah di muka bumi. Saat getir bertarung dengan maut, hanya doa si suami yang didambakan.

Tatkala isteri hampir meroyan kerana melihat janin yang hampir sempurna jasadnya, menambahkan lagi tekanan buat si isteri. Kita suami hanya mampu berkata, “Sabar sayang, Allah ingin menguji kita…” itu sahaja yang kita mampu buat. Hakikatnya hanya si isteri yang merasa segala keperitan dan kesusahan.

Jadi apalah sangat dengan merajuk. Bukan si isteri meminta dibelikan emas itu dan ini, mungkin isteri hanya sekadar meraih simpati si suami. Mungkin juga masa bersama isteri semakin terhad, sebaliknya masa banyak dihabiskan bersama teman-teman.

Usahlah dimaki, diherdik dengan kata-kata yang kasar kepada si isteri. Teringat juga kisah isteri membesarkan anak sulung hampir setahun. Tanpa ada kepandaian memandu kenderaan. Kadang-kadang makan dan minum mengharapkan tuah insan jiran rumah.

Tidur mandi dan rehat usah ditanya lagi. Waktu tidur yang tak sempurna seperti kebiasaaan orang lain. Hanya mereka yang pernah merasa situasi ini sahaja mampu merasai keperitan saat itu. Tak mungkin si bapa mampu menggalas tugas itu. Kita mungkin hanya pandai berkata, ‘itu dah memang lumrah wanita’.

Hiburkan si isteri dengan gelak dan tawa. Isteri merajuk dan tarik muka, usahlah suami berkecil hati kerana mereka mungkin kepenatan. Jangan berkira dengan isteri. Ya, syurga di bawah tapak kaki suami, tetapi memaafkan itu adalah lebih baik.

Sekadar berkongsi. Setiap orang pasti ada caranya tersendiri. Apa yang baik, kita manfaatkan. Jaga hati isteri, InsyaAllah Allah akan menjaga hati kita.

Jangan Lupa Komen:

2019/01/14/bila-orang-rumah-merajuk-jangan-diherdik-atau-dimarah-ambil-peduli-rawatlah-hatinya/

Comments

Popular posts from this blog

Review Rawatan Kecantikan Silkpeel & Yellow Laser di MyClinic Beauty & Medispa

“Kenapa kulit dia bersih, langsung tak ada pores “, “Aku teringin nak kulit wajah macam Nad Zainal, serius putih bersih dan nampak pinkish “, “Semua cara dah aku guna tapi masih lagi teruk muka aku ni”. Rungutan biasa para wanita yang inginkan wajah putih bersih langsung tiada cacat cela, sudah menggunakan pelbagai produk dan rawatan tetapi kulit wajah masih lagi di takuk lama. Baiklah, anda semua sedia maklum bahawa rejim penjagaan wajah tidak terhad kepada mencuci wajah semata-mata, kadang-kala anda perlu juga melabur ekstra bagi memastikan kulit wajah berada pada tahap yang terbaik. Jadi, baru-baru ini team Wanista berpeluang mencuba rawatan Silkpeel dan Yellow Laser di  My Clinic Beauty & Medispa   yang terletak di Damansara Utama. Untuk pengetahuan anda, My Clinic Beauty & Medispa ini menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi dan rawatan kulit, khidmat estetik dan medispa yang merangkumi facial, body massage dan banyak lagi. Foto – Arkib Wanista Baru-baru ini, penul...

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda...

[REVIEW] 2 Keajaiban Berlaku Bila Korang Guna Produk Rambut Ni!

Aperio Natural adalah jenama penjagaan kecantikan yang perpangkalan di California sejak tahun 2008. Berinspirasikan daripada amalan masyarakat setempat Saratoga yang gemar menikmati gaya hidup yang dikelilingi suasana alam semula jadi, Aperio Natural  adalah dirumus khusus menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan produk terbaik berasaskan tumbuh-tumbuhan organik termasuk floral, herba dan buah-buahan. Mempercayai produk yang mengutamakan bahan yang dituai segar daripada alam semula jadi mampu memelihara kecantikan serta memulihkan permasalahan kulit dan rambut, Aperio Natural komited untuk memenuhi keperluan semua jenis individu. Hampir tiga minggu penulis berpeluang mencuba sendiri syampu dan perapi rambut daripada rangkaian Cherry Blossom inovasi Aperio Natural ini dan hasilnya rambut jadi lebih ringan dan tidak kusut. Cherry Blossom Radiance Shampoo (500ml): RM126 Tidak seperti syampu lain, Aperio Natural Cherry Blossom Radiance Shampoo tidak menjadikan rambut kering se...