Skip to main content

Posts

Review Produk : Vaseline Healthy White Instant Fair Lotion

by Malisa Aina / November 13, 2013 I'm into foodies, sneakers, spotify, netflix, lipsticks. Kami ingin memperkenalkan produk baru Vaseline iaitu Vaseline Instant Fair. Apa yang menarik tentang produk baru ini, Vaseline Instant Fair telah diperkenalkan untuk memberikan wanita kulit yang lebih cerah dengan segera dan akan terus menjadi semakin cerah. Penyelesaian pemutih kulit yang berevolusi baharu ini mempunyai dua faedah berganda; ia memberikan wanita pencerahan kulit segera dan juga membuat kulit 4 kali lebih cerah*. Vaseline Instant Fair ialah jenisnya yang pertama di dunia yang dapat memberikan hasil pencerahan yang berkesan dan dengan serta-merta. Tidak seperti penyelesaian pencerahan yang biasa, Vaseline Instant Fair diperkaya dengan teknologi pencerahan proprietari, Reflektor Mikro (Skin Micro Reflectors).  Teknologi berevolusi ini memantulkan cahaya daripada permukaan kulit supaya
Recent posts

Review produk : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu  Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda. Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit. Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi . Bentonite Clay yang terda

Wonjin Beauty Medical Group: Pembedahan plastik Korea Selatan kini di Malaysia

Pembedahan plastik Korea Selatan kini berada di tempat pertama untuk pasaran dunia. Rata-rata ramai yang sanggup turun ke Korea Selatan untuk mendapatkan khidmat terbaik operasi pembedahan plastik. Malah, doktor dari Amerika Syarikat sanggup datang ke Korea Selatan bagi mempelajari kecanggihan teknologi yang digunakan. Disebabkan itu salah sebuah pusat perubatan Korea Selatan iaitu Wonjin Beauty Medical Group kini melebarkan sayap memasuki pasaran Malaysia. Wonjin Aesthetics Centre Sdn Bhd (WAC) telah ditubuhkan dengan tujuan untuk menyediakan platform bagi rakyat Malaysia yang inginkan operasi pembedahan kosmetik dari Korea Selatan yang selamat dan dijamin. WAC percayakan kepada kualiti, kepercayaan dan tahap perkhidmatan profesional yang diberikan oleh doktor dari Korea Selatan. Malahan juga telah dikenal pasti sebagai salah satu klinik kosmetik swasta yang terbaik dan terbesar di Korea Selatan. WAC adalah rakan kongsi eksklusif Wonjin Beauty Medical Group ( WBMG ) di Korea Selata

[ Review Produk ] Kulit gebu, cantik, putih tanpa masalah dengan Fairy Whitez dari Fairy Beauty

by Aida Sue / October 11, 2013 Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue Kulit yang putih bersih dan anjal pastinya menjadi idaman setiap wanita tetapi tidak tahu suplemen apa yang boleh diambil untuk membantu mencantikkan kulit. Produk yang ingin kami perkenalkan kepada anda adalah produk  Fairy Whitez dari Fairy Beauty . Produk Fairy Whitez merupakan minuman segera untuk membantu wanita untuk mencegah proses penuaan kulit dan membantu untuk mencerahan kulit yang diperbuat daripada bahan peptide marin dan ekstrak tumbuhan. Ia juga membantu dalam pemulihan kolagen yang penting untuk membina struktur kulit. Review Produk Beauty Whitez : Penulis telah berkesempatan untuk mencuba produk ini selama sebulan dan ternyata walaupun botol produk ini kecil ,teta

Putihkan kulit dan hilangkan bintik hitam dengan Olay White Radiance CelLucent™ White Essence Serum

Wanita masa kini sibuk dengan urusan harian mereka dan kadang-kadang sampai terlupa untuk menjaga kecantikan kulit terutamanya kulit wajah. Jadi, Olay sebagai jenama nombor satu dalam penjagaan muka, telah melancarkan satu revolusi baru dalam produk penjagaan kulit hari ini – rangkaian Olay White Radiance Spot Line dengan produk utamanya, Olay White Radiance CelLucent White Essence Serum – yang dikuasakan dengan bahan berkuasa yang mampu mengurangkan bintik hitam ( blackhead )  dengan hanya satu botol¹. Produk terbaharu dari Olay ini juga direka khas untuk mengatasi masalah bintik hitam dan tona kulit dalam tempoh yang cepat dengan menggunakan kajian Cellular Bioenergetics. Apa itu Cellular Bioenergetics? Mengoptimakan metabolisma pemutihan kulit. Metabolisma pemutihan kulit merujuk kepada siri reaksi metabolik yang penting untuk mengekalkan kulit yang cerah dan licin. Saintis telah menemui bahawa metabolisma pemutihan yang perlahan menyumbang kepada peningkatan bintik hitam dan j

[ Review Produk ] Nivea In-Shower Skin Conditioner – Losen Perapi Untuk Kulit

by Aida Sue / January 15, 2014 Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue Kami ingin berkongsi dengan anda mengenai produk terkini dari Nivea iaitu  Nivea In-Shower Skin Conditioner dan  Nivea In-Shower Intensive Skin Conditioner ataupun perapi untuk badan yang dipakai semasa mandi. Ini merupakan produk pertama seumpamanya yang akan membuatkan kulit anda sentiasa lembap dan lembut. Ianya bertindak seperti pelembap kulit dan  segera meresap ke dalam kulit, meninggalkan lapisan lembut di permukaan kulit untuk memberikan kulit anda kelembapan yang diperlukan. Jadi tak perlu lagi menunggu berjam-jam selepas memakai pelembap kulit sebelum memulakan hari anda.  Nivea In-Shower Skin Conditioner ( putih ) ini sesuai  untuk kulit normal dan mengandungi Mineral

[ Review & Tutorial Solekan ] Berus Real Techniques By Samantha Chapman & Kosmetik NYX

Baru-baru ini penulis telah diberikan set berus solekan Real Techniques By Samantha Chapman dari rakan penulis yang menjual produk ini secara online di Instagram iaitu Makeup_Department   . Untuk pengetahuan pembaca, Samantha Chapman merupakan jurusolek profesional dan beliau telah mencipta berus solekan yang amat eksklusif dan menarik yang boleh dibeli secara set ataupun berasingan. Kali ini penulis ingin membuat review dan tutorial solekan mengunakan  Real Techniques By Samantha Chapman : On Location , The Travel Essentials mengandungi tiga jenis berus iaitu Multi Task Brush, Essential Foundation Brush dan Domed Shadow Brush.  Berus solekan dari Real Techniques ini dibezakan mengikut warna pemegang dan setiap pemegang berus telah dilabel supaya pengguna mudah untuk menggunakannya. Berikut adalah jenis berus dan cara penggunaannya : Multi Task Brush Direka untuk digunakan bersama serbuk pemerah pipi , loose powder dan bronzer wajah. Dengan kepala yang bulat tetapi padat , berus i